Sunday, April 18, 2010

Hilangkan Stress..

Sekadar ingin berkongsi cerita utk hilangkan penat, stress dan boring diri sendiri dan sesiapa yg rasa dgn baca cerita ni blh ceriakan dirinya dengan senyuman..

Cerita 1 : Zaman Berkembar :
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Cerita 2:Suami Terbaik :

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Cerita 3 : I'm Soryy

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Tong Merah :

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Saturday, April 10, 2010

Abad ke-21 'Abad Untuk Asia'

MUNGKIN ramai tidak ambil peduli atau tidak tahu sebenarnya abad ke-21 ini adalah ‘Abad Untuk Asia’ dan petanda perubahan kuasa dunia politik/ekonomi sudah beralih dari Barat ke Timur. China sudah menggantikan Jerman sebagai pengeksport utama dunia, manakala syarikat gergasi Korea Selatan, Korean Electric baru-baru ini memenangi tender menewaskan saingan utamanya, Electricite de France dari Perancis, untuk membina tiga reaktor nuklear di Abu Dhabi.

Lebih meyakinkan apabila statistik perdagangan China mencerminkan kekuatan eksportnya berbanding import, manakala reaktor Korea Selatan pula menggunakan teknologi Westinghouse. Kejayaan Asia tidak boleh diperlekehkan, selepas beberapa kerajaan berjaya menangani krisis kewangan baru-baru ini. Cara mereka mengubah krisis kepada peluang, mengukuhkan semula mekanisme pasaran bebas.Contohnya, Korea Selatan berjaya membantu golongan miskin serta menyusun semula pasaran buruhnya, pada ketika Amerika Syarikat dan Eropah, gagal berbuat sedemikian. Bagaimanapun, masih awal untuk melabelkan ini sebagai ‘Abad untuk Asia’.
Mungkin daerah pesisir pantai Korea Selatan, Jepun, Vietnam dan China Timur, yang berkongsi beberapa karakter budaya dan strategi ekonomi yang hampir sama. Tetapi daerah tengah dan barat China masih diselubungi kemiskinan; Indonesia pula mencatat budaya dan suasana ekonomi berbeza; manakala India memiliki kekuatan tersendiri.

Suasana dan persekitaran negara Asia lain juga berbeza antara satu sama lain; ada antaranya menjunjung demokrasi, manakala ada bahagian lain menjalani sistem pemerintahan kuku besi. Apa yang jelas ialah tidak wujud satu sistem ekonomi Asia.

China sebagai sebuah negara kapitalis tidak disenaraikan dalam kategori kapitalisme persendirian yang dipraktik di Jepun dan Korea Selatan. Sebahagian besar India masih kekal dengan ekonomi pertanian, disulami dengan perniagaan kecil dan sektor perkhidmatan dinamik. Asia juga tidak memiliki sebuah pusat pentadbiran, mereka tidak memiliki institusi pengurusan yang boleh dibandingkan dengan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) atau Kesatuan Eropah (EU).

Ini penting, kerana negara Barat secara relatif lebih aman, berbanding banyak negara Asia mengalami konflik, seperti Pakistan yang mengalami konflik dalaman serta turut terpalit dengan konflik negara-negara jirannya; sementara negara yang mengelilingi Laut China Selatan sentiasa dihantui kebimbangan akan diheret dalam konflik.
Hakikatnya, jika suatu masa nanti tentera Nato dan Amerika Syarikat membuat keputusan meninggalkan Asia, ancaman perang akan meningkat, perdagangan akan terjejas dan ekonomi Asia yang dinamik hari ini akan musnah. Justeru, adalah sukar untuk percaya kewujudan ‘Abad untuk Asia’, apabila keselamatan negara Asia bergantung kepada pasukan keselamatan bukan dari benua ini.

Satu lagi kelemahan Asia berpunca daripada ketiadaan inovasi baru , satu halangan besar kepada usaha untuk memiliki ekonomi dinamik. Eksport China (sehingga hari ini) mencatat begitu sedikit nilai tambah, tetapi tenaga buruh murah yang besar; produk canggih yang dikeluarkan seperti telefon bimbit sudahpun dikuasai dunia Barat.

Jepun dan Korea Selatan lebih kreatif, tetapi masih di peringkat memperbaiki produk dan perkhidmatan yang memang asalnya dicipta di Barat. Kelemahan Asia dalam inovasi mungkin berpunca daripada sistem pendidikan, berikutan ramai pelajar benua ini apabila berpeluang ke universiti di Amerika Utara dan Eropah, mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara masing-masing. Kira-kira 80 peratus pelajar China di Amerika Syarikat tidak pulang ke negara mereka.

Dalam banyak hal, kemajuan dicapai Asia sebenarnya adalah cermin kepada perubahan hidup mereka kepada nilai-nilai Barat. Nilai Barat terutama membabitkan kapitalisme, demokrasi, individualistik, kesaksamaan gender dan sekularisme semakin galak diguna pakai di Asia.

Memang benar, ramai menempelak penggunaan nilai Barat di Asia, ada pula yang mempromosi apa yang dipanggil nilai Asia, seperti ‘prinsip harmoni’.
Bagaimanapun, semua usaha ini dilemahkan dengan mereka yang memiliki agenda politik. Contohnya, nilai harmoni adalah konsep falsafah yang kaya daripada ajaran Buddha dan Confusius dan ia patut diberi penghargaan lebih baik daripada disesuaikan dengan pemikiran komunis atau pemerintahan kuku besi yang menghalang demokrasi.

Ramai juga kesal kerana tiada usaha bersungguh-sungguh di India untuk memastikan falsafah dan semangat Mahatma Gandhi, seorang daripada ahli pemikir teragung dunia pada abad ke-20, terus segar.

Ramalan ‘Abad Untuk Asia’ ini juga tidak mempedulikan negara-negara Asia yang merosot dan sentiasa huru hara seperti Thailand dan Jepun. Ia tidak boleh bergantung kepada kejayaan ekonomi tempatan, tanpa mengambil kira kesan yang lebih luas membabitkan budaya dan strategi.

Bagaimanapun, kelemahan Asia tidak bermakna jaminan kepada dominasi Barat. Bersandar faktor keseragaman, nilai budaya, industri hiburan dan kekuatan tentera, negara Barat mengekalkan kekuatan mereka, tetapi bukan untuk selamanya.

Apabila kita cuba membuat perbandingan secara relatif antara kuasa Barat dan Timur, kita masih bergantung kepada perkataan yang tidak lagi boleh digunakan. Kriteria yang ada hari ini juga mungkin tidak lagi boleh diguna pakai untuk zaman sekarang. Contohnya, perkataan seperti ‘ekonomi nasional’ tidak lagi relevan hari ini.

Hampir semua produk dan perkhidmatan sudah memasuki era global. Lagi canggih sesuatu produk atau perkhidmatan, lebih pantas identitinya sebagai produk nasional akan hilang. Tiada lagi perbezaan antara telefon bimbit di Barat dan Timur, begitu juga dengan perkataan yang digunakan dalam sistem kewangan. Apabila China membeli bon perbendaharaan Amerika Syarikat, siapa yang bergantung kepada siapa?

Pertukaran teknologi mencetus keterbergantungan. Apabila Asia berkembang, Barat pula tidak menjadi semakin miskin. Mulai hari ini, kita maju bersama, atau semua kita tidak akan maju sama sekali. Tiada lagi ada percanggahan antara Barat dan Asia apabila membabitkan ancaman keselamatan global, seperti keganasan dan negara yang terbabit dengan industri nuklear.

Justeru, kita bukan memasuki ‘Abad Untuk Asia’, sebaliknya kita sedang memasuki ‘Abad Untuk Global’. Tetapi disebabkan tamadun global satu fenomena baru, membuatkan kita masih belum benar-benar memahami apa yang sedang berlaku.

Kita masih bergantung kepada konsep lama apabila menggambarkan dunia yang baru muncul ini. Ia mungkin bukan satu dunia yang lebih baik, tetapi ia adalah satu dunia yang berbeza.

Thursday, April 8, 2010

Saat Dunia Berhenti

Artis : Ungu
Tajuk : Sesungguhnya

saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yg tak sanggup kau singgahi

mampukah untuk kau berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanMu Ya Allah

sesungguhnya manusia
takkan bisa menikmati syurga
takkan ikhlas dihatinya
sesungguhnya manusia
takkan bisa menyentuh menikmatinya
tanpa tulus dihatinya

Tuesday, April 6, 2010

Di pondok kecil

Teringat zaman kecil2 dulu, kalau ada waktu lapang aku,adik2 dan jiran sebelah selalu main pondok2, orang perempuan biasa main masak2 la kan.Kononnya praktis sebelum dapat masak betul2.Macam2 yg kami guna,daun,batu,kayu semuanya jadi bahan masakan kami.Indah sungguh saat itu, kenangan yg kadang2 blh buat aku tersenyum sorang.

Lama sudah cerita itu,hari ni aku bergendang dgn periuk belanga lagi, kali ni tidak lagi dgn adik2 dan jiran sebelah rumah tp dgn jiran bilik. Menunya 'Mee Hailam'.

Hajat hati waktu pulang tahun lepas nak makan mee hailam tp disebabkan kekangan masa, tertunda sampai lah balik semula ke Jordan tak sempat aku merasa(teringat mee hailam Ampang).Puas sudah laman web resepi dibuka, mencari2 resepi yg mudah dan sesuai dgn keadaan bahan kami disini yg sememangnya agak terhad terutama rempah2 dari Malaysia. Dengan menggunakan bahan yg serba kekurangan maka jadilah 'Mee Hailam Tautan Hati', walaupun semuanya serba ringkas tp kehadiran 'sotong' dari langit menambah kesedapan hidangan tengahari kami. Hidup diperantauan ni semuanya perlu kreatif. InshaAllah dengan niat yg ikhlas dan makanan yg sikit blh jadi banyak, yg kurang rasa akan tetap ada kesedapannya. Orang tua2 pernah berkata " Kalau nak memikat suami, pikatlah dengan masakanya" jadi tak salah kalau kita nak mengeratkan tautan hati sesama sahabat dengan masakan,janji ianya lahir dari hati ikhlas.Masak apo pon sodap!

p/s: terima kasih kpd semua pihak yg sudi menghabiskan 'Mee Hailam Tautan Hati', tak lupa jg pada Timah yg menyumbang perisa air keladinya(made in Malaysia) dan Mieha yg sudi menjadikan biliknya utk main pondok2..Tesekkur ederim.

Sunday, April 4, 2010

Keluarga Baru


"Mata satakti ila baiti?"
"Wallahhi la 'arif,ashan ehna daiman yujad barnamej..inshaAllah izan mafi esyek saatik ila baituki"
"hurm inshaAllah..saatbakh mansef,maqlubah, mandi..kullu laziz "
"akid?..hehe..la Nada,ana hamzah faqot..inshaAllah lau mafi musykilah saattasil ma'ak"
"InshaAllah.."
"indi muhadharah alaan,yallah bai..ma'assalamah"
Sambil melambai ke arah Nada,aku dan Mieha berjln ke kelas,berharap agar satu hari nnt akan smp juga kerumahnya. Nada,pelajar thn akhir MA Syariah,shbt Arab yg ku kenal semasa muhadharah Usul Fiqh. Acap kali dia mengajak aku dan sabahat2 lain utk bertandang ke rumahnya tp setiap kali itu juga aku memberi jawapan yg tidak pasti padanya, takut berjanji nnt tak tertunai pulak. Blh dikatakan tiap2 minggu ada saja program utk mengisi hari cuti pelajar, kalau bukan program di mantiqah masing2 ada saja jemputan dari mantiqah2 luar. Alah bisa tegal biasa.


Pagi kelmarin slps berjumpa dgn pihak syurtah, menyelesaikan urusan iqamah adik2 baru walaupaun hati berasa agak terkilan dgn pegawai bertugas yg byk sgt kerenah dan ragamnya. Jika sblm ni kami hanya perlu bawa dokumen2 yg perlu saja utk buat iqamah tp kali ni kami diminta utk bawa skli tuan badan,alasannya undang2 baru saja tukar, yg paling pelik bin ajaibnya undang2 bertukar setiap bulan. ghorib2. Nak kata lepas tukar undang2 akan lbh sistematik pengurusan tp rsnya indah khabar dari rupa, semuanya merumitkan . Penat nak berusan dgn pak2 Arab ni, utk dptkan dokumen ni saja ambik masa lbh kurang 5 bulan, padahal urusan ni kalau dibuat dgn secara berorganisasi blh disiapkan dalam masa sehari saja tapi disebabkan 'kesistematikan' pak2 Arab ni kerja yg mudah semuanya jadi melambatkan dan menyusahkan pelbagai pihak. Kesian sbnrnya kt adik2 baru ni sbbkan adanya pekerja2 mcm ni dorg kena bayar ghoromah akibat tamat tarikh visa. Semoga ada pemimpin dikalangan mereka yg dpt mengubah keadaan ni.'ala kulli semuanya bergantung pada perubahan diri sendiri jugak..Innallaha la yughayyiru ma bianfusihim..

Robb,beri kami kekuatan dan ketabahan,semoga kesabaran kami diberi ganjaran yg setimpal..


Demi mengembalikan kecerian di wajah korperal2(Mieha, Acik,Ida) yg aku bawa skli, menggunakan teman setia aku W95 aku mendail nombor Nada, alhamdulillah sudah rezki tertulis di Luh Mahfuz agaknya kami akan kerumahnya slps bbrp kali ajakan ditolak, dengan senang hati dia dan keluarga menuggu kedatangan kami.
yallah ammu ila Mu'ayyar Sarhan.. InshaAllah ya hajjah..

Sepanjang perjalanan,kami menikmati keindahan bumi Mafraq walaupun tidak seluas mana(lbh kurang Kedah) tp tak pernah sunyi dari kesibukan manusia walaupun pada hakikatnya Mafraq hanyalah sebidang tanah yg tandus. Itu cerita dulu, Jordan skrg sedang mengorak langkah maju kehadapan, keadannya skrg mgkn sama dgn Malaysia 15tahun yg lalu.

Subhanallah, sejauh mata memandang..pemandangan yg sgt cantik dgn bukit pasir rumah kotak, si pengembala dgn biri2nya. Allah Maha Adil, walaupun sahara tp keberkahan buminya melebihi segalanya.Mata melirik ke kanan jalan kelihatan rel keretapi tinggalan kerjaan Uthmaniyyah yg menghubungkan Jordan-Syria,tp saying sudah tidak digunakan disebabkan sedikit kerosakan dan peredaran zaman yg sudah beralih kpd haiwan bertayar. Perjalanan tidaklah jauh tp tlh berjaya membawa aku ke alam yg lbh indah. ta'ajub dgn keindahan ciptaanNya.Syukran Robb ats nikmat ini.

"disini adalah Mu'attal kawasan yg semuanya adalah pelarian Palestin dan di depan sana kawasan Mu'ayyir yg semuanya adalah Badwi."Bersungguh2 ammu Abdullah menerangkan apabila aku bertanya tentang kawasan yg sedang kami lalui. Senior aku kata kalau nk cpt blja bahasa kena byk bercakap atau bertanya walaupun sepatah, itu sudah cukup bermakna dan menambah vocab.

Kurang 15 minit kami sampai di Mu'ayyar Sarhan.Nada sedang menanti didepan pintu rumah bersama ahli keluarganya.Terasa mcm VIP pulak ada org sambut dpn pintu ‘hotel’.Boleh dikatakan semua ahli keluarganya ada kecuali baba dan tiga org adik lelakinya. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga akan berkumpul pd hujung minggu, suasana jd lbh meriah dgn suara cucu2 umi Syum'ah(ibu Nada).

Bersama dgn keluarga Nada terasa spt berada dgn keluarga sendiri, bersembang, bergurau senda, mcm2 cerita yg dikongsi. Dlm sesi ta'aruf dgn keluarga Nada, kami msg2 mendapat gelaran baru, aku dipanggil Amirah(ssh dorg nak sebut Puteri), Mieha dipanggil Badawiyyah(sbb muka mcm Badwi), Shahidatain( dua Syahida). Waktu klimaks apabila tiba waktu makan, Nada menunaikan janjinya jika kami dtg dia akan masak Mansef.Nah, didepan mata Nasi Mansef sepinggan penuh,nasib baik la dikongsi dua itupun tak larat nk habis,terpaksa minta Nada tlg hbskan,segan juga sbnrnya mcm tak beradab tp nasib baik keluarga dia faham “adi2,kholi hon"..dh hbs mkn kami dihidangkan dgn teh Babunij(bkn babun ok).Sudah jd budaya masyarakat Arab akan menghidangkan teh atau kopi slps mkn.(ezine adisi Mac). Apa yg aku perhatikan sepanjang berada di bumi Syam ini,masyarakat sini begitu menghormati tetamu, tak kira tetamu yg dtg tua atau muda.

Usai makan tengahari,kami diajak pulak melihat kambing dan ayam haiwan ternakan mereka diblkg rumah.Terkesima Badawiyyah dengar kambing,mgkn teringt kambingnya dirumah. Bersembg dgn Islam,adik Nada yg berumur 21thn mengingatkan aku pd adindaku Acik, lama tak mendengar khabar darinya,sudah sarat agaknya skrg Acik.hurm..Ziarah kami diteruskan dgn berjalan ke kebun sayur,berkelah sambil menikmati sayur yg sedang subur seolah2 berada di Cameron Highland pulak. Dalam perjalanan pulang ke rumah Nada, kami sempat singgah dirumah kakak umi Syum'ah,ramah sekali sama mcm umi. Tak sampai sehari, separuh dari kampung Nada kami jelajahi dan kenali, penduduk disini semuanya ramah menyapa kami.Pengalaman yg susah dan jarang skli dpt hatta di Malaysia.

Matahari sudah beralih ke ufuk barat, sedih hendak meninggalkan keluarga baru ini. Bertambah sayu memandang anak2 kecil yg semasa kedatanagn begitu ceria dan celoteh tp apabila tiba saat perpisahan semua jadi kaku membisu,InshaAllah sanaltaqi..

Sebelum pulang sempat lg umi Syum'ah menghadiahkan seguni beras, bekal air zam2,buku2 agama dan mushaf Al-Quran setiap seorang.Buku dan mushaf ini sumbangan dr kerajaan Saudi katanya. Allah yubarik fikum.

pertama kali bertemu hati sudah terpaut

terpaut pada keramahan, keikhlasan hati kalian

saat berpisah terasa begitu sempit

kenangan bersama akan sentiasa dalam ingatan.

kutitip puisi rindu

pada nyanyi angin bayu

agar hati tak pilu

berharap agar kita kan lagi ketemu.

p/s: syukran jazilan Nada atas keluarga baru ini, buat Badawiyyah,Shahidatain hope u all juga mendapat sesuatu yg berharga =)

Glosari:

1.mata saati ila baiti – Bila awak nak dtg rumah saya

2. Wallahhi la 'arif,ashan ehna daiman yujad barnamej..inshaAllah izan mafi esyek saatik ila baituki – Tak tahu bila,kami sentiasa ada program,jika tak ada apa2 saya akan dtg rumah awak.

3. saatbakh mansef,maqlubah, mandi..kullu laziz – saya akan masak Nasi Mansef, Maqlubah, Mandi,semuanya sedap.

4. ana hamzah faqot,saati lakin bas ziarah yakni..inshaAllah lau mafi musykilah saattasil ma'ak – saya lawak saja,saya akan dtg tp ziarah saja awak tak perlu masak apa2, saya akan telefon awak nnt.

5. indi muhadharah alaan,yallah bai ma'assalamah – saya ada kelas skrg,jmp lagi.

6. syurtah – pegawai polis.

7.mantiqah – daerah/ kawasan.

8. ghorib – pelik.

9. ‘adi – perkara biasa/ normal.

10. iqamah – kad pengenalan penduduk, hanya utk pelajar2 luar negara.









Friday, April 2, 2010

Sang Bunga

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

~www.iluvsislam.com~