Saturday, March 31, 2012

:: Pesan Tok Guru ::

“Saya sering menyarankan orang muda supaya menjadikan kegiatan membaca itu satu budaya. Jika di usia muda kita gemar membaca, maka jika kita ditakdirkan menjadi pemimpin kelak, kita akan menjadi pemimpin yang mempunyai daya pemikiran yang tajam. Selaku umat islam, kita adalah khalifah Allah. Bagaimana ingin menjadi khalifah kalau kita tidak mampu berada di hadapan? Bagaimana kita boleh mara kalau kita tidak mempunyai buah pemikiran yang bernas? Bagaimana kita mampu berfikkr secara bernas kalau kita tidak menghimpun idea melalui pembacaan? Inilah impaknya, dan kita sering melihat segelintir pimimpin kita mengitar semula bahan-bahan lama yang telah digunakan orang. Bagaikan surat khabar lama, pemimpin-pemimpin ini mengepit akhbar-akhbar lama untuk diulangi, hujah-hujah lama biasanya akan ketinggalan dan ditinggalkan”

~Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat~


sedang menghabiskan kitab2 ini..moga mendapatkan keberkatan & kefahaman.
menjadi Muslim yang berakhlaq mulia.inshaAllah!

Friday, March 30, 2012

:: Senyum Tanda Sayang ::

Semua orang suke senyum
Tak de yang tak suke senyum
Yang tak senyum tu, ada masalah saraf agaknya
Orang emosi separa stabil pun akan senyum kalo buat lawak :)

Harini hati saya tersenyum gembira
Dapat jumpa kawan2 jauh
Yang sentiasa dekat dihati
Walaupun hanya di alam maya
Tapi hati saya puas tersenyum

Terima kasih ya teman2.
Jangan emo2, stress2..
Senyum sokmo (^^,)
Semoga dikekalkan senyuman2 itu hingga ke Syurga.
Ameen.



Wednesday, March 21, 2012

:: Doaku Untukmu ::



Lama sudah tak menghapdet ini blog..kadang ide datang tangan pulak malas nak menaip..bila rajin nak menaip ide pulak tak nak datang..'indah' sungguh alam ini kan..

Sama la kita dan sahabat saling doa mendoakan, ingat mengingati..Selalu waktu2 fatrah imtihan ni banyak le dapat mesej2 tasyji', mesej taujihat dari sahabat2 yang kadang 2 3 page (sangat hargai setiap qursh yang ditolak) sangat2 memberi inspirasi dan semangat untuk 'berperang' esok dan hari2 seterusnya.. Berjauhan dari keluarga, sahabat la ibu, bapa dan keluarga kedua kita (ayat syahdu..)

Bila dah habis exam pun, kita masih dapat doa even dapat keputusan yang agak kurang menarik tapi sahabat2 seperjuangan masih memberikan kita semangat. " InshaAllah masih ada peluang, buat yang terbaik untuk next exam analisis kesalahan 1st exam ni" walaupun terasa sedih tapi senyuman tetap dilemparkan tanda terima kasih buat sahabat..

Terima kasih Tuhan atas kurnian yang tidak ternilai ini. Sahabat susah dan senang tidak mudah dicari. Hanya yang benar2 ikhlas dan jujur dapat kekal bersama..


p/s: Sahabat2 madah Qonun, relax2 dulu tengok imtihan thani nanti guane guava..jangan isqot lagi..berjuang hingga ke akhir..study awal n buat grouping lepas ni :)

Selamat bermujahadah buat Midah, Ira, Kaz, Aje, Timah, Kema, Syira, Datin, Adda, Sodiq, Dik Doh, Syair, Fatin, Ecah, Mush2 dan mereka2 yang sewaktu dengannya..


oh agak kekok pabila lama tidak menulis..huew huew

Tuesday, March 6, 2012

:: Uhibbuki Fillah? ::

Awak kenapa awak kawan dengan saya ye?

Hmmm..Perlu ke tanya soalan macam tu?
...........................


:: kadang saya tertanya2 kenapa orang nak kawan dengan saya?
sebab saya ni clasmate awak ke?
sebab saya housemate/roomate awak ke?
sebab saya jiran awak ke?
sebab saya cute ke..ngee~
sebab saya baik ke...heee~
sebab saya nampak 'garang' ke?
sebab saya 'hepy' ke?
sebab saya ni miskin ke?


or what??
.
.
.
.
tepuk dada tanya IMAN.
.
.
.
.
.
apa pun jawapan dari awak, positif atau negatif, saya tetap nak bagi ini untuk awak
nah!

Saturday, March 3, 2012

:: Diam ::


"Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tapi tak semua orang tahu bila dia patut bercakap."


:: sedang berfikir hal rumah tangga hati selepas dilanda 'ombak rindu'

Robb, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan segalanya maka tunjukilah aku apa yang terbaik buat diriku,keluargaku, ummahku dunia dan akhiratku. ameen.