Friday, January 22, 2010

::i feel go0d..::

Alhamdulillah,
21hb last paper,
sambut sekali dgn hari ulangthnku,
i feel good..
tak de kejang2 otak dah..
'sedap' btl dpt rasa nikmat kejang ni..
apa pun,
terima kasih ya Allah ats segalanya
i feel go0d..nt7 =)



moh le kite jalan2;
23hb - 26hb jan : jaulah Syria
27hb jan - 2 feb : jaulah Turki

Tuesday, January 5, 2010

:: Periksa Mode ::

sedar tak sedar aku dah nk hbs fasal awal,minggu ni dah mula periksa akhir..masing2 sibuk ulngkaji,aku pun turut sama tumpang sekaki meja..kadang2 bilik aku jadi tempat perhimpunan pencari ilmu,penuh meja dgn kitab2..Aku tak kisah,sama2 blh kongsi ilmu dan bertukar2 soalan dan pendapat tapi apa yg penting lps belajar wajib kemas semua kitab2 jgn biar kitab terbuka n bersepah2 atas meja,sakit mata tgk biar ilmu mcm tu..Sebelum mengundur diri,izinkan aku berpantun maaf..

badang kuat bertubuh sasa
mencabar dia eloklah berjaga
tersilap kata tersasar bahasa
kesalahan hamba maafkan juga

bulan mengambang bintang berkelipan
pungguk merindu amat merawan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan

InshaAllah aku akan mula bertempur utk fasal ini pada 9hb dan berakhir pada 21hb Januari 2010..ud'uli..

"faiza 'azamta fatawakkal 'alallah"

.:: Oh PUTERI ::.

Buat serikandi2 PRISMA yg tersayang,selamilah maksud puisi ini,moga menjadi sebingkis tazkirah khasnya buat diriku yg lemah ini..

Puteri,
Tangisan itu
Adalah suara pertamamu
Bukaan lembayung kelopak matamu
Itu saat pertama kau menjengah buana ini.

Puteri
Fitrah suci murni
Bak renungan cindai putih
sirna dari noda.

Puteri
Juitamu persis wadah di taman larangan
Harummu bagai kasturi di taman Firdausi
Dirimu,sukar dimiliki kencana dewa kayangan
Kelembutanmu bak dewangga paduka ratu.

Puteri
Pandanglah!Pandanglah disekelilingmu
Betapa hawa nafsu beraja dikalbu
Usah kau calari cindaimu itu
Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.

Puteri
Teladanilah!
Teladanilah sebingkis muslimat silam
Secebis ketabahan Siti Khadijah
Secangkir keluhuran Siti Fatimah
Selautan ilmu Siti Aisyah
Sequdus taqwa Rabiatul Adawiyah.

Puteri
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.

Puteri
Sisip lagi helaian waktu
Betapa Siti Khadijah berkorban jiwa dan harta
Betapa Asma' sanggup menghantar bekal buat
Rasulullah dan ayahandanya
Tika Quraisy berkeliaran mencari mangsa
Betapa Mashitah tidak berpaling dari syahadahnya
Walau disiksa dihumban dalam merahan api
Betapa murninya pengorbanan Sumaiyah demi Islam
Berjuanglah ke jalan Allah.

Puteri
Sedarlah!!
Islammu kini gersang dari hujan pembelaan
Ternanti-nanti mujahidah baru
Mengangkat Islam ke persada buana.

Puteri
Kaulah haruman dikebun Islam
Kaulah turus pasakan watan
Kaulah pewaris generasi mendatang
Kaulah..Kaulah...

Puteri
Bangkitlah!
Bangkitlah sebelum ad-Din dinoda sengketa!
Sebelum roh jihad ternoktah mati!
Sebelum al-Kafirun laknatullah menerjah rongga perjuangan!
Sebelum jasad dan rohmu dijemput!
Menuju ke alam baqa' kekal abadi..


kredit:khairussifa

Sunday, January 3, 2010

K.A.M.I.


Alkisah pagi sabtu semalam kami berempat (aku, along, k.cik dan adik) berjalan keluar ke Amman, tujuan asalnya, nak cari tiket ke Turki, takut tak de masa nak keluar minggu depan, maklumlah masing2 dah mula imtihan nihaei..pagi tu memang sejuk, sampai cramp tangan, sejuk muka..sarung tangan, tertinggal kat sakan plak tahan je la..Perjalanan lebih kurang sejam dari Mafraq ke Amman, sampai di Mujamma' Raghdan(mcm Puduraya) kami ambik teksi ke Safeway, cari beg utk sorg kakak nak blk ke Malaysia cuti fasal ni.Semasa dlm perjalanan,k.cik dengan senang hati menawarkan diri nk bayar tambang teksi,kami pun tanpa segan silu ok saja(jimat budget) hehehe..tetiba nk jadi cerita sampai di destinasi yg dituju(Safeway), k.cik menjerit "alamak aku salah bawa purse, mcm mn ni,huhu" rupa2nya dlm purse yg k.cik bawa tu ada 10 qursh je(lbh kurg 50 sen).tergelak2 kami tgk gelagat k.cik, blh ke dia bawa 10 qursh je pegi jalan, tambang teksi pun tak lepas.Sampai keluar teksi kami gelakkan dia, ammu teksi pun tumpang gelak, walaupun sbnrnya dia tak paham pn pe yg kami cakap..sian k.cik..tak pe,kami ada tunjuk saja,bayar kemudian..
Selesai cari barang di Safeway dan solat zohor, kami ke destinasi seterusnya,wasatul balad.Target!booking tiket ke Turki.tak sampai 10 minit kami dalam teksi ke wasatul balad, tiba2 BAMM! kaget semua dlm teksi,astagfirullahalazim, Along kat depan terhentak badan ke dashborad teksi, kami bertiga dibelakang tersorong kedepan,rupanya teksi yg kami naik terlanggar teksi depan yg berhenti secara mengejut.tiga biji teksi yg terlibat.Kemalangan di tgh bulatan pulak tu, jamed la sekejap jalan,mujur ada pak syurtoh. nasib baik tak ada yg luka teruk,luka kecik je,sian k.cik berdarah sikit dahi dia,kami yg lain2 lebam2 je..syukur ada teksi lain yg sudi berhenti kemudian bawa kami ke wasatul balad,teksi kami td dah tak blh jalan..
Alhamdulillah salamah.ucap ammu teksi,kami yg masih kaget sikit2 ni pelik,rupanya ammu tu tgk kemalangan td..Alhamdulillah..bila di muhasabah blk, mungkin ada dua sebab kemalangan td, pertama mungkin waktu membeli belah di Safeway kami suka sgt,kafarahnya Allah bagi mubasharah terus, tu la jgn suka sgt atau mungkin ada antra kami yg terlupa doa naik kenderaan dan yg keduanya ammu teksi yg pertama,sblm naik kami mintak hantar ke pejabat travel di wasatul balad,mula ckp tahu kemudian dlm teksi kami dgr ammu tu telefon ayah dia tye jalan, bila ayah dia dah bagi arah tiba2 dia marah,mungkin arah yg ayah dia bagi tak jelas.kami bukan sengaja curi2 dgr tapi suara dia mmg kuat bila bercakap..tu la jgn melawan cakap org tua..huhuhu..
Alhamdulillah kami selamat smp di pejabat travel dan selesai urusan tiket, smg dipermudahkan sgl urusan sebelum, semasa dan selepas program.Selesai urusan di situ,masing2 berkira2 nak kemana lepas ni,jam menunjukkan pukul 2 petang patut la perut dah berkeroncong,kedai makan la jawapannya..puas melihat2 menu di semua resotaran akhirnya kami melangkah masuk ke Restoran Al-Quds..(sebenarnya dah lama nak rasa mknn kt sini,asyik ambk bau je).Penuh restoran waktu tu, mat saleh pun ada yg makan kt situ..kami ambk port tingkat atas meja hujung sekali sblh pasangan muda mcm bkn mutazawwijah tp msg2 husnu zon yg dorg dah kawen.Senyum unta jela bila dorg tgk.Kali ni kami order Nasi Khudor dan Nasi Uzi, sblm ni asyik makan Nasi Maklubah tak pun Nasi Mandi,kali ni citarasa baru..rugi belajar kt negara Arab tp tak rasa masakan2 dia..mmg sedap nasinya, lagi sedap bila makan panas2 dan kongsi sesama kami..(jimat+ukhwah).Alhamdulillah rezki kami..total sume Jd8 sahaja(RM40)..

Usai makan,sayup2 kedengaran azan asar dari Masjid Hussein, pantas kami berjalan takut terlepas takbir pertama dan saf penuh, esp ruang utk perempuan yg sememangnya kecik.
Penuh sesak umat diluar masjid, masa ni jugk penjaja sibuk berniaga sblm azan,tiba waktu azan mrk akan ttp gerai dgn kain..sudah jadi kebiasaan masuk waktu semua peniaga2 akan tutup kedai dan solat berjemaah, sejuk mata memandang."Wahai org2 yg beriman!apabila diseru utk laksanakn solat pd hari jumaat,maka segeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.Yg demikian itu lbh baik bgmu,jika kamu mengetahui".Aku sempat melihat keluar pintu msjd,sekumpulan pelancong dari Eropah sedang diberi penerangan oleh tourist guide mengenai Masjid Hussein dan keadaan yg terjadi waktu itu,nmpk dari reaksi mereka terpegun dgn masyarakat Islam yg berpusu2 dan bersegera menunaikan kewajipan.Smg Allah memberi hidayah kpd mrk..amin.

Perhentian terakhir kami hari tu, perhentian yg wajib iaitu kedai buku,kali ni kami jelajah maktabah baru. Penat bertanya orang jln ke maktabah ni akhirnya jumpa juga penat memanjat tangga tapi hasilnya btl2 memuaskan hati kebanyakan buku2 yg dicari semua ada disitu dan sesuai dgn harga pelajar. byk juga buku yg aku beli antaranya Fiqh Empat Mazhab oleh Abdul Rahman Al Juzairi, Fiqh Sunnah etc..buat warga Jordan blh dtg ke Maktabah Dandis berdekatan dgn Hotel saladin, Amman. Asyik sgt memilih buku smp tak sedar dh dekat maghrib, syukur ammu kedai pelawa kami utk solat di bilik solat kedainya,syukran ammu Muhammad. usai solat kami terus bergegas naik bas utk ke Mujamma' Raghdan, alhamdulillah bas terakhir ke Mafraq masih ada kalau tak sewa pikap la blk Mafraq.

'ala kulli hal byk yg aku dpt dari perjalanan kami semalam,antaranya yg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing dan yg paling penting nak buat apa pun mulakan dgn basmallah spt dlm nasyid Raihan, inshaAllah akan dijaga oleh malaikat2..

Glosari:
1.Mujamma' Raghdan - nama perhentian bas(spt Puduraya)
2.Wasatul balad - pusat bandar
3.Ammu/Mu'allim - Tuan(panggiln sbg tanda hormat)
4.Maktabah - kedai buku

Friday, January 1, 2010

Santai Hari Minggu


jom ramai2 ceria2 kan hari minngu anda dgn menyertai Hari Keluarga GPTD, banyak aktiviti yg menarik disamping merehatkan minda..