Saturday, April 25, 2009

Takkan menunggu..


Tanda-tanda kiamat kecil adalah masa akan berlalu dgn begitu pantas, kadang-kadang kita akan mengeluh 'eh cepatnya dah hari jumaat',' eh cepatnya dah seminggu' dan byk lagi perkara yg dirasakan pantas terjadi..Sedar tak sedar minggu depan aku dah mula imtihan thani(bagi aku) sahabat2 lain ada yg dah mula. memang cepat masa skrg smp nk update blog pun rasa kadang2 tak sempat. banyak lagi urusan yg perlu di dahulukan.Kena siapkan dua bahas sblm imtihan, nak buat revision utk stp madah, latihan bola jaring dan bola tampar utk KARISMA `09 , semuanya dalam waktu terdekat ni.Setiap detik begitu berharga,tak blh lengah2 spt firmanNya dlm Surah Al 'Asr.Dalam masa semingu dua ni juga la banyak perkara yg telah terjadi antaranya;

1.Berita ttg anak buahku yg comel baru berusia enam bulan Amsyar,dia di masukkan ke hospital kerana cirit birit slps balik dr nursery, puncanya slps diselidik mgkn food poisioning.Miskin Amsyar, penat dia kena tukar pampers selalu, paling kesian ummi dan abahnya la kena bergilir berjaga..
"Mak teh doakan Amsyar cepat sembuh ye, sian tengok dia dah lembik asyik membuang"
"InshaAllah Amsyar kuat dan cergas, mak teh sentiasa doakan kesejahteraan Amsyar, umi dan abahnye, nak membesar mcm tu la..". Antara ayat perbualan aku dan along.


2.Intikhobat jamiah, pertama kali mengundi sebagai pelajar wafidin,btl2 terasa asing,bagi aku yg baru ni memang tak tahu nak pilih siapa yg terbaik yg blh bersuara utk kami pelajar2 wafidin.Sama seperti pilihanraya di Malaysia, ada la perayu2 undi dtg mnt di undi calon dorg, kami hanya mengangguk InshaAllah nahnu ma'aka..=)

P/s: InshaAllah akan diceritakan suasana intikhobat disini dalam entri khas yg
akan dtg, selepas hbs imtihan inshaAllah.

3.Adindaku Raudhah dah mula periksa akhir tahun smp 3hb Mei sama tarikh dgn aku hbs periksa. lepas tu cuti sebulan.best btl..sahabatku Farish pun tgh periksa akhir.bitaufiq wanajah utk kome..

4.Berita terbaru yg aku dpt abg ipar aku nk buka syarikat sendiri untk supply barang2 keperluan hospital dan mtk ktorg(adik2 ipar dia) tlg cari nama utk syarikat ni. Aku bkn la pakar sgt bab2 mencari nama ni. Jadi kalau siapa2 yg ada ide yg baik lagi bernas utk nama syarikat ni blh la hantarkan kpd aku, cadangan yg terbaik akan diberi ganjaran.Tarikh penyertaan sehingga hujung Mei 2009.Segala kemusykilan blh berhubung melalui email isyatul_humaira@yahoo.com.Terima kasih.


ok la,masa utk study,masa takkan menunggu kita, kita yg perlu mengejar masa. InshaAllah jmp lg pd entri akan dtg.Mohon maaf ats sgl kekhilafan dan kekurangan,ud'uni likai najah..

Glosari:
1. Intikhobat jamiah-pilihanraya universiti
2. Wafidin-pelajar luar negara
3. Bahas-assignment
4. ud'uni likai najah-doakan smg sy berjaya

Saturday, April 11, 2009

Aku disini..

Sudah hampir setengah tahun aku berada di bumi anbiya’ ini, masih baru bagi pelajar seperti aku. Pengalaman merantau disini mengajar aku erti sebuah pengorbanan. Pengorbanan menjadi seorang khalifah yg ingin mencedok rahsia keunggulan agama Islam dan perjuangan para sahabat. Namun pengembaraan disini masih blm berakhir, tempoh pengajian masih berbaki tiga tahun lagi memaksa aku berada di kota ini.

Sebagai pengenalan kpd yg blm tahu dan baru nk tahu nama tmpt aku bljar adalh Universiti Al al-Bayt dan ia adalh cetusan ide dari pemikiran Raja Hussein bin Talal untuk menubuhkan universiti Islam bertaraf antarabangsa. Harapannya agar universityi ini dapat mengisi kekosongan institusi tinggi Arab dan Islam dalam melahirkan golongan professional tanpa mengetepikan fahaman Islam.
Pada 18 Safar 1413H bersamaan 17 Ogos 1992M, Al-Iradah Al Malakiah As-Samiah (Majlis Tertinggi Di Raja) mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan Universiti Al al-Bayt, Mafraq. Universiti Al al-Bayt dibagunkan di satu kawasan tandus dan kawasan asal universiti adalah kem tentera Jordan. Lokasi al-Bayt terletak 65km dari timur laut Amman dengan keluasan 7539km persegi. Ketika musim panas(soifi) purata suhunya paling tinggi adalah 31-35 C dan paling rendah 16 C dan suhu musim sejuk (syita’) adalah 12-14 C dan paling rendah adalah 02-03 C. Moto universiti adalah :
قولة تعالئ : وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ان اكرمكم عند أللة أتقاكم

Antara kursus yang ditawarkan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia adalah:
1) Syariah
2) Usuluddin
3) Bahasa Arab
Untuk maklumat lanjut boleh la lawati www.aabu.edu.jo segala maklumat boleh didapati disini dalam versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

p/s: kursus yang lain tak tau la kenapa tak diiktiraf oleh Malaysia.huhuhu...


Satu Fikrah Satu Tanggungjawab..

Us Azmer@Ali Setan

“Pada tahun 1935, seorang ketua gerakan Kristianisasi , Zweimer ketika meyampaikan ucapan semasa persidangan kebangsaan di Palestin meyatakan bahawa - Tugas kita yang paling utama adalah bukanlah membawa mereka kepada agama Kristian tetapi tugas kita adalah memisahkan orang Islam daripada agama mereka sehingga tiada lagi hubungan mereka dengan Allah seterusnya menjadi masyarakat yang tidak berakhlak.”


Kenapa sampai begitu sekali?
Kesempatan mengikuti seminar dakwah yang dianjurkan oleh PRISMA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Bayt) semalam membuka mata yang selama ini agak kabur dengan situasi sebenar umat Islam sekarang, ahli panel yang dijemput khas dari negara jiran Syria, bukan syeikh atau ulamak tapi bakal ulamak mungkin inshaAllah tak lain tak bukan Ustaz Azmer Dato’ Mustafa@ lebih dikenali sebagai Ali Setan dalam drama Ali Setan 1&2. Perkongsian pengalaman beliau yang dulu jahil ttg agama dan Alhamdulillah tlh dibuka pintu hati untuk mengamalkan Islam seluruhnya dalam kehidupan beliau, meninggalkan segala kemewahan dunia dan mencari ilmu dibumi Syria bersama keluarga. Kehidupan yang sederhana di Syria byk mengajar beliau menghargai nikmat hidup. Pengalaman menjelajah dunia dgn menjadi pelakon, penerbit dan pengarah filem antarabangsa tlh membuka mata beliau bhw umat Islam skrg tlh byk ditipu oleh musuh2 Islam, memetik firman Allah dalam Surah AlBaqarah: 120 “Dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak akan redho kpdmu (Muhammad) sehingga kamu mengikut agama mrk”, musuh Islam tlh berjanji tidak akan membiarkan Islam tertegak dimuka bumi ini dan nah skrg mmg byk sekali yg kita dpt lihat, bkn hya di Malaysia malah diseluruh didunia Islam hya pada nama tp tidak perbuataanya.Bgmana mahu mengmbalikan kegemilangan Islam spt zmn Rasulullah SAW dan para sahabat serta tabi’ tabi’en sdgkan realiti skrg umat Islam berada dlm serendah2 iman krn tidak berani utk menegakkan amar makruf nahi mungkar dan mengguna pakai undang2 yg dibuat oleh Kristian. Apa tindakan kita wahai Jaisyulmuslimin? Ayuh bgnlah! Satu Fikrah Satu Tgjwb mendaulatkan Islam kembali. Kehidupan adalah sbhagian dr Islam bukan Islam sbhgian drpd kehidupan.



Alhamdulillah..



Petang itu seperti biasa, pasukan bola jaring dan bola tampar Al-Bayt mengadakan latihan sempena KARISMA ( Karnival Sukan Mashasiswa Malaysia Jordan) yg akan berlangsung tidak lama lagi. Sedang rancak bermain tiba2 seorang akhawat mendapat panggilan daripada presiden PRISMA, “ ustazah ana nak hantr beras ni, dlm 2 minit lagi smp”. Suasana yg serius td ttbe jd kelam kabut, apa tidak nya presiden nak dtg dan kami semua dgn pakaian sukan, tak manis jika dilihat nnt apatah lg syabab Mafraq yg agak syadid sikit. Masing2 mencari tmpt persembunyian(mcm main sorok2 pulak). Kelihatan satu pikap (model spt Strom) masuk ke sakan 4, satu persatu guni beras diturunkan sehingga cukup 6 guni. Masing2 tertanya2 nak buat apa beras byk2 ni, setahunya esok ada seminar dakwah saja, satu guni beras pun dah lbh mencukupi utk semua pelajar Malaysia Al-Bayt. Selepas mengangkat beras kedlm sakan baru lah kami diberitahu beras td adalah sumbangn drpd zakat Thailand utk pelajar2 Malaysia. Alhamdulillah rezeki org menuntut ilmu.Bukan senang nak dpt beras, hidup dibumi arab yg mknn ruji adlh roti tak sama dgn kita org Asia, mknn ruji mmg lah nasi kalau tak jmp nasi sehari blh lg kalo sebulan? Tak dapek nak tahan. Hari2 mkn roti blk Malaysia dh tak rupa org Asia, org Arab Asia..hehe..paling penting skli dpt jimat utk bbrp bulan beli beras maklumlah hidup dinegara bermatawang dinar ni mmg kena pndi manage duit. Alhamdulillah wa syukranlillah..

Thursday, April 9, 2009

Aduhai Pejuang Ilmu..

Di sini
manusia menguruskan diri sendiri
mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
dan dengan langkah berani mengharung
lautan gelombang di sini
yang sesekali ganas namun tidak kejam


Hidup di sini memang payah
terpaksa menempuh duri susah
melawan rasa kantuk
berlarian antara dewan kuliah
dan khutub khanah
sesekali langkah rasa ingin berhenti
namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi


Kekadang sulit sebenarnya
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa kelahiran memanggil-manggil
untuk pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik


Aduhai para pejuang
langkah masih terlalu amat pangjang
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
bayaran untuk susah dan duri
sepanjang di sini

Lafaz yang Tak Terucap


Sekalung jutaan terima kasih ayahanda, bonda dan keluarga atas restu dan sokongan. Satu lafaz yang tak mampu diucap bila berhadapan. Terima kasih kerana membenarkan aku menyambung pelajaran disini, keputusan yang dibuat tidak sampai dua bulan, bagi keluarga aku yang bukan dari golongan berada tentulah masalah kewangan menjadi masalah utama. Berkat doa dan usaha Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Sejambak terima kasih juga kepada sahabat2 seperjuangan Jihan, Syafa,Nadzifa, Hakim, Shazni, A.Ryzal,A.Ju, A.Najm, A.Suhail,Farish, Yus,K.ina, Awe, Shira, sahabat2 lain di GPTD dan yg memberi sokongan serta galakan tanpa berbelah bahagi akhirnya dapat juga aku sampai dibumi anbiya’ ini. Semoga dengan kejauhan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah yg telah terjalin.