Saturday, May 28, 2011

Hikmah Kembara

"Tak de elektrik la"
"Dah tengok ibu suis ke? dah kak.still tak de.."
"Ya Allah, pe benda lagi la dengan rumah ni, hari tu air tak naik harini elektrik plak.

Hari ni genap sebulan dua minggu saya dan tiga lagi sahabat menyewa di rumah baru. Macam2 perkara baru kami belajar, kalau dulu di sakan semua kemudahan dalam paras memuaskan. Air memang tak pernah putus, internet pun ok(tu pun masuk seludup), warden sakan pun friendly (ikut mood la), nak ke kelas 5 minit nak mula kelas pun sempat lagi. pendek kata hidup budak2 di sakan ni mewah dan selesa la walaupun tak dinafikan ada masalah2 lain itu hanya lumrah.

Bila hidup diluar jamiah ni, baru la merasa kehidupan sebenar, bukan beerti hidup di sakan tak rasa macam orang hidup tapi kehidupan dunia luar sakan jamiah ni lebih hidup pada pandangan saya. memang mula2 saya dan teman2 kekok dengan air yang naik dua kali seminggu tu pun kadang2 sekali je seminggu. Istilah yang kami biasa di sini air naik untuk air naik ke dalam tanki yang ada kat atas atap. kalau di Malaysia memang tak jumpa ni, Jordan je spesel kes. Jordan, antara masalahnya adalah kekurangan air, jadi jangan tanya la kalau ada seminggu dua tiga kali je yang mandi selain faktor cuaca dan juga klorin air yang tinggi.

Hasrat untuk hidup di luar sakan ni dah lama tertanam dalam hati, cumanya tak terluah disebabkan qoror persatuan di jamiah saya mewajibkan pelajar first year tinggal di sakan. Logiknya kami baru lagi dan memang ada baiknya kami boleh berkomunikasi dengan arab lain yang tinggal sebilik serta belajar budaya arab Jordan selain mudah untuk urusan2 pendaftaran jamian.

Alhamdulillah tahun ketiga di sini Allah makbulkan untuk merasai kehidupan di luar sakan. Awal hidup sendiri tanpa semua kewahan dalam sakan memang terasa susahnya, orang kata dah buat tanggung la sendiri kan. Mula la kehidupan sebagai akhawat luar sakan. kalau dulu bayt akhwat yang tinggal di luar tak sampai pun lima buah tapi sekarang dah hampir sepuluh buah dan fasal depan mungkin akan bertambah lagi.

Kami bukan dipaksa keluar tapi secara suka rela, alasanya jika dah bersedia dan mampu ok proceed, bagusnya persatuan yang carikan rumah, memang tak penat sangat dan rumah biasanya berdekatan dengan rumah syabab, muraqib untuk kemana2 bila2 diperlukan. Tahun depan, Jordan dijangkan menerima lebih kurang 2,ooo orang pelajar dari Malaysia untuk semua bidang pengajian. dan macam tempat pembuangan manusia. Jujurnya saya dan teman2 tak berapa setuju kalau KPT nak hantar dalam kapasiti tu, alasanya memang panjang kalau nk disyarahkan. dan mohon jasa baik kalau ada sedara mara, abang, kakak, kawan2 yang nk datang sini belajar di Malaysia atau negara lain lagi elok. Dan untuk mak ayah yang nk hantar anak ke Jordan konon nak 'memanusiakan' anak rasanya tempat lain lagi bagus. takut nanti ada plak yang tak jadi manusia kat bumi anbiya' ni. ni bukan pendapat saya saja malah presiden persatuan setiap mantiqah setuju dengan pendapat saya. Beza sungguh zaman abang2 dan kakak2 dulu yang datang Jordan nk belajar agama dan segala ilmu yang ada di sini tapi sekarang benar2 lain. Senior Us Hasrizal, Us Mazlee Malek, Us Farid Ravi semasa ziarah dan program mereka cukup terkesan melihat pelajar2 di sini sekarang. Ya, benar zaman memang berputar seiring dengan kemajuan dan teknologi dan gaya terkini tapi adakah syariat juga berubah mengikut zaman? Bukankah Al-Quran dan Sunnah itu sesuai dengan sepanjang zaman? Tepuk dada tanya iman.

Jauh plak lencongan saya ni, dah terlepas bulatan pahang agakanya. tapi itulah serba sedikit kehidupan di bumi anbiya' ni, setiapa hari ada saja pengalaman baru, ilmu baru, kepahitan dan kesusahan yang akan dirasai dan pastinya saya akan merindui saat2 ni bila pulang ke Malaysia nanti. moga saat2 ni akan lebih menjadikan saya khalifah, hamba yang benar2 tawaduk pada-Nya.

Saturday, May 14, 2011

Pelihara Solat, Semua perkara Berkat


“Kak, boleh bagi tips tenang hati sket”

“Kamu dah solat belum?”

“Belum.. “

“ Itu tipsnya.jawapan sudah ada disitu..”

..................................................................................

“Alhamdulillah..sudah..terima kasih kak.”

“Alhamdulillah.Apa jua perkara utamakan solat, andai hati tak tenang,mohonlah pada-Nya dlm sujud mu.inshaAllah hatimu jadi tenang. Sama2 kita ingat mengingati =)”

Astaghfirullahal’azim, Astaghfirullahal’azim, Astaghfirullahal’azim

Cakap bab2 solat ni kadang berdebar rasa hati memikirnya. Resah,tak senang duduk dibuatnya kalau belum solat atau terlewat solat. Anda semua pun pasti pernah rasa kn? Andai Allah tarik nyawa kita dalam keadaan lagha dengan kehidupan dunia, apa agakanya nasib kita di sana nanti ya? Neraka! Moga kita semua dijauhkan dari golongan2 yg melambatkan solatnya..ameen.

Sebetulnya harini saya dapat banyak pengajaran. Ada yang mesej saya mintak bagi tips tenangkan hati then jawapan yang saya bagi adalah solat itu tipsnya, jawapan yang secara tak langsung saya bagi padanya.

Kebetulan jugak harini saya dan beberapa orang sahabat ke haflah walimah teman kami. Biasa Arab sini mula program lewat petang. Sejam saja kami kt sana, maklumlah hanya makan halawiyat dan ‘cuci mata’ tengok walimah Arab.

Rasa macam dah lama azan maghrib, belek punya belek jam, astaghfirullah dah 7.55 malam rupanya. Ammu ni tak berenti solat ke. Penat mesej sahabat kt depan minta berenti mana2 masjid, dah lewat sangat maghrib kita ni. Hancur sungguh hati jawapan yang dapat,” kita solat dekat rumah nanti.” Allah, tak sepatutnya orang yang faham agama jawab begitu. [tak beerti orang yang tak faham sangat agama boleh lengahkan solatnya jugak].

Resah.

Berdebar.

Cuak. Semua ada.

Tipu la hati ni akan rasa tenang bila ada kewajipan yang belum tertunai. Bukan nk kata baik sangat tapi itulah hakikatnya perasaan ini.

Sungguh, berdosa sungguh lewatkan kewajipan yg utama ni. Bukankah soalan pertama yg akan ditanya di sana nanti adalah SOLAT? Allah..

“Ya Allah, ampuni kami kerna telah melengahkan kewajipan-Mu. Sungguh kami benar2 bertaubat. Beri kami kekuatan moga ia tidak berulang.Jauhkan kami dari lalai dengan kehidupan dunia. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim”

Islam itu tidak membebankan, jadi jangan bebankan diri, malaskan diri untuk perkara yang satu ni. Addinu nasihah.


Tebu dan Saudara

Salam teman2.moga sihat dalam Rahmat dan Rahim-Nya ya, inshaAllah.
rasa macam tak berapa kena saja tajuk tu.tak kisah lah.


Cuaca harini memang agak panas lain dari biasa.

Matahari seolah-olah brada sejengkai atas kepala.

Memang tekak dah kering dibuatnya.

Berjalan mencari kedai minuman macam nak semput jadinya.

Nah! Nun terpesosok dihujung sana.

Dicelah2 bangunan Amman yang purba lama.

Dah bangunan lama, tiba nak rasa sesuatu lain dari yang biasa.

Tebu! Rasa ajaib bila ia ada di bumi sahara.

Ah! Nak pelik buat apa.

Zaman la ni ada kapal terbang, boleh angkut bawa p mana saja.

inilah zaman kita.

Cop!

Apa yang utama,janji aku ada dapat rasa.

Hilang sikit panas yang sedang membara.

Alhamdulillah..sedapnya memang tak terkata.

Dah dahaga memang semua sedap belaka.=)

Nak tambah lagi takut dikata tamak haloba.

Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa.

Atas segala nikmat yang dikurnia.

Pada kita semua yang ada atas dunia.

Jangan dok buat2 lupa, kita bukan hidup selamanya.

Ada satu stage lagi yang bila2

Beringat diri sama dan orang lain diperingat juga.

Bila ditegur jangan la kata ‘jaga la tepi kain hang saja’.

Kita ni hidup berukun tetangga, kena ingat tu saudara.

Tuesday, May 10, 2011

Doakan Sesama Kita




‎"Seorang yang bersolat akan memberikan salam kepada hamba-hamba Allah yang soleh di dalam tahiyyatnya. Alangkah beruntungnya hamba Allah yang soleh, sering didoakan kesejahteraan oleh jutaan manusia yang bersolat saban waktu.. indah dan hebatnya Islam. Leraikanlah kekusutan hati dengan bersolat.."