Tuesday, May 26, 2009

Fatrah Imtihan



Imtihan oh imtihan
Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.


Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.

Buat sahabat2 saya mohon kemaafan atas sgl salah dan silap,halalkan makan minum. Doakan yg terbaik buat diri ini..

Monday, May 11, 2009

Bonda..




Selamat Hari Ibu,teristimewa buat bonda tersayang Siti Hajar bt Hj Yahya..anakanda tidaklah pandai utk bermadah pujangga, hanya ini yg mampu dilafazkan..terimalah..

Bonda,
Kau seorang insan berhati mulia,
Kau seorang serikandi yg hebat,
kau seorang manusia yg tak bisa ku balas budimu,

Bonda,
budimu bak membina gunung utkku,
budimu mengandung, menyusu dan membesarkanku,
kau sanggup bertarung nyawa utk aku melihat dunia,
itu semua tak mampu aku membalasnya duhai bonda.

Bonda,
tanpamu disisiku
aku tak bisa melayan kehidupan ini dgn tenang
aku tak mahu engkau pergi bonda
tapi mampukah aky melawan qada dan qadar Allah
melawan azali yg tlh ditetapkan....


Bonda
sebelum dikau pergi dari alam fana ini,
ampunilah dosaku duhai bonda,
kaulah permata yg tak bisa aku lupakan
aku mendoakan dirimu sentiasa bahagia disisiNYA.

Bonda,
kaulah serikandi hatiku
dikau tidak akan luput dari ingatanku..


Duhai rakan, duhai teman, duhai sahabat ingatlah,ibu ayah bukanlah beban dlm kehidupan didunia, lebih2 lagi utk kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sbnrnya mereka adalah aset utk kita (walaupun istilah itu sbnrnya kurang ataupun tidak tepat , krn ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yg mempunyai ibu bapa yg tlh tua ttp mengabaikannya...

Doa mereka adalah mustajab.Harapan mereka adalah kenyataan. Kasih sayang mereka bekalan. Benarlah serpetimana sabda Rasulullah SAW, keredhaan Allah itu terletak kpd keredhaan ibu bapa.

Tidak dilupakan juga kepada wanita2 yg bergelar ibu dan bakal bergelar ibu, Selamat Hari Ibu..

Thursday, May 7, 2009

Mereka Berkata, Aku Berkata....

Pernah mereka berkata-kata
Cinta mereka kerna rupa
Namun ianya tidak ke mana
Kerna rupa kan di makan usia

Pernah mereka berkata-kata
Cinta mereka kerna harta
Namun ianya tidak ke mana
Kerna harta kan kehabisan jua

Pernah mereka berkata-kata
Cinta mereka kerna kuasa
Namun ianya tidak kemana
Kerna kuasa tak kekal lama

Kini aku berkata-kata
Cinta itu untuk apa
Ingin dimiliki namun tak daya
Kerna manusia pandai berdusta
Kata cinta dalam berpura

Kini aku berkata-kata
Cinta itu tetap ada
Namun tak semestinya jadi empunya
Pada cinta yg tiada pastinya

Kini aku berkata-kata
Biarlah menyinta kerna Yang Esa
Kerna kita tetap miliknya
Cinta abadi hanya untukNYA...





di terjemah dari Ekspressi BKASJ

Tuesday, May 5, 2009

Intikhobat



Alhamdulillah kelmarin baru je hbs imtihan thani,minggu lepas jugak berlangsung KARISMA 09(Karnival Sukan Malaysia Jordan) di Mu’tah,minggu sblm nye jgk ada Family Day BKASJ,minggu2 yg memenatkan mental dan fizikal.Syukur,Allah masih memanjangkan umurku dan memberi kekuatan utk menulis lg.Seperti yg dijanjikan slps imtihan saya akan menulis suasana semasa pilihanraya jamiah baru2 ni..

Hari itu, blh dikatakan semua kelas dibatalkan bagi memberi peluang kpd semua pelajar mengundi, kami pelajar2 Malaysia jgk x terkecuali dr mengundi.Sampai shja di Syuun Tolabah, barisan dah sampai ke tangga, br saya perasan rupanya ramai jgk wafidin kt jamiah ni. Yg paling ramai tentulah pelajar Malaysia, yg saya tak pernah tgk pn ada, igtkan bdk Indonesia. Sambil menunggu adalah2 perayu2 undi dtg memberi rasuah,jgn slh faham rasuah kt sini bkn dlm bentuk duit tp kami diberi bunga supaya kami memilih calon mereka.Sblm masuk ke dalam bilik mengundi, kene beratur ambik nombor dulu, memudahkan petugas kt dlm 2 nk cari nama,maklumlah nama2 bdk Malaysia ni kan pjg2 dan ssh plak nk sebut(mcm nama saya).


Mlm sblm mengundi ktorg bising2 jgk, nk undi sape ni esok. Musa ke Naim Amirah(calon2 wafidin)ada yg ckp Musa, ada yg ckp Naim dan ada yg ckp atas pagar.So pagi ni sume mcm tak tahu nk pilih sape. Tgk Naim, org nya nmpk cool je dan peramah,Musa ni ramah jgk tp agak kelam kabut sikit. Dalam tgh bising2 dan tgh blur2 nk pilih sape, tibe2 datang Presiden PRISMA,
“Perhatian kpd semua pelajar Malaysia, pilihanraya kali ni kita akan memilih Musa sbg wakil wafidin, knp pilih Musa sbb kita dah 10 tahun mengudin org Arab tp tak ada apa yg kita dpt, sblm piliharaya mcm2 janji tp lps tu senyap tak ada apa2, kita mtk mat’am utk pelajar M’sia pun tak dpt2.jadi thn ni kita akan mengundi Musa,yg faham akan kita”.

Masing2 memandang antara satu sama lain, wala’ atau membangkang?

Dtg sorg syabab Malaysia mencadangkan agar kita undi Naim, katanya dia tahu Naim tu org nya mcmna, kita tak kenal Musa takkan nak undi dia pulak. Berlaku sedikit perselisihan antara presiden dan syabab tersbt. Apa yg terjd lps tu saya pun tak tau sbb nya time tu giliran saya masuk mengundi. Siapa pilihan saya? Sirrun..undi adalah rahsia.Utk pengetahuan,budaya org Arab disini kita wajib bgtau sp yg diundi.Apa2 pun undi saya adalh rahsia.

Keputusan pilihanraya diumumkan petang tu jugak.agak2 korg sapa yg menang?suspen je..

selepas dikira2 tanpa ada sebarang unsur2 penipuan, keputusan berpihak kpd MUSA. mabruk kpd Musa dan jugak kpd pengundi2 beliau, tidak dilupakan jgk kpd pembantu2 Musa yg byk berlumus tungkus. Harapan kami pelajar2 wafidin agar Musa dpt menjalankan amanah yg diberikan dgn sebaiknya.Antara manifestaso calon2:
1) Menjaga hal ehwal mahasiswa
2) Memaju dan menambah baik keperluan mahasiswa
3) Memartabatkan ketinggian ilmu


Musa,seorg calon yg peramah



Naim Amirah, setia mendengar segala mslh


Menanti giliran utk mengudi



Ada ke nama saya encik?


Glosari:
1)Intikhobat-piliharaya
2)Wala'-taat
3)Mat'am-cafetaria
4)Sirrun-rahsia