Friday, July 29, 2011

Ramadhankan Hatiku


Debar hatiku menunggu kedatangmu,

Khusyuk qalbuku dirundung rasa rindu,

Ya Ilahi Rabbi, Maha Pengasih Maha Penyayang,

Ramadhankanlah hatiku.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Bulan Perubahan dan Kekuatan


sekadar gambar hiasan


Bulan Perubahan

Tibanya bulan Ramadhan, kita akan dapati banyak perubahan berlaku dalam hidup seorang muslim. Jadual tidur bangun sesetengah kita mungkin berubah. Mereka yang biasa bangun lewat hingga matahari hampir terbit, hari ini bangun seawal 4.30 pagi untuk bersahur. Jika sebulan penuh kita dilatih bangun awal, bukanlah satu kesukaran untuk diteruskan rutin ini pada bulan-bulan berikutnya.

Waktu sahur adalah waktu yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri dan bertaubat kepada Allah. Kerana waktu sepertiga malam terakhir adalah waktu Allah Taala turun ke langit dunia dan berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku akan menyahutnya. Dan sesiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku akan menunaikannya. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuninya”. (Kenyataan ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

Di bulan Ramadhan juga, berlaku perubahan mendadak di surau dan masjid. Surau yang kebiasaannya dihadiri separuh saf pada waktu Subuh, kini meningkat sedikit kepada dua saf atau lebih. Alangkah baiknya jika amalan ini menjadi titik permulaan kepada rutin menghadiri solat jemaah pada bulan-bulan berikutnya.

Ramadhan juga menyaksikan perubahan dalam bacaan al-Quran. Mereka yang tidak pernah menyentuh mushaf selama 11 bulan kembali membuka helaian-helaian yang mungkin sudah berdebu atau dimakan anai-anai. Yang sentiasa membacanya saban hari akan melipat gandakan lagi bacaan pada bulan ini, bertepatan dengan bulan yang mendapat julukan Bulan Al-Quran.

Bulan Kekuatan

Bagi sesetengah orang, Ramadhan sinonim dengan keletihan dan kelesuan. Apabila tiba bulan Ramadhan, tidur makin banyak, kerja makin malas, dan produktiviti makin berkurang. Seolah-olah puasa bukan setakat menahan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa, tetapi ia juga menahan segala aktiviti harian lain yang menatijahkan kerugian kepada ummah.

Meneliti sejarah Ramadhan sejak zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kita akan dapati bahawa Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa. Ia adalah bulan yang menyerlahkan kekuatan dan kehebatan umat Islam.

Ingatkah kita peristiwa peperangan Badr? Pada bulan apakah ia berlaku jika bukan bulan Ramadhan tahun kedua Hijriyyah, iaitu selepas difardhukan puasa. Ia adalah peperangan yang paling bersejarah, pertama kali umat Islam mengangkat senjata terhadap musuh. Tentera Islam seramai 313 orang dengan hanya kelengkapan musafir mampu mengalahkan1000 bala tentera musuh dengan kelengkapan perang. Kemenangan yang penuh bergaya ini berlaku pada bulan Ramadhan.

Begitu juga peristiwa Fathu Makkah atau Pembukaan Makkah pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijriyyah. Nabi Sallallahu Alahi Wasallam dan para sahabat keluar dari Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan, dan membukanya pada 21 Ramadhan. Jika pada peperangan Badr, bukan baginda yang merancang tarikhnya pada Ramadhan, tetapi ia berlaku disebabkan qafilah Abu Sufyan yang datang pada bulan tersebut. Berbeza dengan Fathu Makkah, baginda sendiri yang membuat jadual untuk keluar ke Makkah pada Ramadhan.

Kenapa baginda tidak menangguhkan jihad ini beberapa minggu agar para sahabat dapat berpuasa penuh dan berhari raya dengan aman damai, barulah lebih bersedia untuk berjihad menawan Makkah? Ini memberi pengajaran bahawa Ramadhan bukanlah alasan untuk menangguhkan jihad dan segala aktiviti wajib lain. Jihad tetap diteruskan dan dakwah tetap disebarkan sekalipun pada bulan Ramadhan.

Besarnya hikmah Allah memilih Ramadhan sebagai tarikh pembukaan Makkah. Agar pada bulan Ramadhan seluruh berhala yang berjumlah 360 buah yang berkurun lamanya berada di dalam Kaabah dikeluarkan dan dimusnahkan. Pada bulan yang sama baginda mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk memusnahkan berhala Uzza, mengutuskan Amru bin al-Aas untuk memusnahkan berhala Suwaa’, dan mengutuskan Saad bin Zaid untuk memusnahkan berhala Manaf. Kesemuanya berlaku pada bulan Ramadhan. Tidak ada penangguhan tugas tersebut dengan alasan ia bulan Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan menghapuskan kemungkaran.

Pada bulan Ramadhan tahun ke-13 Hijriyyah, tentera Islam di bawah pimpinan Muthanna bin al-Harithah berjaya menewaskan tentera Parsi dalam pertempuran yang dinamakan Peperangan al-Buwaib. Bayangkan bilangan tentera Islam seramai 8000 mampu menewaskan tentera musuh berjumlah 100,000 askar. Hebatnya, jumlah tentera Parsi yang terkorban ialah 90,000 orang. Kemenangan Islam yang cukup hebat dan bergaya, dan kekalahan Parsi yang cukup memalukan. Bagaimana ia boleh berlaku, sedangkan kelengkapan musuh cukup sempurna dan bertempur pula di tempat mereka? Inilah sejarah yang terpahat pada bulan Ramadhan.

Begitu juga kemenangan tentera Islam dalam Peperangan Ain Jalut pada tahun 658 Hijriyyah, ketika mengalahkan tentera Mongol. Ia juga pada bulan Ramadhan. Sebelum itu, cukup lama umat Islam dikalahkan oleh Tatar dan mendapat penghinaan selama 42 tahun bermula tahun 616 Hijriyyah sejak pertama kali mereka masuk ke negara Islam. Akhirnya, ketika pemerintahan Saifuddin Qutuz yang hanya memerintah selama setahun melancarkan serangan yang penuh strategi terhadap Mongol. Lalu Islam kembali gemilang dan dijulang, dengan kemenangan paling bersejarah, pada bulan Ramadhan.

Inilah sejarah Ramadhan dalam tarikh umat Islam. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan perubahan, bulan kekuatan, bulan kemenangan, dan bulan kegemilangan. Bukannya bulan keletihan dan bulan kelesuan. Semoga semangat Ramadhan yang ditunjukkan oleh sejarah lalu menjadi penjana kekuatan kepada kita untuk mengukir suatu yang hebat buat Islam untuk masa kini dan akan datang.


sumber :http://abuumair1.wordpress.com/2010/08/17/ramadhan-bulan-perubahan-dan-kekuatan/

Friday, July 22, 2011

m.i.s.u.n.d.e.r.s.t.a.n.d.i.n.g.



tengah mencari mood untuk ngadap kitab
tiba teringat kejadian hari khamis baru2 ni
-

-

'akak de exam ke?'
eh,tak la.de imtihan.
[berkerut dahi..]

exam dengan imtihan tak sama ke?
eh,tak la..
akak de imtihan nanti..

-

-

owh..ok.
dalam hati,penin ka pa akak ni,rasa nk tergelak pn de [jahak]..
hurm.
besa la,minggu2 exam ni sume
penin,
misunderstanding.
lain ditanya lain plak yg difahamnya..

-

-

ni lah kami,
exam or imtihan nya 18x dlm satu sem.


p/s:
exam dalam bahasa omputih, dalam bahasa arab disebut imtihan,dalam bahasa kita melayu dipanggil periksa.
faham na.jangan misunderstanding.

n.o.t.h.i.n.g.




-


-

-

-

-

-

-
.. tak tau nak cakap apa dan buat apa ..
..sedangkan lusa exam..
..nak suruh orang lain doa..
hurm..
diri sendiri pun tak usaha..

-

-

-

..sedangkan Allah dah kata;
" Sesungguhnya Allah takkan mengubah seseorang itu,kecuali dia mengubahnya sendiri"..

-

-

-
.. dah tu?
p la blajaq la cik kak ooiiii...



Thursday, July 21, 2011

Tahajjud Cinta


Drama Tahajjud Cinta sudah menemui para penonton TV3 di dalam slot Zehra.

Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar industri hiburan Malaysia,dan ia juga adalah hasil karya nama yang tidak asing lagi, iaitulah Kak Erma Fatima.

Beberapa hari ini saya dapat membaca banyak komen-komen dan kritikan dilontarkan terhadap drama yang berkonsepkan 'cinta islamik' ini. Kebanyakkan kritikan ini lahir daripada teman-teman saya yang sangat cakna dan sensitif terhadap perkembangan isu-isu semasa. Kritikan-kritikan mereka inilah yang telah mendorong saya untuk cuba mendapatkan gambaran sebenar drama Tahajjud Cinta ini.

Seperti biasa,apa sahaja filem ataupun drama yang 'meletup',akan ada insan-insan yang sangat berdedikasi, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk meng-upload-kan bahan-bahan tersebut ke dalam youtube. Hasil pautan di facebook oleh salah seorang teman saya, saya mendapat akses kepada salah satu petikan drama itu di dalam youtube.

Tertekan!!

Itu adalah kesimpulan awal saya setelah menonton petikan pendek daripada drama tersebut.

Ada juga sahabat-sahabat saya yang mewujudkan facebook page untuk menyatakan bantahan terhadap tayangan drama ini. Saya hargai dan memandang positif usaha dan suara mereka. Ada juga yang mempersoalkan tidakkan tersebut,dan tidak kurang ramai juga yang optimis dengan usaha itu lalu mempromosikanya di akaun facebook mereka.

Namun hakikatnya,saya lebih mual membaca komen-komen dan kritikan-kritikan daripada orang-orang yang mengkritik tanpa kelayakan,adab dan hujah. Jauh sekali berkredibiliti!

Saya akan huraikan serba sedikit kritikan saya terhadap golongan-golongan ini yang pada saya lebih mencemarkan realiti imej pelajar-pelajar jurusan agama, timur tengah khususnya.

Cermin Diri Sebelum Mengkritik

Tindakan mengkritik sesuatu yang tidak selari dengan ajaran agama adalah satu tindakan yang sangat baik. Kalau boleh bagi alternatif,lagi lah baik.Namun sebelum mengkritik,ada eloknya jika kita jengok-jengok seketika diri kita terlebih dahulu. Kita begitu agresif menyatakan bantahan terhadap drama Tahajjud Cinta ini dek pelakonya melakonkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan pakaian dan watak yang 'soleh' dan 'solehah'.

Bagaimana pula dengan kita yang memegang watak tersebut di dalam alam realiti ini? Apa gunanya kita mencemuh drama tersebut kononya menyimpang daripada ajaran agama,tetapi dalam masa yang sama,wall akaun facebook kita penuh dengan pautan video-video yang terang-terangan bertentangan dengan syariat Allah Azza Wa Jalla? Pautan trailer filem-filem Hollywood,Bollywood dan Korea yang jelas mendedahkan aurat dan mustahil dihasilkan tanpa babak-babak lucah. Tidak cukup dengan itu,diserikan lagi dengan klip video lagu-lagu inggeris,melayu,korea,dan hindustan yang sangat-sangat jarang penyanyi dan pelakonya litup berpakaian.

Ada juga yang menulis status tidak berpuas hati dengan drama Tahajjud Cinta,namun kemudiannya disusuli dengan komen-komen di antara lelaki dan perempuan yang mirip kepada akhlak yang ditonjolkan di dalam drama tersebut. Gedik sana,gedik sini,si ustaz kononya sangat menghargai si ustazah,si ustazah pula sangat mengagumi si ustaz. Saya tidak nampak dimana logiknya kita mengkritik sesuatu yang kita sendiri melakukannya.

Itu belum saya ceritakan tentang mereka-mereka yang berpakaian sebijik seperti watak Seri di dalam drama Tahujjud Cinta,kemudian sibuk meninggalkan komen kononya-kononya sangat kecewa dan frust menonton video perkahwinan seorang artis.Ingatkan kecewa dengan adat dan pakaian yang tidak selari dengan tuntutan agama,rupanya kecewa sebab artis lelaki tersebut sudah berkahwin.Aduhai...Tidak pula mereka mengkritik video tersebut yang pada saya lebih jelas menonjolkan agama hanya sebagai sebahagian ritual adat perkhawinan semata-mata.

Banyak lagi perkara-perkara common sense yang boleh disentuh,tetapi saya tidak berhajat untuk memanjangkan kritikan di dalam hal ini,anda boleh semak sendiri status-status jiwang karat oleh sebahagaian ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang 'sangat islamik' di facebook!

Berbalas-balas wall-post,bercintan-cintun secara public sudah menjadi perkara ringan dan biasa.Sungguh tidak malu!

Saya tidak kata semua,sebahagaianya...

Refleksi

Pada pandangan saya yang kerdil ini,saya melihat penghasilan drama Tahajjud Cinta tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu kesilapan. Ia juga sepatutnya dilihat sebagai satu drama yang sedang 'menganjing' perangai kebanyakan kita yang membawa imej agama dengan pembawakan yang tunggang terbalik.

Saya jarang keluar dengan mengenakan 'pakaian agama',namun begitu,saya sangat mengagumi lelaki dan perempuan yang begitu teguh dengan 'pakaian agama' ditempat-tempat dimana ia dilihat sebagai ganjil,hatta di Jordan sendiri. Bukan mudah untuk kita berjalan mengenakan kopiah,jubah,tudung labuh,dan berpurdah dikhalayak yang majoritinya berpakaian sangat jauh sebaliknya. Namun begitu,imej pakaian sahaja belum memadai wahai teman-teman.

Di dalam petikan drama Tahajjud Cinta yang saya tonton,saya sempat menonton satu babak yang sangat biadap di mana si ustaz membuka purdah si ustazah untuk melihat wajahnya sambil memang tangan,kemudian dengan tenang si ustaz itu meminta maaf. Babak tersebut dilakonkan seperti mereka sedang berdua-duaan diatas sebuah bukit.Mungkin si ustaz itu sedang muroqqib (menemani untuk tujuan keselamatan) si ustazah tersebut.

Saya tidak dapat memahami signifikan babak itu. Pun begitu,saya berharap agar babak tersebut boleh dijadikan sebagai teguran yang sangat tajam kepada kita pelajar-pelajar agama. Supaya kita lebih serius dan bersungguh-sungguh di dalam menjaga batas-batas pergaulan.Memang babak seperti itu tidak pernah berlaku dikalangan kita (Alhamdulillah),tetapi apakah jaminan ia tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang jika kita tidak serius menjaga apa yang sepatutnya?


Kesimpulan

Saya tetap tidak bersetuju dengan banyak babak-babak di dalam drama Tahujjud Cinta setakat yang saya tonton (saya tidak bercadang untuk menyambung),namun begitu saya percaya,fenomena seperti ini boleh kita atasi bermula dengan kita memperbaiki dan memperbetulkan sikap kita terlebih dahulu. Kita lihat semula di mana sebenarnya akhlak kita pada timbangan neraca al-Qur'an dan as-Sunnah,kemudian,selepas kita mulakan dengan diri kita,kita ajak pula sahabat-sahabat kita kearah kebaikan yang sama.

Dakwah dan tarbiyah ini memang satu proses yang perlahan dan melelahkan. Jika kita ingin mengubah industri hiburan negara,ia tidak akan dapat dimulakan dari atas ke bawah,ia tetap akan mengikut tabiat dakwah yang sama,dari bawah ke atas.

Saya tahu,tulisan saya ini akan mengguris hati ramai pihak kalau mereka membaca,tetapi begitulah putaran dunia,jika kita berani untuk mengkritik orang lain,kita juga sepatutnya bersedia untuk dikritik semula. Jika anda ingin membenci saya dan membuang saya daripada senarai kawan-kawan facebook anda,saya tidak kisah,sebab ini bukan kali pertama.

Ketahuilah,dalam banyak ketika,orang yang mengkritik kita itu lebih sayang kepada kita daripada mereka-mereka yang buat tak tahu, dan sentiasa mengiyakan kehendak kita.

Apa yang saya coretkan ini adalah sebenarnya hasil apa yang saya belajar daripada kesilapan-kesilapan saya sendiri,banyak kritikan saya diatas adalah perkara-perkara yang saya sendiri mungkin pernah terlibat sama.

Manusia ini memang kesemuanya melakukan kesilapan,dan yang terbaik daripada kalangan mereka yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

Semoga Allah Azza Wa Jalla mengampuni kita,dan memilih kita menjadi sebahagian daripada orang-orang istimewa yang memperbaiki urusan dan imej agama ini agar ia lebih mudah diterima oleh manusia kebanyakan।

kredit to http://azlanshahjb.blogspot.com


Sunday, July 17, 2011

Umat Islam di Jordan Mahu Kembalikan Daulah Khilafah




Menyusul keberjayaan Konferens Khilafah yang diadakan di pelbagai pesulusuk dunia, untuk pertama kalinya, Hizbut Tahrir mengadakan Konferens Khilafah di Jordan pada hari Sabtu, 16 Julai 2011.

Konferens tersebut memilih tema "Revolusi Arab: Penyebab, Kepentingan dan Pilihan Masa Depan".Konferens Khilafah yang berlangsung di Rashid Hall, Amman, Jordan tersebut dihadiri oleh para 'ulama dan tokoh umat dari berbagai negeri, termasuk perwakilan dari Australia dan Amerika.Beberapa pembicara dari Hizbut Tahrir menyampaikan kuliahnya, diantara Dr. Mohammad Malkawi yang menyampaikan ucapannya tentang "Revolusi Arab: Motif, Keadaan dan Sebab-sebabnya".

Pembicara kedua, Abu Ahmad menjelaskan tentang "Revolusi Arab, Hasil dan Tujuan".

Konferens juga menghadirkan pembicara Muslimah yang disampaikan oleh Ustazah Najah As-sabtin yang menyampaikan ucapannya tentang "Revolusi Arab, Perempuan dalam Perubahan".

Di dalam forum diskusi, para undangan peserta konferensi menyampaikan berbagai pertanyaan kepada para pembicara yang membuat suasana semakin hangat.

Konferens ini disiarkan secara langsung ke seluruh penjuru dunia, melalui laman web media rasmi Hizbut Tahrir di http://www.htmedia.info. Dengan demikian, seluruh kaum Muslim dapat menyaksikan konferens tersebut. [m/htmedia/syabab.com]


Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/1893-live-now-konferensi-khilafah-pertama-di-yordania-vf.html

Friday, July 15, 2011

Teman sepanjang zaman


Subhanallah..
Bisakah aku seperti mereka?
Tiada waktu yang sia-sia?


اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه



1-{ إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ . لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ } القرآن. سورة فاطر 35: 29-30


2-{ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ } القرآن. سورة المزمل 73: 20

3- وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ »


Tuesday, July 12, 2011

Rahsia Bulan Syaaban


a) Rahsia Galakan Berpuasa: Kelebihan Beribadah Ketika Manusia Lalai

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie]

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan: Di dalam hadis ini terdapat dalil menunjukkan digalakkan beribadah di saat-saat manusia lain lalai daripada ketaatan, dan ia merupakan perbuatan yang disukai oleh Allah. Ia sebagaimana yang dilakukan oleh generasi salaf, mereka suka menghidupkan waktu antara dua Isya’ dengan mendirikan solat. Mereka berkata: Itu merupakan saat manusia lalai, maka begitu juga dengan kelebihan melakukan Qiamullail pada pertengahan malam kerana kelalaian ramai manusia pada ketika itu daripada mengingati Allah. [Lathoif al-Maarif m/s 109].

b) Dalil-Dalil Membanyakkan Puasa di Bulan Sya’ban

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ ، حَتَّى نَقُولَ : لَا يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : لَا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ " .

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam biasa berpuasa hingga kami menyatakan baginda tidak pernah berbuka (maksudnya setiap hari berpuasa). Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam turut berbuka sehinggakan kami menyatakan bahawa baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat baginda berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” (Sahih al-Bukhari: 1843]

c) Bolehkah Berpuasa Penuh Sebulan di Bulan Sya’ban?

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : " كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا " .

Daripada Abu Salmah: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tentang puasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjawab: Baginda sering berpuasa sehingga kami menyatakan sesungguhnya dia berpuasa, dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami berkata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi jumlah puasanya di bulan Sya’ban. Baginda berpuasa di bulan Sya’ban keseluruhannya, baginda berpuasa di bulan Sya’ban kecuali sedikit sahaja (hari yang baginda tidak berpuasa) [Sahih Muslim:1964]

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ " لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنَ السَّنَةِ شَهْرًا تَامًّا إِلَّا شَعْبَانَ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ " .

Ummu Salamah Radiallahu ‘anha menyatakan bahawa nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah berpuasa sunat sebulan penuh kecuali Sya’ban dan diteruskan dengan berpuasa (fardhu) Ramadhan. [Sunan Abu Daud: 1993]

Yang dimaksudkan dengan ‘sebulan penuh’ ialah kebanyakan hari di bulan Sya’ban, dan bukannya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa penuh seperti Ramadhan.

) المراد بكلا الحديثين الحديث الذي ورد فيه صوم أكثر شعبان والحديث الذي جاء فيه صوم شعبان كله . قال الحافظ في الفتح : حاصل ما قال ابن المبارك أن الرواية الأولى مفسرة للثانية وأن المراد بالكل الأكثر

Yang dimaksudkan oleh kedua hadis yang satunya menyebutkan berpuasa pada kebanyakan (hari) di bulan Sya’ban, dan hadis yang menyebutkan berpuasa pada keseluruhan Sya’ban, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan di dalam Fathul Bari: Ia sebagaimana kata Ibn Mubarak bahawa riwayat yang pertama (yang menerangkan berpuasa pada kebanyakan hari bulan Sya’ban) menafsirkan riwayat yang kedua (yang menyatakan berpuasa keseluruhan Sya’ban), yang mana perkataan ‘keseluruhan’ bermaksud ‘kebanyakan’. [Tuhfatul Ahwazi: Bab Menyambungkan (Puasa) Sya’ban dan Ramadhan]

Sumber:
Al-Mawsu’ah Al-Hadisiyyah: http://islamweb.net/hadith/index.php
Ibn Rajab al-Hanbali, Lathoif al-Maarif : http://www.saaid.net/book/6/945.zip
Muhammad bin Abdul Rahman al-Mubarakfuri,
Tuhfatul Ahwazi http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1318&idto=1319&bk_no=56&ID=522

Sunday, July 10, 2011

Teksi Jordan Mogok




Teksi kuning Jordan


Cuti hujung minggu biasa dinantikan oleh semua orang, tak kiralah kat negara mana pun duduk sure hari minggu yang ditunggu2. Kalau di Malaysia tak kenduri kawen, majlis bertunang, sambut hari lahir, cukur jambul dan macam2 lagi org buat time wekend.

Cerita Jordan plak;
9 Julai, semalam tarikh keramat, bukan di Malaysia saja malah Jordan pun terkena tempiasnya sekali. Mana taknya saya dan dua lagi teman nak menziarahi keluarga pegawai keduataan Malaysia di Amman tapi teksi kuning di bandar ni tak nak berenti ambik penumpang. Tension jugak rasa menuggu dibawah matahari sejengkal atas kepala ni, tambah dengan lenguh tangan bawa kitab yang baru dibeli, bertambah2 la panasnya hati ni. sabar je la. Ingatkan teksi ni tak nak ambik budak melayu sebab BERSIH di Malaysia rupanya memang dorg ni tak nak ambik penumpang hatta walau arab.Ghorib2.

Tengah tunggu teksi, sambil berharap ada la yg berenti tengok muka kesian kami ni, tetiba datang seorang pak arab pelawa naik kereta dia dengan bayaran JD5, mak aih cekik darah pak arab ni, tempat yg kami nak pegi tu biasa tambang sedinar lebih saja, dia ingat kami ni pelancong kot, sekali kami cakap tak nak dalam bahasa arab terus dia pergi. Suka2 je nak ambil kesempatan, lepas kami 'mangsa tak jadi' dia,saya terpandang dia berpatah balik ke arah pasangan mat saleh yang tengah tunggu teksi kat hujung jalan sana, apa benda yg dia ayat tak tau la.Malas layan lama2. Alhamdulillah akhirnya, sebuah teksi kuning sudi berenti,ada la dalam 20 minit menunggu sambil bermandi peluh. Asyik melayan mukayyif(aircond) ammu yg tak berapa nak sejuk dan perut yg dan bernasyid Maher Zain, tak teringat nak tanya ammu teksi kenapa semua driver teksi tak nak ambik penumpang.

Dan dalam sejarah jugak hari Sabtu tu, kami jumpa driver teksi kuning berbangsa arab yang tak MEROKOK. masyaAllah 3laik. Kebetulan soalan tu terkeluar bila ada seorang driver minah arab yg menonong je keluar tak bagi signal,sambil sebelah tangan pegang putung rokok. [Arab mana ada yg rajin nak bagi signal, honk ada la] sebabkan minah arab tu kami plak dapat tazkirah free, tapi kira bagus la ammu ni. 1 dalam seribu la nk jumpa arab yg tak merokok. bau rokok arab ni plak busuk lain macam tak tau la apa isi kandungannya, kalahkan bau Dunhill. memang loya kalau terhidu.

Apa pun, semua tu hilang lepas kami dijamu dengan bubur kacang kuah dorian cicah dengan biskut jagung plak. Allah, nikmatnya rasa bila hidup diperantauan ni.Syukran Kak Shima.


Bubur kacang hijau kuah dorian + biskut jagung



Dinner@Boston with Eby n A.Yo


p/s: mem Husna, bubur pulut hitam jangan lupa hantaq sini sket na.

Friday, July 8, 2011

Casa Hermanas

Salam sayyidul ayyam.
Alhamdulilah wal hamdulillah, syukur padaNya masih memberi peluang kepada kita menghirup nikmat udaranya sampai saat ini.

Cuaca hari ni memang hot, panas,panas lain dr yg lain. bahangnya sampai ke dalam pikap (ala2 storm) yg kami naik. Memang hot la.[baru panas dunia..]

Hari ni saya sempat meneman mama PERWANIS ke Amman utk AGM pelajar Malaysia di Amman. On the way, balik dengan pikap Faiz, pikap feveret budak melayu di Mafraq,agak2 memang dah tak de keje nak buat dalam pikap tu kami main 'cakap laju2' saja nak hilangkan rasa boring dan cover panas kt luar. Mula2 macam tak berapa nk best games ni tapi lama2 meriah pulak dalam pikap tu sampai Faiz pun gelak dengar kami bising kt belakang.Konon faham la apa yang kami sembang. Games ni mama yg lead, dia cari ayat then suruh kami cakap laju2. ayat die;

1. Zarqa, Mafraq, Azraq
2. Tekukur, ketiti
3. Biawak, buaya, buaian.

Cer eh cuba korang sebut perkataan2 ni laju2.haa tak senang kan, terbelit belit lidah nak nyebutnye. Tapi setakat ni saya dan mama tak pernah kalah cuma kesian dekat Cik Wafa, susah gilak mok padah,kitak makan budu inshaAllah kelak laju jak kitak padah..=).

harini Casa Hermanas berjalan2 tanpa cik Mieha but she's dun mind sebab dia pun tgh bersiar2 di Perth sana tanpa kami..jangan berpoya sangat ya cik Mieha.