Friday, December 30, 2011

:: Usrah Hingga Ke Sorga ::

Quote Jumaah Barokah;

Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah
mereka nampak pada zahirnya
namun..
mereka tidak tahu kita sebenarnya sedang membina batas.

Begitu juga Usrah
mereka nampak kita berhimpun,berbincang
tetapi mereka tidak tahu
kita sedang membina semula ISLAM dalam hati kita..

................................................................................................................................

"Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati2 ini
berkumpul kerna mengasihi-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati2 ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
maka eratkanlah Ya Allah
maka eratkanlah YA Allah
maka eratkanlah Ya Allah
kekalkanlah kemesraan hati2 kami
Penuhkanlah hati2 kami dengan cahaya Robbani-Mu
Yang tidak kunjung malap
Lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan Iman dan Keyakinan
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati2 ini dengan ma'rifat tentang-Mu
Jika Engkau mentaqdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati2 ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong"

ameen ya robbal 'alamin...





Tuesday, December 27, 2011

:: Permata Ayah Bonda ::

Bismillah.

" Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Dialah yang memeri pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
An- Nahl : 78

Pejam celik dah hampir empat bulan meninggalkan kampung halaman
sepeninggalan itu jugak la, banyak beno perubahannya.
dari tak de anak buah, nah sekarang empat dah..

begitulah..
sudah menjadi lumrah alam,
ada permulaan ada pengakhiran
ada pertemuan ada perpisahan
ada baik ada buruk
ada hitam ada putih
warna warni kehidupan
yang sementara..

tiada lain yang diminta oleh ibu bapa
moga permata hati mereka menjadi hamba yang soleh

sedikit pesanan buat anak2 buah den, mak teh nk kobau ni;

~ jadi hamba, khalifah yang bermanfaat untuk diri sendiri,keluarga dan ummah
~ persiapkan diri dengan iman yang teguh, ilmu yang mantap, akhlaq yang mulia
~taat kepada umi dan abah
~ jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup
~tiada yang lebih indah, kecuali redha umi abah dan Allah.

:: korang mungkin dapat baca ni time dah masuk sekolah nnt, tak pe asal baca (wasiat mumkin)


Wan Muhammad Amsyar b Wan Muhammad Kamal
bakal hafiz dan engineer inshaAllah:D

Nur Aina Qaisara bt Mohd Ridzwan
bakal hafizah(tudung saya dgn ibu)dan pakar ekonomi.inshaAllah :D

Wan Muhammad Afnan b. Wan Muhammad Kamal
bakal hafiz dan duktur.inshaAllah :D

Muhammad Akif Muammar b. Yusrizal (blm sempat jmp)
bakal hafiz dan ahli sejarawan. inshaAllah :D


penyeri jantung pisang cucu Haji Megat Mohd Mohd Yusuf dan Hajah Siti Hajar
.
.
.
.
cucu kelima ??
coming soon..hehhehe

....:: secebis rindu buat anak2 buah kesayangan, panjang umur inshaAllah kita jumpa nanti. inshaAllah.ameen.

Wednesday, December 14, 2011

Nasib Badan


..sekadar kenangan..

Agak lama terbio blog ni sorang..kesian plak berabuk bersawang dah..


Mula fasal thani ni, bahas memang bertimbun (konon la..).. ditambah dengan exam yg kalo dah mula tu alamatnya awal tahun 2012 baru habis..Org2 kt Malaysia jangan pelik sangat la, sistem kt sini memang mcm tu..sekali dah mula first exam akan berterusan sampai kt final..family kt Perak, alhamdulillah dah ma'ruf.." dh dapat tarikh exam nnt mesej la ye" antara ayat bonda yg mmg cukup memahami jadual exam anakandanya yg sorang diperantauan ni..sedih plak bile teringat bonda..sob...sob..sob...

harini mmg nasib badan 'sangat baik'..habis kelas Usul Fiqh, terus ke maktabah..cadang nk siapkan bahas Fiqh Muqoron, Fiqh Qodho' n Usul Fiqh...lebih 3 madah kan? so, rujukannya pn mestilah banyak. Lepas satu rak ke satu rak saya pusing cari kitab..berabuk adabi jangan cakap la.. sakit hidung ni..nasib baik ade 'mask'..itupn still rasa nk terbersin + tengah selsema plak..bertambah2 rasa nk terbersinnya..

Sume kitab rujukan yg saya jumpa, habis diangkut ke meja..kire penuh jugak la meja tu dengan kitab, tambah kitab Cik Mieha n KH tenggelam warna meja dek kitab2 ktorg..

tengah khusyu' baca kitab, tetibe ammu maktabah datang dan bercakap dengan nada yg agak tinggi..;
Ammu :" 1, 2,3,4,5,6,7,8,9,10....eh dekat 20 kitab atas meja ni, mana boleh guna kitab banyak2, paling kurang setiap sorg 4 or 5 kitab je..ni awak dah lebih sangat.."
Saya :" saya cari bahas, mmg la banyak kitab, lagipun bukan saya sorg je kt meja ni, kawan saya 5 org lagi.."
Ammu: " tak boleh2..kalo sume student buat mcm awak ni, teruk la saya.."
Saya : " saya mana tau, lagipn saya nk cari bahan, bukan de mende pn.."

*perbualan tadi yg telah diterjemah ke bahasa melayu, berat jgk kalo ammu ni boleh cakap melayu sebab saya de 'mengata' depan2 dia..beghat66..syukur tasbih de dalam sweater, dapat jgk 'beringat' kalo tak,ade jgk syawarma sumbat kitab nnt..

Disebabkan ammu yg tak de keje cari keje tu, malu ktorg kt situ,gelak je budak2 Arab kt meja lain.. kebetulan ramai plak dalam maktabah harini,kebanyakannya bukan study sangat pn, dating(marah dorg la ammu oiii..) Malu la jugak dibuatnya waktu tu tapi demi ilmu, lantak mengkome le nak senyum unta ke, gelak dhob ke..janji bahas siap.

Sebelum keluar maktabah, dengar ammu tu membebel lagi, rupanya dia membebel dekat syabab melayu yg kebetulan plak duduk betul2 depan meja keje dia..alahai kesian plak,mmg nasib badan korg la terduduk kt situ..korg buat pekak sudah la...

Cuma satu la, yg saya dan rasa budak melayu lain pn pelik kot kt sini. Sume makruf maktabah or library adalah tempat mencari rujukan, tempat org membaca, tempat perbincangan etc. mestilah akan ada buku yg BANYAK atas meja, ke negara lain, kena baca dekat rak buku or tak boleh baca kena pinjam baca kt rumah? ghorib2..sepatutnya ammu ni dh tgk budak ajanib tolong la apa yg patut, ini tolong marah plak, tak boleh guna kitab banyak2.. Tugas dia la nk susun kitab dekat rak lepas org guna, keje dalam maktabah tak de la banyak sangat pn, sambil2 berfacebook, ber'ym' , mengeteh sampai kuning cawan,merokok sambil melawan asap rokok sapa yg tebal,bergayut sampai lekat hp kt telinga bole je sambil2 tu susun kitab kt rak.. Ikutkan hati yg tengah emosi tadi nk je lapor terus ke rois jamiah..
tapi hati org melayu kn,mmg tersangat lah lembut, sabar,tasamuh habis..next time kalo perkara sama berulang lagi mmg ammu see u at maktab rois jamiah le jawabnya..eceh~
Bukan niat utk cari pasal atau membuka aib mn2 pihak tapi utk sekadar teguran kepada semua pekerja2 dlm maktabah dan department yg lain (yg makruf dgn perangai Arab mungkin akan lebih memahami)..

Semoga akan ada pembaharuan dalam pekerjaan mereka.." mudahkan jangan susahkan"

p/s: peringatan utk pelajar melayu, kalo nk cari bahas jgn rajin sangat letak buku atas meja banyak, nnt ade yg part-time susun buku kt maktabah :)~


Glosari :
1. bahas = assigment
2. fasal thani = semester kedua
3.ma'ruf= mengetahui/tahu
4.maktabah=perpustakaan
4.madah = subjek
5.ghorib=pelik
6.ammu=pakcik
7.tasamuh=tolak ansur



Saturday, December 3, 2011

Kau Di sana Aku Di sini


Subhanallah walhamdulillah Allahu Akbar..

Syukran lillah, atas nikmat pertemuan hari ini.
Walau jauh beribu batu, tapi masih tetap dapat bertemu
Biar hanya seketika, namun kemanisan ukhwah itu masih tetap terasa
Moga kasih ukhwah kita makin berbunga

Terasa mahu menangis disini
Tapi,
Melihat teman2 tersenyum girang disana
Hati memujuk untuk terus bersabar
Andai ada sayap
Mahu saja terbang terus ke sana

Kupohon,
moga ada peluang untuk bertemu dengan kalian
Andai tidak disini
Mungkin di sorga sana
InshaAllah,
Ameen.



Khususan ila:
Nurnajihan, Siti Nur Dalila, Nadzifa, Afifah Azam, Sakinah, Arina,Kak Tini,
Mohd Shazni, Abdul Hakim, Huzaifah, Abdul Hakam, Abg Ju, Abg Din, Encik Azam,
dan mereka yg tak mampu untuk disebut :)


p/s:
sempat lagi mencoret2, eben esok exam..
titipkan doa untuk saya dalam doa kalian.
syukran.ameen

bahasa pn dh tunggang langgang..huhu..

Monday, November 28, 2011

Selamat berjuang


~ There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, learning from failure.~

"Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami ".
- Al-Kahfi : 10 -


p/s:
* selamat berjuang buat teman2 sejordan.
tajdid niat ilmu kerna-NYA..
inshaAllah, moga kejayaan milik bersama.

Saturday, November 19, 2011

Nota Untuk Daei

"Sila jangan nak mengada-ngada berfikir bahawa pendakwah tu adalah ustaz2,ustazah2 atau pak lebai yg berjubah dan berserban saja. seorang yg pakai jeans pun boleh berdakwah juga tau??

Dakwah itu milik bersama dan wajib dilaksanakan oleh semua..!!

Saturday, November 12, 2011

Aidil Adha Ter 'spesel'




sebahagian dr kami akhawat Jamiah Al-Bayt,


Bismillah..

Rasanya belum terlambat utk saya mengucapkan Salam Eid Adha Al-Mubarak kepada semua. Kerna saya pn masih lagi dlm mood raya haji..rasa mcm nak mintak rais (rector) jamiah panjangkan cuti je..maklum la seminggu cuti,musim syita’ (sejuk) pulak memang rasa mcm nk belingko dalam rumah je la..

Sepanjang tiga tahun di perantauan,tahun ni la raya haji yg paling meriah..11 ekor khoruf dan 2 ekor lembu tumbang (hajat nk tumbangkan unta belum kesampaian…) pestime akhawat diberi chance tgk syabab sembelih..live dari tv Mafraq :) . lama jugak la nk menyembelih then nak melapah,almaklumla student makin bertambah sume benda la nk kena tambah. bab memotong sume bagi akhawat..masak dari petang sampai ke pagi esok tak menggelegak2 sup lembu..liat betoi..tu AJK raya yang kata la,tak tau la sohih ke dop saya sempat pegi tengok malam tu je mana tak nye melayan tetamu yg datang bersimpang siur..kalo nk dikira tetamu yang datang rasa dalam 100 ++ jugak la..lepas solat raya sampai lepas isya’ tak putus2 orang datang,rasa macam kat Malaysia plak.penat tapi meriah!

terus buat alas..terbaek :)

Cakap pasal tetamu, memang sweet memory la..tak expect tetamu yang datang sampai penuh rumah, nasib baik rumah cute kami muat nak tampung sume..budget masak untuk 30-40 orang je sekali datang hambik..habis seperiuk kot mee kari..siap kena masak lain sampai habis gas..huhu.. nak call kedai gas tob’an la tutup time raya2 ni..nasib baik la ada dapo elektrik n rice cooker bole la support dulu..kire hari tu memang kami tak keluar berjalan rumah org la..kesian jiran sampai merajuk kami tak datang beraye..(jangan marah Nirah…)

Akibat nk ambik hati sume jiran2 yg tak sempat kami pegi time pagi raya,esoknya kami terpaksa batalkan plan ke Mu’tah (turun padang la kononnya)..pueh hati la berjalan dari 9pagi sampai isya’ ..Alhamdulillah ukhwah makin erat,perut pn kenyang…

antara juadah kami @ Casa Hermanas


p/s: spesel story ‘sup sum2 Jordan’ inshaAllah

Wednesday, October 12, 2011

Angau Bercinta


Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~
^_^
~ sama-samalah kita berMUHASABAH ~

Friday, September 16, 2011

Masih Belum Terlambat

Bismillah.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Taqobbalallahu minna wa minkum taqobbal ya kareem buat semua. Rata2 teman2,adik kakok di Malaysia dan juga luar Malaysia masi lagi dalam mood raya. bak kata orang ' pose sebulan, raye pun sebulan la'..

Apa pun disini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat ;

Ustazah2 di Pasti Al-Badar, Taiping
Cikgu-cikgi di Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul, Taiping
Ustaz ustazah di Sekolah Agama Rakyat Ahmadiah, Changkat Ibul, Taiping
Ustaz ustazah di Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Batu 8, Trong
Lecturer2 di International Islamic College Malaysia, Gombak
Ustaz2 di Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya
Doktor2 di Universiti Al-Bayt, Jordan

tak dilupa teman2 seperjuangan, adik2,kakak2, abang2,pakcik2,makcik2,dato2, datin2 dan mereka yang sewaktu dengannya. Moga Aidilfitri yang dirai disambut dengan sekadarnya.

Puasa ganti (bagi pihak yg berwajib) dan puasa sunat Syawal jangan dilupa!

18 Syawal 1432H
Jamiah Al-Bayt, Urdun

Monday, August 15, 2011

Mengkome Jangan Gelojoh


sekadar tempelan
Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."
Sahabiah2 di Jordan, walaupun kite banyak dapat undangan iftor pak and mak arab yg kadang2 makanan yg dihidang tak terjangkau dek tekak and mulut kite ni, beringat2 lah mereka yg kt luar sana yg kadang hanya berbuka dengan sebiji tamar dan paling sedih hanya dengan air kosong..

~kurangkan juadah,tingkatkan ibadah~





Wednesday, August 10, 2011

Menarik : Cara Mengetahui Surat Al-Quran


Its interesting..
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.. :)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam... solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... ;)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Ramadhan karem..

Monday, August 1, 2011

Rumah Hantu


Ibn Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam dadanya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah usang yang tidak berpenghuni.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Yok, sempena bulan rahmat, ini,sama2 kita ambik keberkatannya
hiasi hari2 dengan Al-Quran, tadabbur (menghayati maksudnya),
zikir, bersedeqah dan byk lagi
jangan biarkan hati kita umpama 'rumah hantu'
penuh dengan sawang
berhabuk, tiada berpenghuni
jgn menambah hantu,setan dalam 'rumah itu'

Friday, July 29, 2011

Ramadhankan Hatiku


Debar hatiku menunggu kedatangmu,

Khusyuk qalbuku dirundung rasa rindu,

Ya Ilahi Rabbi, Maha Pengasih Maha Penyayang,

Ramadhankanlah hatiku.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Bulan Perubahan dan Kekuatan


sekadar gambar hiasan


Bulan Perubahan

Tibanya bulan Ramadhan, kita akan dapati banyak perubahan berlaku dalam hidup seorang muslim. Jadual tidur bangun sesetengah kita mungkin berubah. Mereka yang biasa bangun lewat hingga matahari hampir terbit, hari ini bangun seawal 4.30 pagi untuk bersahur. Jika sebulan penuh kita dilatih bangun awal, bukanlah satu kesukaran untuk diteruskan rutin ini pada bulan-bulan berikutnya.

Waktu sahur adalah waktu yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri dan bertaubat kepada Allah. Kerana waktu sepertiga malam terakhir adalah waktu Allah Taala turun ke langit dunia dan berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku akan menyahutnya. Dan sesiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku akan menunaikannya. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuninya”. (Kenyataan ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

Di bulan Ramadhan juga, berlaku perubahan mendadak di surau dan masjid. Surau yang kebiasaannya dihadiri separuh saf pada waktu Subuh, kini meningkat sedikit kepada dua saf atau lebih. Alangkah baiknya jika amalan ini menjadi titik permulaan kepada rutin menghadiri solat jemaah pada bulan-bulan berikutnya.

Ramadhan juga menyaksikan perubahan dalam bacaan al-Quran. Mereka yang tidak pernah menyentuh mushaf selama 11 bulan kembali membuka helaian-helaian yang mungkin sudah berdebu atau dimakan anai-anai. Yang sentiasa membacanya saban hari akan melipat gandakan lagi bacaan pada bulan ini, bertepatan dengan bulan yang mendapat julukan Bulan Al-Quran.

Bulan Kekuatan

Bagi sesetengah orang, Ramadhan sinonim dengan keletihan dan kelesuan. Apabila tiba bulan Ramadhan, tidur makin banyak, kerja makin malas, dan produktiviti makin berkurang. Seolah-olah puasa bukan setakat menahan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa, tetapi ia juga menahan segala aktiviti harian lain yang menatijahkan kerugian kepada ummah.

Meneliti sejarah Ramadhan sejak zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kita akan dapati bahawa Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa. Ia adalah bulan yang menyerlahkan kekuatan dan kehebatan umat Islam.

Ingatkah kita peristiwa peperangan Badr? Pada bulan apakah ia berlaku jika bukan bulan Ramadhan tahun kedua Hijriyyah, iaitu selepas difardhukan puasa. Ia adalah peperangan yang paling bersejarah, pertama kali umat Islam mengangkat senjata terhadap musuh. Tentera Islam seramai 313 orang dengan hanya kelengkapan musafir mampu mengalahkan1000 bala tentera musuh dengan kelengkapan perang. Kemenangan yang penuh bergaya ini berlaku pada bulan Ramadhan.

Begitu juga peristiwa Fathu Makkah atau Pembukaan Makkah pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijriyyah. Nabi Sallallahu Alahi Wasallam dan para sahabat keluar dari Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan, dan membukanya pada 21 Ramadhan. Jika pada peperangan Badr, bukan baginda yang merancang tarikhnya pada Ramadhan, tetapi ia berlaku disebabkan qafilah Abu Sufyan yang datang pada bulan tersebut. Berbeza dengan Fathu Makkah, baginda sendiri yang membuat jadual untuk keluar ke Makkah pada Ramadhan.

Kenapa baginda tidak menangguhkan jihad ini beberapa minggu agar para sahabat dapat berpuasa penuh dan berhari raya dengan aman damai, barulah lebih bersedia untuk berjihad menawan Makkah? Ini memberi pengajaran bahawa Ramadhan bukanlah alasan untuk menangguhkan jihad dan segala aktiviti wajib lain. Jihad tetap diteruskan dan dakwah tetap disebarkan sekalipun pada bulan Ramadhan.

Besarnya hikmah Allah memilih Ramadhan sebagai tarikh pembukaan Makkah. Agar pada bulan Ramadhan seluruh berhala yang berjumlah 360 buah yang berkurun lamanya berada di dalam Kaabah dikeluarkan dan dimusnahkan. Pada bulan yang sama baginda mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk memusnahkan berhala Uzza, mengutuskan Amru bin al-Aas untuk memusnahkan berhala Suwaa’, dan mengutuskan Saad bin Zaid untuk memusnahkan berhala Manaf. Kesemuanya berlaku pada bulan Ramadhan. Tidak ada penangguhan tugas tersebut dengan alasan ia bulan Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan menghapuskan kemungkaran.

Pada bulan Ramadhan tahun ke-13 Hijriyyah, tentera Islam di bawah pimpinan Muthanna bin al-Harithah berjaya menewaskan tentera Parsi dalam pertempuran yang dinamakan Peperangan al-Buwaib. Bayangkan bilangan tentera Islam seramai 8000 mampu menewaskan tentera musuh berjumlah 100,000 askar. Hebatnya, jumlah tentera Parsi yang terkorban ialah 90,000 orang. Kemenangan Islam yang cukup hebat dan bergaya, dan kekalahan Parsi yang cukup memalukan. Bagaimana ia boleh berlaku, sedangkan kelengkapan musuh cukup sempurna dan bertempur pula di tempat mereka? Inilah sejarah yang terpahat pada bulan Ramadhan.

Begitu juga kemenangan tentera Islam dalam Peperangan Ain Jalut pada tahun 658 Hijriyyah, ketika mengalahkan tentera Mongol. Ia juga pada bulan Ramadhan. Sebelum itu, cukup lama umat Islam dikalahkan oleh Tatar dan mendapat penghinaan selama 42 tahun bermula tahun 616 Hijriyyah sejak pertama kali mereka masuk ke negara Islam. Akhirnya, ketika pemerintahan Saifuddin Qutuz yang hanya memerintah selama setahun melancarkan serangan yang penuh strategi terhadap Mongol. Lalu Islam kembali gemilang dan dijulang, dengan kemenangan paling bersejarah, pada bulan Ramadhan.

Inilah sejarah Ramadhan dalam tarikh umat Islam. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan perubahan, bulan kekuatan, bulan kemenangan, dan bulan kegemilangan. Bukannya bulan keletihan dan bulan kelesuan. Semoga semangat Ramadhan yang ditunjukkan oleh sejarah lalu menjadi penjana kekuatan kepada kita untuk mengukir suatu yang hebat buat Islam untuk masa kini dan akan datang.


sumber :http://abuumair1.wordpress.com/2010/08/17/ramadhan-bulan-perubahan-dan-kekuatan/

Friday, July 22, 2011

m.i.s.u.n.d.e.r.s.t.a.n.d.i.n.g.



tengah mencari mood untuk ngadap kitab
tiba teringat kejadian hari khamis baru2 ni
-

-

'akak de exam ke?'
eh,tak la.de imtihan.
[berkerut dahi..]

exam dengan imtihan tak sama ke?
eh,tak la..
akak de imtihan nanti..

-

-

owh..ok.
dalam hati,penin ka pa akak ni,rasa nk tergelak pn de [jahak]..
hurm.
besa la,minggu2 exam ni sume
penin,
misunderstanding.
lain ditanya lain plak yg difahamnya..

-

-

ni lah kami,
exam or imtihan nya 18x dlm satu sem.


p/s:
exam dalam bahasa omputih, dalam bahasa arab disebut imtihan,dalam bahasa kita melayu dipanggil periksa.
faham na.jangan misunderstanding.

n.o.t.h.i.n.g.




-


-

-

-

-

-

-
.. tak tau nak cakap apa dan buat apa ..
..sedangkan lusa exam..
..nak suruh orang lain doa..
hurm..
diri sendiri pun tak usaha..

-

-

-

..sedangkan Allah dah kata;
" Sesungguhnya Allah takkan mengubah seseorang itu,kecuali dia mengubahnya sendiri"..

-

-

-
.. dah tu?
p la blajaq la cik kak ooiiii...