Thursday, June 30, 2011

PEMUDA,
ingat masih banyak perlu di koreksi,
masih banyak perlu diperbaiki,
kita perlu bentuk jiwa dan akhlak agar dapat jadi qudwah,
perlu tingkatkan qiamullail agar diri tidak lalai,
perlu tingkatkan tadabbur Al-Quran agar hidup ada panduan,
perlu banyak buat muhasabah agar IMAN tidak goyah,
perlu selalu puasa sunnat untuk hindar dari maksiat,
pesan ini buat teman seperjuangan Anak Muda rindukan Allah dn Rasulnya.


"Sesiapa yang ingin kan dunia dengan amalnya, kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia dan bagi sesiapa yang kami kehendaki kebinasaan nya, kemudian kami masukkan dia kedalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha dengan sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji."

Monday, June 13, 2011

Ikhwati Fillah

Amanat As-Syahid Hassan Al-Banna buat kita pejuang-pejuang di medan
dakwah.

" Wahai Ikhwanul Muslimin,
terutama yang gopoh dari kamu.
Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi
yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini.
Sesungguhnya
jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya,
ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu.
Aku telah yakin dengannya.
Keyakinan yang sebenar-benarnya
bahawa
itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.

Benar,
boleh jadi ia satu jalan yang panjang tetapi disana tidak ada jalan lain selain itu.
Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali
dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan.
Barangsiapa dari kalangan kamu yang
hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak
atau
hendak memetik hasil sebelum masanya,
maka
aku tidak bersama dengannya sama sekali
dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini
dan carilah dakwah yang lain.
Barangsiapa yang bersabar
bersama aku waktunya untuk berkembang
dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya baik buahnya sehingga tiba waktunya
untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah SWT semata-mata.
Kita dan dia tidak boleh lari
dari dua kebaikan ini.
Sama ada kita menang dan berkuasa dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".

"Ya Tuhan kami, berikanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir".
(Al Baqarah: 250)

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat ma3siat lagi sangat kafir. (Nuh: 26 – 27)


semoga kita termasuk orang-orang yang tidak terhalangi untuk mendapatkan pahala para mujahidin dan da3i. Ameen.

Thursday, June 9, 2011

Epah

sory epah ni je gambo yg de =)

كل عام وانت بخير مقدماً
وياعسى ايامك كله خير وفرح وصحة وسعادة
كل عام وانت الى الله اقرب


SEMOGA UMUR DIBERKATI
semoga setiap hari yg dilalui mendapat keredhaan-Nya..
don't forget to say "THANK YOU MUM" pd ibu yg dah susah payah lahirkan kamu.
time kasih kat AYAH juga yg dh jaga n besarkan kamu..
yg bg kamu mkn melalui rezeki yg dikurniakan-Nya.

p/s: maaf ye epah tak dapat nk bg hadiah realiti, fantasi jak kamek dapat beghi..(^^,)

Wednesday, June 8, 2011

Taklifan bukan Tasyrifan

mantan pimpinan PRISMA sesi 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu sehari pembubaran AMT dan AME PRISMA utk sesi 2010/2011. Lega memang rasa lega, macam dapat minum ais blended lps penat jogging. Cerita tentang taklifan(tanggungjawab) dalam persatuan ni memang banyak pahit manisnya,nak2 kami2 yg hidup di negara Arab ni.

Teringat masa mula2 dilamar utk jawatan unit perhubungan dan penerangan (UPP), berat memang rasa berat nk terima, sebab sy rasa ada lg yg lbh layak dr sy. Saya yg baru nk jejak tahun dua masa tu, bahasa arab pun tak da la mashi (fasih) sangat,ramai lg yg saya rasa lebih berkaliber dan 'kuat'. Personally, jawatan ni UPP ni bg saya antara unit yg adventure,menguji tahap keimanan dan kesabaran,pengorbanan masa jgn cakap la. Mula2 datang saya dh tengok kakak2 senior UPP ni berlumus tungkus nk siapkan iqomah(kad pengenalan diri) kami adik2 baru. Susah memang bukan senang. Berurusan dengan Arab ni tak semudah yg disangaka.Peraturan bertukar tiap saat mengalahkan peraturan jabatan2 kat Malaysia. Itu jugaklah antara salah satu sbb saya berat nk terima semasa dilamar dulu. Gerun nk keje dengan Arab, tapi Allah dh tetapkan segalanya, bila tak nak tu lah yg Allah nk bagi, tarbiyah Dia buat saya, sejauh mana saya dapat sabar dan sekuat mn saya utk mampu berhadapan dgn perkara2 'kecik' ni.Akur dengan kehendak-Nya, selepas seminggu memikir dan istikharah, dalam paksa rela saya terima.(awal2 sesi saja lps tu dh ok)

Dalam fatrah ni banyak yg saya belajar,time management, communication skill (urusan dengan polis arab) urusan 'ifak ghoromah(hapus denda) kalo dah tamat tempoh iqomah, buat surat kebenaran safar, cara nak sewa bas, tak muat rasanya nk tulis byk sangat ilmu baru. Perkara baru pasti ada kenangan manisnya,saat yg terbaik adalah ketika dapat siapkan iqomah adik2 baru. 'terima kasih kak' alhamdulllah, seronok bila tgk adik2 ni tersenyum riang dapat kad emas (iqomah) even ada yg 'tak sempat' nk cakap terima kasih tp saya ok saja. paling best bila dapat bawa adik2 baru jaulah(jalan2) kenal bumi anbiya' Jordan dan negara2 jiran.Sungguh sangat bermakna! waktu ni la dapat kenal rapat antara satu sama lain.Indah sungguh ukhwah itu. Advantage juga buat diri,dapat praktikkan pengalaman dan pengatahuan semasa menjadi sukarelawan di GPTD.

Hidup ni vise versa,ada yg manis dan yg tak berapa manis.Berurusan dengan Arab ni memang banyak songeh mengalahkan buat urusan dengan raja. Telah termaktub dlm sistem di Jordan, utk pelajar2 ajanib(asing) kami perlu buat iqomah selamamn berada disini dan utk mendapatkan sekeping kad emas tu memakan masa kadang2 hampir 6 bulan, serta perlu diupdate iqomah tiap2 tahun. Pernah dua tiga kali(lbh dr tiga rasanya) saya tak dapat nk buat 'ifak ghoromah di pejabat polis Amman, hanya kerna dokumen yg dibawa tak cukup padahal sebelum ni tak perlu pn dokumen tu. Nak tak nk memang kena berbalah jgk dgn dorang, tak de la dorang igt kita ajanib senang dibuli. Alasan yg saya tak dapat terima bila dorang sebut 'undang2 dah tukar'. padahal minggu sblmnya tu saya dh buat urusan yg sama. Allah, nak menangis rasa dengar, Mafraq dengan Amman bukannya dekat nk selalu turun ke Amman memang sangat perlu mencari masa yg sesuai, kadang2 terpaksa ghiyab(ponteng) kelas semata2 utk urusan ni. Kecewa,bila kita datang dari jauh tapi tak dapat nk siapkan urusan. Pujuk jgn cakap la, keras hati Arab ni even pernah buat2 nangis. Bila urusan kita suka hati dorang nk buat cepat atau lambat, bila urusan dorang tau pulak nk cepat2.Tak adil langsung. Bukan kami pelajar ni je yg terkena, kadang pihak kedutaan pun kena nasib yg sama. Dorang ni nk kata banyak keja tak pun, siap boleh minum kopi, sembang2 buat jarjir (mcm daun bawang).Kena masuk kursus pengurusan organisasi dorang ni.Alahai Arab...
Ini semua adalah pengalaman saya, pekerja2 di Malaysia pun kadang ada jugak yg macam Arab ni,curi tulang time keja, guna kemudahan pejabat atau persatuan utk tujuan peribadi dan mcm2.Sama2 kita ingat mengingati apapun kerja yg kita dapat semua tu adalah taklifan yg perlu dilaksanakan bukan kerna tasyrifan(kemuliaan) yg perlu dibangga bila satu kerja tu dipuji.

'ala kulli hal,lepas sepenggal memegang taklifan ni, saya rasa ia adalah direct tarbiyah dari Allah yg benar2 menjadikan saya seorang mahasiswi, hamba yg tiada lain hanya pada-Nya tempat bergantung. Sabar dengan kerenah Arab menjadikan saya seorang yg berani bersuara bila rasa dimainkan sekaligus memperbanyakkan kosa kata serta meningkatkan penguasaan bahasa fushah dan ammi(pasar) saya, ukhwah yg cukup indah apabilah dapat bersama susah senang dengan sahabat pimpinan dan adik2 yg menunggu dgn sabar iqomah mereka. Syukran jazilan Robb atas nikmat ini.

Akhiran,buat saf pimpinan PRISMA yg baru terutama Exco Perhubungan dan Penerangan(nama baru), tahniah dan takziah, anda semua telah dipilih oleh-Nya melalui kami sebagai wasilahnya. Ingatlah ia merupakan satu taklifan dan bukan tasyrifan. Saya percaya anda semua mampu melakukan perubahan yg lbh baik utk adik beradik PRISMA, harapan ahli2 yg tinggi menggunung itu perlu direalisasikan bagi melaksanakan amanah yg telah diberikan itu. Moga dengan usaha antum semua dapat melahirkan pejuang2 Islam yg benar2 mantap.InshaAllah.

"Today, more than ever before, life must be characterized by a sense of universal responsibilty,not only nation to nation and human to human but also human to other forms of life".
~Dalai Lama~








Sunday, June 5, 2011

Hidup : Tak Lama

" ..antara tanda tibanya qiamat adalah apabila api keluar dari negeri Yaman,matahari terbit dari tempat tenggelamnya,saat ini Allah tidak akan menerima taubat orang yg berdosa."

Astaghfirullah.Terhenti pembacaan saya 'Belajar dari Perang Badar' ketika mendengar ceramah dari Syeikh Ratib An-Nabulsi. katanya benar2 tersentuh di hati.Andai saat ini, api benar2 keluar dari Yaman,apakah saya sudah bersedia bertemu-Nya,denga persedian amalan diri yg tak seberapa. Astaghfirullahal'azim.

Saya menoleh sahabat disebelah yg sudah lama syahid (tidur) kepenatan, memang agak penat perjalanan dari Mu'tah ke Mafraq lebih kurang 3jam lamanya berkampung dalam bas. Macam2 kerenah Arab boleh tengok, yg paling menyakitkan hati bila ada yg dengan selamba hisap rokok, nk mati rasanya bernafas dengan bas yg tidak berhawa dingin ditambah asap rokok yg memang busuk. jenis apa tak tahu la orang Arab ni punya rokok tapi memang kalau dh melekat asap dekat tudung alamat balik kena samak dengan softlan la sebotol. pernah saya menegur sorang Arab yg menghisap rokok dlm bas ketika ke Mu'tah jugak, disebalahnya seorang kanak2 yg asyik terbatuk2 dek tersedut asap yg busuk tu, dengan muka selamba dia menjawab " 'adi jauh lagi perjalanan ni" sakitnya hati rasa macam nk suruh je driver bas turunkan dia kat tengah padang pasir tu. Biar rasa perit makan habuk pasir macam dia buat kt orang lain. rasannya kita semua dh makruf hukum syadidnya rokok ni HARAM! tp still nk jugak makan benda tak berfaedah ni. Tak bertanggungjawab lansung dengan amanah Dia.

Tak perlu tunggu api keluar dari Yaman, dari Jordan pun dah banyak keluar api,asap jadi tak hairan lah kalau qiamat nk jadi bila2 masa pun, banyak sangat dh alamat2nya. kita saja yg sedia atau belum nk disoal kelak.

Syeikh Ratib menambah lagi " dabbah, binatang besar akan keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bhwa manusia tidak lagi beriman kpd Allah SWT" Hati terus teringat sahabat2 yg sedang menunaikan umrah di tanah suci,moga mereka selamat disana dan pulang nnti bertambah imannya. dan kita juga moga makin bertambah iman dan sentiasa syukur dengan nikmat Islam yg diberi. "Ya Allah ,tetapkanlah kami dalam Islam dan peliharalah kami dalam keimanan."

Seandainya kami mati dalam perjalanan dari tanah syuhada' tadi moga segala dosa2 dan amalan kami diterima-Nya.ameen.

Alangkah indahnya jika bas2 dan pengangkutan awam di Malaysia juga seperti disini, perjalanan dihiasi dengan zikir2 dan peringatan buat mereka yg mendengar tapi malang sekali apa yg kita dengar adalah sebaliknya, telinga kita dihidangkan dengan iklan2 dan lagu yg lagha lagi membingitkan telinga. Jangan jadikan alasan 'tak boleh' sebab kita perlu menghormati bangsa lain, sensitiviti perkauman kononnya. Di Jordan juga ada Kristian, China dan bangsa2 lain,tapi mengapa mereka boleh saja buat,bukankah ini salah satu dakwah kita kepada mereka? Dakwah bukan hanya di mimbar masjid tp di mana saja selagi ada peluang dan ruang.

Moga Islam berjaya ditegakkan di Malaysia, negara yg kita cintai.
Mengembalikan nur Islam ke dalam jiwa2 yg telah hanyut dengan dunia.
Menjauhkan diri dari pepatah kita yg cukup glamor 'Jangan dah terhantuk baru nk terngadah' memang dh terlambat sangat andai sudah tiba waktu itu.
Kita Hidup tak lama, mungkin esok,lusa atau sebentar lagi dicabut Izrael.
Jadilah hamba,khalifah yg hidup ada arah tujuan, bersuka dalam berpada dalam mencari redha-Nya.

"Dan katakanlah: segala puji bagi Allah,Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya,maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tidak lalai dari apa yg kamu kerjakan" [An-Naml:93]