Monday, January 30, 2012

..:: K.A.W.E.N ::..

Cuti2 Jordan ni, ramai la yang plan nak tambah tangga masjid.. Di tempat saya belajar ni (Mafraq) dua tiga hari lepas selamat sepasang mempelai diijab qabulkan..Sah! Alhamdulillah, doa dari jauh saja tak sempat bersama mereka dihari bahagia..

Barakallahulakuma wajama' bainakuma fi kher buat
Ustaz Adib & Ustazah Hasma :)
doakan kami yang single mingle ni plak..hehehe

Agaknya isu KAWEN ni memang isu hangat yang sengaja diperhangatkan lagi kot di semua mantiqah, Malaysia jangan cakap la cuti raya cina tak cukup kalendar bonda bulat tarikh, takut terlupa katanya..

Kebetulan saki baki cuti yang ada ni, saya berjalan ke Mu'tah sempat singgah di rumah adik2 baru. Sedang sedap menjamu hidangan tetiba boleh pulak budak ni tanya soalan cepu lemas

" Akak dah tahun akhir ni, takkan tade calon lagi. orang kata kalo tahun akhir tade calon lagi balik Malaysia nanti susah..sambil tersenyum unta "

Memandai je budak ni, mazhab mana dia pakai. tahun akhir sume kena ada calon..beghat la gitu.
Senior2 lepas ramai je yang balik single mingle, sampai waktu ku seru sampai la kad wangi nanti..Nasib baik tak lemas nak jawab..orang sebelah tadi senyum banyak makna :)

Tetibe teringat lagu ni..
Ooo mama, saya mau kawen
kawen dengan siapa,
dengan...[sambung sendiri]


p/s : Buat kawan saya yang sorang tu, bagi la saya habis study dulu ya :)

Friday, January 20, 2012

Lu Pikir La Sendiri


Dialog dalam diri sendiri;

Soalan : Kenapa aku asyik kena bala je akhir2 ni? nasib pun buruk2 je.

Jawapan : Ko jauh dari Tuhan, ada ko bangun semayang malam? Takde kan? Ko cakap tak serupa bikin, ko nasihat orang tapi ko tak buat. ko nak menipu diri ko sendiri?

Soalan : Ahh, cis! Bila aku buat, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?

Jawapan : Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa2 ko. Takde manusia maksum dari dosa walaupun sebesar zarah. Jadi, kalo manusia tu diuji tu sebenarnya nk melunturkan dosa2. bersyukurlah.

Soalan : Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik untuk aku? Bukan ke memudaratkan aku je?

Jawapan : Ko jangan jadi bodo la, sebenarnya lebih baik Allah balas dosa2 yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kt dunia lagi, kalo kat akhirat ko mesti tak tahan kena rendam dalam api neraka yang bahan bakarnya dari batu dan manusia.

Soalan : Jadi buat apa apa aku minta diampunkan dosa2 jugak kalo nak terus-terusan dibalas macamni?

Jawapan : Allah Maha Berkuasa, berkuasa atas segalanya. Dia Maha Pengampun tapi Dia juga Maha Menghukum. kadang2 dosa2 kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh tapi kadang dosa2 kita diampunkan dengan menerima pembalasan. janji ianya diampunkan.
Ko siapa nk lawan Tuhan? sedangkan Rasulullah SAW yang maksum pun berkata doa yang terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah baginda sendiri memohon ampun setiap hari. Ko siapa nk angkuh sangat dengan Tuhan? taknak mintak ampun dengan Dia? Dia balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan bertaubat. Dia menerima taubat dan menerima keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.

Soalan : Apesal ko nak nasihat aku ni?

Jawapan : Sebelum orang lain nasihatkan, better ko nasihat diri ko sendiri dan sedar diri.

(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan )


" ..dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri"
Surah Luqman : 18

Wednesday, January 11, 2012

Berlapang Dada

Pengajaran kehidupan harini..
Walaupun pahit dan perit untuk diterima, tapi berlapang dada lah..
Kita fikir positif, upgrade gerak kerja dan perancangan untuk yang seterusnya..
'mereka' takkan berjaya jika Dia tidak mengizinkanya..

Senyum sokmo :D


{ وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ} [النور: 22]

Artinya: "Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". QS. An Nur: 22.


terima kasih awak hadiahkan lagu 'senyum' ni :D

Monday, January 2, 2012

:: 2012 : Kebangkitan Mahasiswa ::

Lembaran 2011, diakhiri dengan pelbagai isu yang sering menjadi topik perbualan harian masyarakat. Berpaksikan watak antagonis dan protagonis dan kita semua adalah pelakonnya, samada sebagai rakyat biasa, mahasiswa, para ilmuan sehinggalah kepimpinan tertinggi negara. Namun, ianya harus dikaji dalam dimensi yang pelbagai agar ianya sejajar dengan kehendak dan tuntutan Islam.

Walaupun angka 2011 sudah dua hari berlalu namun, jika kita melihat didada-dada akhbar mahupun diruangan alam maya Facebook, blog dan sebagainya masih sibuk diperkatakan lagi mengenai beberapa isu dan antara yang banyak disebut “ Banglo & lembu” dan “wang zakat untuk peguam.? “ dan yang terbaru “kebangkitan mahasiswa,sambutan tahun baru”.


Kebangkitan Mahasiswa

“Saya secara peribadi mengutuk dan mengecam sekeras2nya tindakan tidak bertamadun yg di lakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap saudara Safwan Anang serta rakan2 mahasiswa yg lain sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mereka..Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakan2 mahasiswa di seluruh pelusuk dunia agar menyatakan sokongan moral serta mendoakan keselamatan mereka yg terlibat selamat dan di jamin oleh perlembagaan malaysia 100%..saya juga meminta agar siasatan segera di jalankan secara telus tanpa ada bias kpd mana2 pihak, agar tindakan tegas dapat di ambil dengan pantas ke atas mereka yg terlibat dalam 'sesi drama' tidak bermoral dan bertamadun ini serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yg berlaku di UPSI ini..~Salam Keramat dari dataran Syam!!~” Hussin Fauzi, Presiden MPPMJ


Saya sangat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat berbincang dan menyediakan satu modul ataupun jalan penyelesaian yang terbaik didalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan mahasiswa dan bukan mengambil jalan mudah dengan tindakan “sepak terajang“ untuk menangani isu mahasiswa ini.

Ambillah pendekatan seperti kasih sayangnya antara “anak dan bapak” itulah yang terbaik. Biasanya anak akan menangis dan meronta-ronta jika kemahuan dan tuntutannya tidak dipenuhi, Bapak pula janganlah buat-buat tak tahu bahkan jangan pula menambahkan lagi tangisan dan teriakan si anak, Tapi, dekat, nasihat dan sayangilah si anak itu agar lembut dan mudah perjalanan tumbesaran si anak.

Kalau dulu berdiri melompat-lompat, tapi sekarang duduk rapat-rapat. Kalau dulu disudahi dengan ayat-ayat cinta, tapi sekarang disudahi dengan doa pengampun dosa.

Sambutan Tahun Baru

Tahniah dan syabas saya ucapkan pada penganjur program Countdown 2012 di Dataran Merdeka, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 31 Disember 2011 baru-baru ini. Program yang saya kira adalah suatu kejutan buat semua.

Program menyambut tahun baru ini telah menjadi suatu tradisi dalam masyarakat, pelbagai gaya dan cara dipersembahkan oleh anak-anak muda di Malaysia, ada pula yang menjadikan antara acara isian sambutan tahun baru ini dengan tarian antara lelaki dan perempuan, minum arak dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan bacaan ayat-ayat cinta yang membawa kepada syurga syaitan di celah-celah rumah buangan.

Saban tahun, pergaduhan dan tangkapan khalwat adalah antara halwa telinga yang akan dijadikan hidangan pada setiap 1 Januari kepada masyarakat melalui khabar media sempena sambutan tahun baru.

Namun, pada tahun ini sedikit berbeza dengan memecahkan tradisi sambutan tahun baru yang dimulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran dan diisi dengan soal jawab agama diselangi nasyid menghibur jiwa manusia dan disudahi dengan alunan asma’ husna dan diiringi bacaan doa. Program seumpama ini perlu diteruskan didalam membentuk Ulul Albab yang pernah suatu ketika dahulu cuba di bawa oleh gagasan kepimpinan Tun Abdullah Badawi.

70 000 orang, saya kira mungkin ia adalah suatu angka keramat sebagai penentu generasi Wawasan 2020 akan datang. Semoga Islam yang dijulang kian mendapat tempat di hati masyarakat.


kredit to Presiden MPPMJ

:: Kaka Real Madrid : Islam Agama Yang Tolerate ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dua hari lepas, teman serumah saya mengkhabarkan Kaka, pemain pasukan bola sepak tersohor Brazil dan Kelab Real Madrid, ingin memeluk Islam setelah terdengar khutbah pengenalan Islam di masjid Dubai.

Agak terkejut.(dalam hati bertakbir Allahu Akbar)

Apakah benar cerita ini.

Walaupun saya bukanlah peminat fanatik bola sepak tapi sebagai seorang muslim berita ini begitu mengujakan .Saya cuba mengakses berita2 dunia untuk mendapat kepastian dan jawapannya…


اليوم السابع
11:53 - 2012/12/30 بتوقيت غرينيتش

كاكا: الإسلام دين تسامح

أشاد البرازيلى ريكاردو كاكا- لاعب وسط ريال مدريد الإسبانى، بالدين الإسلامى واصفاً إياه بدين التسامح، بعدما استمع لخطبة تعريفية بالدين الإسلامى فى أحد مساجد إمارة "دبى"، خلال زيارته الأخيرة للمدينة الإماراتية.

قال كاكا فى تصريحات نقلها موقع "العربية نت"، أنه سيعكف خلال الفترة المقبلة على قراءة الكثير من الكتب التى تتحدث عن الدين الإسلامى.


يأتى هذا فى الوقت الذى ترددت شائعات حول اقتراب كاكا من اعتناق الدين الإسلامى، حيث تعد هذه المرة الثانية التى يحرص فيها اللاعب على الاستماع لخطبة عن الدين الإسلامى، بعدما سبق وأن استمع لمثلها خلال زيارته للكويت منذ أعوام قليلة.


المصدر : اليوم السابع








“ Agama Islam adalah agama yg penuh dengan toleransi dan saya akan cuba membaca buku2 berkaitan Islam untuk mendalami lagi agama Islam”

Allahu Akbar, sesungguhnya hidayah itu adalah milik-Mu.

Semoga Allah member hidayah kepada Kaka dan keluarganya untuk kembali kepada fitrah insaniah seperti teman2nya yang lain..