Tuesday, July 28, 2009

Dia datang lagi

Ya Allah,
kuatkan, tabahkan, cekalkan hati
utk terus kuat, tabah dan cekal utk menjalani hidup ini..

Ya Robb,
Terangkan penglihatanku,
Terangkan pendengaranku,
kuatkan daya ingatanku,
utk ku mudah menghafal dan memahami setiap kalamMu dan apa aku belajar dan baca,
Lancarkan penulisanku utkku mudah menjawab setiap soalan dgn baik, tepat dan lancar,
Permudahkanlah segalanya Ya Allah...amin..

"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai org yg bertawakal."(Al-Imran:159)

Bittaufiq wannajah utk semua sahabat2...
Andai ada salah dan silap mohon dimaafkan,
Andai makan dan minum yg diguna tanpa izin mohon dihalalkan..

Thursday, July 23, 2009

Damascus,Syria(Bahagian 2)


Hari terakhir di Syria..
jom jalan lagi dibumi sejarah anbiya'..



Sebelum kaki melangkah ke Souq Hamidiyeh,kami berjalan menyelusurijln2 dan kedai2 ke makam Ahli Bayt. Disitu juga terdapt makam sahabat iaitu Saidina Aus bin Aus Assaqofi.


Ketika berjln kembali ke Souq Hamidiyeh, tiba2 terpandang sebuah kereta.
"mcm familiar je tp 2 tp kt mn ye.." Rupanya proton Waja. Terasa bangga jugalah bila kereta buatan Malaysia di negara org.Ada juga jmp kereta Waja dan Kelisa tp tak sempt ambil gmbr.

Last tempat yg mmg org akan pegi sure la shopping,jom masuk souq Hamidiyeh..


Tak lengkap rasanya pergi Syria tidak singgah di Souq Hamidiyeh.dlm souq ni t'dpt beratus-ratus kedai menjual bermacam-macam barangan. Souq ini diberi nama Al-Hamidiyeh Souq.Diambil sempena zmn pemerinthan Othman di bwh Sultan Abdul-Hamid,souq yg cukup besar, dikiri dan kanan deretan kedai.Berjln sehari mmg tak cukup utk pusing satu souq ni.




Mcm2 brg ada dr brg keperluan smp la brg yg tak brl perlu. Palingg best brg kulit asli da jubah2 yg murah and nice.Jubah kawen pn murah hehe..comforter pun cntik,mmg rambang mata,juling dh tgk.Nasib iman masih ade kalo tak ikut nafsu ni,habis borong semua.Harga pun blh tahan lbh kurg duit Malaysia. Kayo org Jordan dtg sini,duit Syria murh dr Jordan.



Menghilangkan dahaga dgn jus rosberi dan makan tengahari syawarma Syria.Mlm tadi dah rasa nasi mandi Syria,mantep la juga.


Siang mula melabuhkan tirainya..tp kt sini makin gelap makinramai pula org yg dtg..time ni la hrga brg sume murah, dh nk ttp kedai..

Sebelum berangkt pulang,satu tempt dan brg yg wajib dibeli di Syria ni. Pe dia agak2?
xtau? sure la halawiyat(manisan). memang murh halawiyat kt sini dan byk pilihan. Peringtn utk org yg ada sakit kencing manis di nasihatkan hya membeli dlm kuantiti yg
sedikit. Manisan Arab mmg semua manis2 jiddan.




Rasa sedih pula nk tinggal kota sejarah ni, masih byk lg tempt yg blm sempt di lawati
apakan daya,Faizal dah panggil semua naik bas. InshaAllah ada rezki, panjang umur,Syria nantikan kedatangan kami..



Friday, July 17, 2009

Lambaian Akhir

Gerimis Air Mata Lambaian Akhir


Saat mula kami melangkahkan kaki
Di daerah barakah ini
Diri kami disambut dua puteri
Yang kini
Akan meninggalkan kami

Kita bersama petik dedaun ilmu
Dari ranting keikhlasan
Agar dapat kita rasai bersama
Manisnya buah iman

Buamu kak Najwa
Teringat satu ketika
Terpahat di sukma
Saat kita berdua
bermain salji pengorbanan bersama
Tika itu baru ku sedar
Nilai perjuangan itu nyaman
Sesegar ais amanah yg jatuh di bahu kita
Saat itu kita senyum tertawa
Hidup kita sarat dengan bebanan dakwah
Namun kita terus melangkah
demi redha Allah

Buatmu kak Arda
Kerjamu begitu dedikasi
Setiap satu diatur rapi
Segalanya kau hadiahkan utk kami
Dirimu ibarat bunga mekar
Akar iman kau pasakkan kukuh
Agar ukhwah kami utuh
kau sirami kami dengan air taqwa penyejuk keresahan
Setiap detik setiap hari
Kau ceriakan kami
Jernihkan segala kegundahan

Kini
Tinggal beberapa sisa masa
Nazak saat menanti bersama kalian berdua
Gerimis air mata mula mengalir
Kalau boleh diputarkan masa
Akan kami bunuh lambaian akhir
Akan kami tikam perpisahan
Agar ukhwah kita bisa berkekalan

Maafkan kami atas segala kesalahan
Moga bertemu lagi di taman idaman
Di syurga abadi kebahagian...

Damascus,Syria (Bahagian 1)




The famous desert city of Palmyra, whose ruins are now a United Nations World Heritage site, grew large in the Syrian desert in the 1st and 2nd centuries A.D. ( diambil dr National Geography)

Jom ke Syria..


Jam 6 pagi sudah menanti pengarah,Faizal(4th year Syariah) di dpn sakan 4 bersm bas yg akan membw kami ke Syria. Hampir penuh bas,ada yg bersembang,makan dan tidur mgkn matahari masih blm menmpakkan diri, lgpun perjln masih jauh.Di sempadan,byk kenderaan sedang beratur menununggu Imigresen cop passport dan pemeriksaan kesihatan (kes H1N1).


Alhamdulillah sewaktu kami tiba tak ramai orang. Salah satu sbb ialah hari ni bukan hujung minggu. Kalau tidak sure penuh org (tak ramai pun dlm 3 jam jgk la menunggu) Ambik gambar pun kena berhati-hati kat sempadan, sebab Pak Arab nih very sensitive bab2 ambik gambar terutama polis atau askarnya. Jgn lah sebarang2 nak ambik gambar, nnt lain pulak jd nya...


Gunung Suyyukh di tgh2 padang pasir. Tertulis kalimah Ni'ma Lilqaidillah.Jika musim salji gunung ini akan diliputi salji tebal.MasyaAllah.


Alhamdulillah akhirnya kami smp jua ke city center Damascusatau tempt sejarah Old Damascus.First tmpt yg dituju adalh hotel la tentu nya. Membersihkn diri dan mengisi perut yg dr td menyanyi lagu dondang sayang.



Damsyik.Sebuah bandar yg sgt cantik dipenuhi dgn tempat2 bersejarah. juga menjadi pusat ilmu.Kota lama ditengah-tengah bandar. A city within a city.



Berada ditengah2 bandar lama Damascus dan di hujung Souq Hamidieyeh ,terletak masjid Omayyad dibina oleh Khalifah Umawi Al-Walid ibn AbdulMalek 705 slps Masihi.


Di ruang solat masjid terdapat makam kepala Nabi Allah Yahya a.s. Nabi Yahya adlh anak kpd Nabi Zakaria a.sktk Nabi Yahya dilahirkan Nabi Zakaria berumur 90 thn.Nabi Zakaria berdoa dan memohon kpd Allah swt supaya mengurniakan zuriat baginya sbg penyambung dakwah beliau kpd Bani Israel ketika itu penuh dgn sifat kejahatan.


"Lalu Kami perkenankan permintaannya, dan Kami berikan Yahya kepadanya, dan Kami jadikan isterinya berkesanggupan (untuk mengandung),sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut, dan mereka adalah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami".(Surah tAl-Anbiyaa’:Ayat 90)


Berdekatan Masjid Omayyad, terdapt makam Saidina Hussein cucu kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw, anak kpd Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a.Saidina Hussein meninggal dlm peristiwa pembunuhan kejam di Karbala,Iraqketika beliau dlm perjlnan ke Kufah oleh tentera Bani Umayyah.Kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kpd Yazid bin Muawiyahatau Yazid 1 iaitu khalifah kedua dlm kerajaan Bani Umayyah sbg bukti beliau tlh dibunuh.Terdp byk versi cerita pembunuhan Hussein di Karbala.blh rujuk kpd mereka yg arif.Wallahualam.Pihak Syiah sgt mengagungkan Saidina Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Ketika lawatan kami, terdapat ramai kaum Syiah berada di sekitar makam Saidina Hussein ini,mesjid ini mmg menjadi tumpuan kaum Syiah terutama dari Iran.


Di belakang Mesjid Omayyad yang besar ini pula, terletak makam Ruqayyah iaitu cucu Saidina Ali. Sekali lagi tempat ini menjadi tumpuan orang2 Syiah.Makam ini dibiayai oleh kerajaan Syiah dari Iran.Sebuah masjid dibina dikenali sebagai Masjid Ruqayyah dan menjadi tempat orang-orang Syiah beribadat.

Ketika lawatan kami,terdpt ramai Syiah berada di sekitar makam.terutama dari Iran,yg menyedihkan ialah terdpt byk perkara bid'ah yg mendukacitakan.Kami hya mampu beristghfar.Meratap, menangis mendayu-dayu dan mengucup makam bagaikan satu suruhan agama!Ada yg memukul dada dan ada yg sujud!Terdapat juga di sini tabung Imam Mahdi yang menurut kepercayaan Syiah akan muncul sebagai Imam mereka yang ke-12.


Masjid ini dihiasi dengan kristal di segenap dinding dan siling yang memancar-mancar apabila terkena cahaya dari lampu.Cantik tapi terasa spt satu pembaziran.

Destinasi seterusnya yg dituju adlh makam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi,
sebuah taman dibina di sebelah luar msjd Omayyad,disitulah terletaknya makam beliau.SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, namanya telah terpateri di hati sanubari pejuang Muslim yang memiliki jiwa patriotik dan heroik, telah terlanjur terpahat dalam sejarah perjuangan umat Islam kerana telah mampu menyapu bersih, menghancur leburkan tentera salib yang merupakan gabungan pilihan dari seluruh benua Eropah.


Salahuddin Al-Ayubi (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam
peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili
Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Beliau dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I.

Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar2 Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.


Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup. Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Mesjid Ommaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.


Maharaja Willeam II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di makam yg diperbuat drpd marmar tersebut. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.Di tengah-tengah bandar Damsyik terdapat sebuah tugu yang dibina sempena mengingati kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

p/s: menanti di bahagian 2 membeli belah di Souq Hamidiyeh dan makam sahabat Bilal bin Rabah serta makam ahli bayt.

Wednesday, July 8, 2009

Kembali Berkarya

Alhamdulillah setelah hampir dua 2 minggu jaringan internet disekat, bilik internet sudah mula jd tumpuan tp tidak semeriah dulu,sebab pe?sebab nye port tenet hanya di buka 3 shj dan budak Malaysia yg hajiz SEORANG shj dua org lg budak Arab. Waktu nk gn tenet kena la usha2 dl line clear tak then br le blh ceroboh..hehe..
Sepanjang cuti fasal awal lps byk kisah yg dialami yg paling best jaulah ke Syria. inshaAllah akan dikongsi bersama nnt.Ok got to go de latihan choral speeking..
this saturday plak menanti kertas Tafsir dan Nuzum Islamiah..short sem yg agak menyesakkan..



Rasa mcm kekok plak lama tak menulis ni,br 2minggu..huhu