Wednesday, December 15, 2010

Tambah ganjaran diri

salam Asyura. sama2 upgrade diri dengan puasa sunat 9, 10, 11 Muharam 1432H..nikmati ganjaran di bulan Islam.. hiasi diri tingkat peribadi

Zahmah syuwai

Minggu yg jamed, tak seperti minggu2 yg yg lepas.
Kalau sebelum ni bilik tenet tak de sangat pn budak melayu.
Time hujung2 fasal ni,boleh tgk selonggok budak2 mengadap skrin hitam (laptop) tengok madah pe nk di ambil utk fasal depan...

lagi menariknya bila miss dtg check bilik tenet, maka berbondong2 lah sume yg tak musytarik bawa skrin hitam keluar.maklumlah masuk secara haram..sabar je la ye.

mn tak zahmah bilik tenet..bukan setakat bilik tenet yg zahmah, website jamiah pn jamed dasat budak2 ni punye keja.. pe benda la yg ditasjil sampai jamed. Nk log in pn tak boleh. (garu kepala pikir)

'ala kulli hal, sama2 kita tajdid niat moga ilmu yg dipelajari skrg, sblm dan akan dtg dpt digunakan dan diamalkan dengan sebaiknya..

"al 'ilmu bil amal kal shajaroti bissamarot"

~misi rahmatan lil 'alamin~



Glosari :
1. fasal = semester
2. musytarik = mendaftar (internet)
3. zahmah = sesak/ sibuk
4. tasjil = daftar subjek

Monday, December 13, 2010

bosan

salam maal hijrah, salam tahun baru buat semua kaum muslimin dan muslimat.

dah berhabuk blog ni tak terisi.

tak de masa itu saja yg dapat saya katakan (saja buat2 tak de masa)

kebetulan hari ni, agak bosan dengan segala benda, ttba hati teringat blog yg dh lama tak ber 'update'..maaf pd sahabt2 sume.

tak ada apa pn yg nk dicerita, hanya kadang2 tersenyum sendirian melihat keletah dan ragam adik2 baru yg pertama kali menempuh musim sejuk. kebetulan hari ni hujan agak lebat sejak dua hari yg lps jd semua dah berangan 'salji' akan turun walaupun pd hakikatnya kawasan saya ni agak mustahil nk turun salji..(doa la ye adik2 moga tahun ni kita main salji dpn sakan). macam2 status tubik dlm FB dorg..'adus sejuik berdooz, asap tubik kot mulut' ... seronok berbeno dorg sambut tahun baru hijrah dgn salji.

apa pn, seronok2 juga safety n take care..

Wednesday, October 27, 2010

Suara Hati

Salam rindu salam kemaafan buat teman2 yg dikasihi..rasanya sudah terlalu lama menyepi menyendiri dari ruangan perkongsian ni. Banyak yg terjadi sejak kebelakangan ni yg menuntut seribu satu kesabaran n ketabahan. Allah jua yg Lebih Mengetahui. moga segala yg terjadi lebih menjadikan diri ini hamba yg benar2 tawaduk, bersyukur dengan segala kehendak dan ketentuan-Nya.

" tidak sukar utk merencana sebuah kehidupan jika yg dirancang adalah pd kualiti usia. mukmin itu bkn menjadi bijak apabila dia bkn shja merancang utk hidupnya ttpi juga utk hari kematiannya"
Hampir sebulan aku ditanah sahara ni lps blk bercuti di Malaysia raya aidilfitri baru2 ni. Dlm waktu ni jugak mcm2 kisah yg terjadi. Paling menarik aku rasa teman sebilik yg baru di asrama yg baru....
....bersambung....

Friday, June 18, 2010

Kejutan

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Segala syukur Tuhan sekalian alam buana
Dengan izin dan kasih sayang-Nya
diberi peluang buatku bersama2 keluarga

Terasa mahu mencubit tangan
Realiti atau hanya bayangan
Apa pun semuanya sudah menjadi kenyataan

syukran ya Robbi
begitu menghargai akan nikmat yg diberi





Wednesday, May 12, 2010

Kembalikan kegemilangan

Manusia ciptaan mulia
Sempurna penuh harapan untuk gemilang
Kita dicipta sebagai ummah
Pemimpin dunia dan sebagai ikutan

Namun kini mengecewakan
Segalanya kita ketinggalan
Indah hanya sejarah

Generasi pewaris
Bangkitlah berjihad di jalan-Nya
Kembalikan kekuatan
Pembela ummah pengabdi ilahi
(Pejuang Allah yang setia,Pembela ummah dan negara,Berjuanglah)

Berjuanglah.. berjuanglah..

Mulia atau sebaliknya
Di tanganmu penentuannya
Untuk ummahmu jua imanmu
Berjihadlah
(Pejuang Allah yang setia, Pembela ummah dan negara)

Munsyid: Brothers

Jangan salah pilih!

Pemimpin Yang Adil

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Munsyid : Hijjaz

Sunday, April 18, 2010

Hilangkan Stress..

Sekadar ingin berkongsi cerita utk hilangkan penat, stress dan boring diri sendiri dan sesiapa yg rasa dgn baca cerita ni blh ceriakan dirinya dengan senyuman..

Cerita 1 : Zaman Berkembar :
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Cerita 2:Suami Terbaik :

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Cerita 3 : I'm Soryy

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Tong Merah :

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Saturday, April 10, 2010

Abad ke-21 'Abad Untuk Asia'

MUNGKIN ramai tidak ambil peduli atau tidak tahu sebenarnya abad ke-21 ini adalah ‘Abad Untuk Asia’ dan petanda perubahan kuasa dunia politik/ekonomi sudah beralih dari Barat ke Timur. China sudah menggantikan Jerman sebagai pengeksport utama dunia, manakala syarikat gergasi Korea Selatan, Korean Electric baru-baru ini memenangi tender menewaskan saingan utamanya, Electricite de France dari Perancis, untuk membina tiga reaktor nuklear di Abu Dhabi.

Lebih meyakinkan apabila statistik perdagangan China mencerminkan kekuatan eksportnya berbanding import, manakala reaktor Korea Selatan pula menggunakan teknologi Westinghouse. Kejayaan Asia tidak boleh diperlekehkan, selepas beberapa kerajaan berjaya menangani krisis kewangan baru-baru ini. Cara mereka mengubah krisis kepada peluang, mengukuhkan semula mekanisme pasaran bebas.Contohnya, Korea Selatan berjaya membantu golongan miskin serta menyusun semula pasaran buruhnya, pada ketika Amerika Syarikat dan Eropah, gagal berbuat sedemikian. Bagaimanapun, masih awal untuk melabelkan ini sebagai ‘Abad untuk Asia’.
Mungkin daerah pesisir pantai Korea Selatan, Jepun, Vietnam dan China Timur, yang berkongsi beberapa karakter budaya dan strategi ekonomi yang hampir sama. Tetapi daerah tengah dan barat China masih diselubungi kemiskinan; Indonesia pula mencatat budaya dan suasana ekonomi berbeza; manakala India memiliki kekuatan tersendiri.

Suasana dan persekitaran negara Asia lain juga berbeza antara satu sama lain; ada antaranya menjunjung demokrasi, manakala ada bahagian lain menjalani sistem pemerintahan kuku besi. Apa yang jelas ialah tidak wujud satu sistem ekonomi Asia.

China sebagai sebuah negara kapitalis tidak disenaraikan dalam kategori kapitalisme persendirian yang dipraktik di Jepun dan Korea Selatan. Sebahagian besar India masih kekal dengan ekonomi pertanian, disulami dengan perniagaan kecil dan sektor perkhidmatan dinamik. Asia juga tidak memiliki sebuah pusat pentadbiran, mereka tidak memiliki institusi pengurusan yang boleh dibandingkan dengan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) atau Kesatuan Eropah (EU).

Ini penting, kerana negara Barat secara relatif lebih aman, berbanding banyak negara Asia mengalami konflik, seperti Pakistan yang mengalami konflik dalaman serta turut terpalit dengan konflik negara-negara jirannya; sementara negara yang mengelilingi Laut China Selatan sentiasa dihantui kebimbangan akan diheret dalam konflik.
Hakikatnya, jika suatu masa nanti tentera Nato dan Amerika Syarikat membuat keputusan meninggalkan Asia, ancaman perang akan meningkat, perdagangan akan terjejas dan ekonomi Asia yang dinamik hari ini akan musnah. Justeru, adalah sukar untuk percaya kewujudan ‘Abad untuk Asia’, apabila keselamatan negara Asia bergantung kepada pasukan keselamatan bukan dari benua ini.

Satu lagi kelemahan Asia berpunca daripada ketiadaan inovasi baru , satu halangan besar kepada usaha untuk memiliki ekonomi dinamik. Eksport China (sehingga hari ini) mencatat begitu sedikit nilai tambah, tetapi tenaga buruh murah yang besar; produk canggih yang dikeluarkan seperti telefon bimbit sudahpun dikuasai dunia Barat.

Jepun dan Korea Selatan lebih kreatif, tetapi masih di peringkat memperbaiki produk dan perkhidmatan yang memang asalnya dicipta di Barat. Kelemahan Asia dalam inovasi mungkin berpunca daripada sistem pendidikan, berikutan ramai pelajar benua ini apabila berpeluang ke universiti di Amerika Utara dan Eropah, mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara masing-masing. Kira-kira 80 peratus pelajar China di Amerika Syarikat tidak pulang ke negara mereka.

Dalam banyak hal, kemajuan dicapai Asia sebenarnya adalah cermin kepada perubahan hidup mereka kepada nilai-nilai Barat. Nilai Barat terutama membabitkan kapitalisme, demokrasi, individualistik, kesaksamaan gender dan sekularisme semakin galak diguna pakai di Asia.

Memang benar, ramai menempelak penggunaan nilai Barat di Asia, ada pula yang mempromosi apa yang dipanggil nilai Asia, seperti ‘prinsip harmoni’.
Bagaimanapun, semua usaha ini dilemahkan dengan mereka yang memiliki agenda politik. Contohnya, nilai harmoni adalah konsep falsafah yang kaya daripada ajaran Buddha dan Confusius dan ia patut diberi penghargaan lebih baik daripada disesuaikan dengan pemikiran komunis atau pemerintahan kuku besi yang menghalang demokrasi.

Ramai juga kesal kerana tiada usaha bersungguh-sungguh di India untuk memastikan falsafah dan semangat Mahatma Gandhi, seorang daripada ahli pemikir teragung dunia pada abad ke-20, terus segar.

Ramalan ‘Abad Untuk Asia’ ini juga tidak mempedulikan negara-negara Asia yang merosot dan sentiasa huru hara seperti Thailand dan Jepun. Ia tidak boleh bergantung kepada kejayaan ekonomi tempatan, tanpa mengambil kira kesan yang lebih luas membabitkan budaya dan strategi.

Bagaimanapun, kelemahan Asia tidak bermakna jaminan kepada dominasi Barat. Bersandar faktor keseragaman, nilai budaya, industri hiburan dan kekuatan tentera, negara Barat mengekalkan kekuatan mereka, tetapi bukan untuk selamanya.

Apabila kita cuba membuat perbandingan secara relatif antara kuasa Barat dan Timur, kita masih bergantung kepada perkataan yang tidak lagi boleh digunakan. Kriteria yang ada hari ini juga mungkin tidak lagi boleh diguna pakai untuk zaman sekarang. Contohnya, perkataan seperti ‘ekonomi nasional’ tidak lagi relevan hari ini.

Hampir semua produk dan perkhidmatan sudah memasuki era global. Lagi canggih sesuatu produk atau perkhidmatan, lebih pantas identitinya sebagai produk nasional akan hilang. Tiada lagi perbezaan antara telefon bimbit di Barat dan Timur, begitu juga dengan perkataan yang digunakan dalam sistem kewangan. Apabila China membeli bon perbendaharaan Amerika Syarikat, siapa yang bergantung kepada siapa?

Pertukaran teknologi mencetus keterbergantungan. Apabila Asia berkembang, Barat pula tidak menjadi semakin miskin. Mulai hari ini, kita maju bersama, atau semua kita tidak akan maju sama sekali. Tiada lagi ada percanggahan antara Barat dan Asia apabila membabitkan ancaman keselamatan global, seperti keganasan dan negara yang terbabit dengan industri nuklear.

Justeru, kita bukan memasuki ‘Abad Untuk Asia’, sebaliknya kita sedang memasuki ‘Abad Untuk Global’. Tetapi disebabkan tamadun global satu fenomena baru, membuatkan kita masih belum benar-benar memahami apa yang sedang berlaku.

Kita masih bergantung kepada konsep lama apabila menggambarkan dunia yang baru muncul ini. Ia mungkin bukan satu dunia yang lebih baik, tetapi ia adalah satu dunia yang berbeza.

Thursday, April 8, 2010

Saat Dunia Berhenti

Artis : Ungu
Tajuk : Sesungguhnya

saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yg tak sanggup kau singgahi

mampukah untuk kau berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanMu Ya Allah

sesungguhnya manusia
takkan bisa menikmati syurga
takkan ikhlas dihatinya
sesungguhnya manusia
takkan bisa menyentuh menikmatinya
tanpa tulus dihatinya

Tuesday, April 6, 2010

Di pondok kecil

Teringat zaman kecil2 dulu, kalau ada waktu lapang aku,adik2 dan jiran sebelah selalu main pondok2, orang perempuan biasa main masak2 la kan.Kononnya praktis sebelum dapat masak betul2.Macam2 yg kami guna,daun,batu,kayu semuanya jadi bahan masakan kami.Indah sungguh saat itu, kenangan yg kadang2 blh buat aku tersenyum sorang.

Lama sudah cerita itu,hari ni aku bergendang dgn periuk belanga lagi, kali ni tidak lagi dgn adik2 dan jiran sebelah rumah tp dgn jiran bilik. Menunya 'Mee Hailam'.

Hajat hati waktu pulang tahun lepas nak makan mee hailam tp disebabkan kekangan masa, tertunda sampai lah balik semula ke Jordan tak sempat aku merasa(teringat mee hailam Ampang).Puas sudah laman web resepi dibuka, mencari2 resepi yg mudah dan sesuai dgn keadaan bahan kami disini yg sememangnya agak terhad terutama rempah2 dari Malaysia. Dengan menggunakan bahan yg serba kekurangan maka jadilah 'Mee Hailam Tautan Hati', walaupun semuanya serba ringkas tp kehadiran 'sotong' dari langit menambah kesedapan hidangan tengahari kami. Hidup diperantauan ni semuanya perlu kreatif. InshaAllah dengan niat yg ikhlas dan makanan yg sikit blh jadi banyak, yg kurang rasa akan tetap ada kesedapannya. Orang tua2 pernah berkata " Kalau nak memikat suami, pikatlah dengan masakanya" jadi tak salah kalau kita nak mengeratkan tautan hati sesama sahabat dengan masakan,janji ianya lahir dari hati ikhlas.Masak apo pon sodap!

p/s: terima kasih kpd semua pihak yg sudi menghabiskan 'Mee Hailam Tautan Hati', tak lupa jg pada Timah yg menyumbang perisa air keladinya(made in Malaysia) dan Mieha yg sudi menjadikan biliknya utk main pondok2..Tesekkur ederim.

Sunday, April 4, 2010

Keluarga Baru


"Mata satakti ila baiti?"
"Wallahhi la 'arif,ashan ehna daiman yujad barnamej..inshaAllah izan mafi esyek saatik ila baituki"
"hurm inshaAllah..saatbakh mansef,maqlubah, mandi..kullu laziz "
"akid?..hehe..la Nada,ana hamzah faqot..inshaAllah lau mafi musykilah saattasil ma'ak"
"InshaAllah.."
"indi muhadharah alaan,yallah bai..ma'assalamah"
Sambil melambai ke arah Nada,aku dan Mieha berjln ke kelas,berharap agar satu hari nnt akan smp juga kerumahnya. Nada,pelajar thn akhir MA Syariah,shbt Arab yg ku kenal semasa muhadharah Usul Fiqh. Acap kali dia mengajak aku dan sabahat2 lain utk bertandang ke rumahnya tp setiap kali itu juga aku memberi jawapan yg tidak pasti padanya, takut berjanji nnt tak tertunai pulak. Blh dikatakan tiap2 minggu ada saja program utk mengisi hari cuti pelajar, kalau bukan program di mantiqah masing2 ada saja jemputan dari mantiqah2 luar. Alah bisa tegal biasa.


Pagi kelmarin slps berjumpa dgn pihak syurtah, menyelesaikan urusan iqamah adik2 baru walaupaun hati berasa agak terkilan dgn pegawai bertugas yg byk sgt kerenah dan ragamnya. Jika sblm ni kami hanya perlu bawa dokumen2 yg perlu saja utk buat iqamah tp kali ni kami diminta utk bawa skli tuan badan,alasannya undang2 baru saja tukar, yg paling pelik bin ajaibnya undang2 bertukar setiap bulan. ghorib2. Nak kata lepas tukar undang2 akan lbh sistematik pengurusan tp rsnya indah khabar dari rupa, semuanya merumitkan . Penat nak berusan dgn pak2 Arab ni, utk dptkan dokumen ni saja ambik masa lbh kurang 5 bulan, padahal urusan ni kalau dibuat dgn secara berorganisasi blh disiapkan dalam masa sehari saja tapi disebabkan 'kesistematikan' pak2 Arab ni kerja yg mudah semuanya jadi melambatkan dan menyusahkan pelbagai pihak. Kesian sbnrnya kt adik2 baru ni sbbkan adanya pekerja2 mcm ni dorg kena bayar ghoromah akibat tamat tarikh visa. Semoga ada pemimpin dikalangan mereka yg dpt mengubah keadaan ni.'ala kulli semuanya bergantung pada perubahan diri sendiri jugak..Innallaha la yughayyiru ma bianfusihim..

Robb,beri kami kekuatan dan ketabahan,semoga kesabaran kami diberi ganjaran yg setimpal..


Demi mengembalikan kecerian di wajah korperal2(Mieha, Acik,Ida) yg aku bawa skli, menggunakan teman setia aku W95 aku mendail nombor Nada, alhamdulillah sudah rezki tertulis di Luh Mahfuz agaknya kami akan kerumahnya slps bbrp kali ajakan ditolak, dengan senang hati dia dan keluarga menuggu kedatangan kami.
yallah ammu ila Mu'ayyar Sarhan.. InshaAllah ya hajjah..

Sepanjang perjalanan,kami menikmati keindahan bumi Mafraq walaupun tidak seluas mana(lbh kurang Kedah) tp tak pernah sunyi dari kesibukan manusia walaupun pada hakikatnya Mafraq hanyalah sebidang tanah yg tandus. Itu cerita dulu, Jordan skrg sedang mengorak langkah maju kehadapan, keadannya skrg mgkn sama dgn Malaysia 15tahun yg lalu.

Subhanallah, sejauh mata memandang..pemandangan yg sgt cantik dgn bukit pasir rumah kotak, si pengembala dgn biri2nya. Allah Maha Adil, walaupun sahara tp keberkahan buminya melebihi segalanya.Mata melirik ke kanan jalan kelihatan rel keretapi tinggalan kerjaan Uthmaniyyah yg menghubungkan Jordan-Syria,tp saying sudah tidak digunakan disebabkan sedikit kerosakan dan peredaran zaman yg sudah beralih kpd haiwan bertayar. Perjalanan tidaklah jauh tp tlh berjaya membawa aku ke alam yg lbh indah. ta'ajub dgn keindahan ciptaanNya.Syukran Robb ats nikmat ini.

"disini adalah Mu'attal kawasan yg semuanya adalah pelarian Palestin dan di depan sana kawasan Mu'ayyir yg semuanya adalah Badwi."Bersungguh2 ammu Abdullah menerangkan apabila aku bertanya tentang kawasan yg sedang kami lalui. Senior aku kata kalau nk cpt blja bahasa kena byk bercakap atau bertanya walaupun sepatah, itu sudah cukup bermakna dan menambah vocab.

Kurang 15 minit kami sampai di Mu'ayyar Sarhan.Nada sedang menanti didepan pintu rumah bersama ahli keluarganya.Terasa mcm VIP pulak ada org sambut dpn pintu ‘hotel’.Boleh dikatakan semua ahli keluarganya ada kecuali baba dan tiga org adik lelakinya. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga akan berkumpul pd hujung minggu, suasana jd lbh meriah dgn suara cucu2 umi Syum'ah(ibu Nada).

Bersama dgn keluarga Nada terasa spt berada dgn keluarga sendiri, bersembang, bergurau senda, mcm2 cerita yg dikongsi. Dlm sesi ta'aruf dgn keluarga Nada, kami msg2 mendapat gelaran baru, aku dipanggil Amirah(ssh dorg nak sebut Puteri), Mieha dipanggil Badawiyyah(sbb muka mcm Badwi), Shahidatain( dua Syahida). Waktu klimaks apabila tiba waktu makan, Nada menunaikan janjinya jika kami dtg dia akan masak Mansef.Nah, didepan mata Nasi Mansef sepinggan penuh,nasib baik la dikongsi dua itupun tak larat nk habis,terpaksa minta Nada tlg hbskan,segan juga sbnrnya mcm tak beradab tp nasib baik keluarga dia faham “adi2,kholi hon"..dh hbs mkn kami dihidangkan dgn teh Babunij(bkn babun ok).Sudah jd budaya masyarakat Arab akan menghidangkan teh atau kopi slps mkn.(ezine adisi Mac). Apa yg aku perhatikan sepanjang berada di bumi Syam ini,masyarakat sini begitu menghormati tetamu, tak kira tetamu yg dtg tua atau muda.

Usai makan tengahari,kami diajak pulak melihat kambing dan ayam haiwan ternakan mereka diblkg rumah.Terkesima Badawiyyah dengar kambing,mgkn teringt kambingnya dirumah. Bersembg dgn Islam,adik Nada yg berumur 21thn mengingatkan aku pd adindaku Acik, lama tak mendengar khabar darinya,sudah sarat agaknya skrg Acik.hurm..Ziarah kami diteruskan dgn berjalan ke kebun sayur,berkelah sambil menikmati sayur yg sedang subur seolah2 berada di Cameron Highland pulak. Dalam perjalanan pulang ke rumah Nada, kami sempat singgah dirumah kakak umi Syum'ah,ramah sekali sama mcm umi. Tak sampai sehari, separuh dari kampung Nada kami jelajahi dan kenali, penduduk disini semuanya ramah menyapa kami.Pengalaman yg susah dan jarang skli dpt hatta di Malaysia.

Matahari sudah beralih ke ufuk barat, sedih hendak meninggalkan keluarga baru ini. Bertambah sayu memandang anak2 kecil yg semasa kedatanagn begitu ceria dan celoteh tp apabila tiba saat perpisahan semua jadi kaku membisu,InshaAllah sanaltaqi..

Sebelum pulang sempat lg umi Syum'ah menghadiahkan seguni beras, bekal air zam2,buku2 agama dan mushaf Al-Quran setiap seorang.Buku dan mushaf ini sumbangan dr kerajaan Saudi katanya. Allah yubarik fikum.

pertama kali bertemu hati sudah terpaut

terpaut pada keramahan, keikhlasan hati kalian

saat berpisah terasa begitu sempit

kenangan bersama akan sentiasa dalam ingatan.

kutitip puisi rindu

pada nyanyi angin bayu

agar hati tak pilu

berharap agar kita kan lagi ketemu.

p/s: syukran jazilan Nada atas keluarga baru ini, buat Badawiyyah,Shahidatain hope u all juga mendapat sesuatu yg berharga =)

Glosari:

1.mata saati ila baiti – Bila awak nak dtg rumah saya

2. Wallahhi la 'arif,ashan ehna daiman yujad barnamej..inshaAllah izan mafi esyek saatik ila baituki – Tak tahu bila,kami sentiasa ada program,jika tak ada apa2 saya akan dtg rumah awak.

3. saatbakh mansef,maqlubah, mandi..kullu laziz – saya akan masak Nasi Mansef, Maqlubah, Mandi,semuanya sedap.

4. ana hamzah faqot,saati lakin bas ziarah yakni..inshaAllah lau mafi musykilah saattasil ma'ak – saya lawak saja,saya akan dtg tp ziarah saja awak tak perlu masak apa2, saya akan telefon awak nnt.

5. indi muhadharah alaan,yallah bai ma'assalamah – saya ada kelas skrg,jmp lagi.

6. syurtah – pegawai polis.

7.mantiqah – daerah/ kawasan.

8. ghorib – pelik.

9. ‘adi – perkara biasa/ normal.

10. iqamah – kad pengenalan penduduk, hanya utk pelajar2 luar negara.









Friday, April 2, 2010

Sang Bunga

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

~www.iluvsislam.com~

Monday, March 22, 2010

Istimewa buat Dia


Nur Najihan Nasoha,

Siapa yg tak kenal dengan dia,

Seorang yg selalu sengal lagi ceria,

Sentiasa mengumbirakan orang disekelilingnya,

Walau hatinya sedang berduka lara.


Jihan anak pak cik nasoha,

Memang tak pernah lekang dengan gelak tawa,

Ada saja cerita terbarunya,

Memang tak siap kerja kalau dok melayannya.


Adventurous memang bidang dia,

Maklumlah keturunan darah Tun Teja,

Kerja sikit gelabah memang tetap kena ada,

Apa pun jihan,den respect sama ekau la.


Teringat kembali pertama kali kita bersua,

Dengan pengenalan itu menjadikan engkau yg setia,

Aku ku cuba menjadi yg terbaik utk persahabatan kita,

Moga jalinan ukhwah yg terbina kekal selamanya.


Hari ini hari yg bermakna,

Teristimewa buat Jihan sekeluarga,

Sebagai sahabat aku tumpang gumbira,

Selamat hari lahir semoga panjang umur naaa.


Semoga dirimu menjadi seperti Siti Khadijah,tabah dalam apa jua yang terjadi, menjadi tempat rujukan setiap masalah seperti Siti Aisyah, memiliki sequdus taqwa seperti Rabiatul Adawiyah.

Seindah perhiasan adalah wanita SOLEHAH..

p/s: jihan, maaf le ini je hadiah tahun ni yg dapat aku bagi.’ala kulli hal barakallahu fi umrik..

Tuesday, March 16, 2010

Langkahku atur..

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai sekian-sekian..

“eh,nape tetiba je ni.?”

“InshaAllah awk boleh,bukan kami yg pilih..tp org atas..”

“hmmm..yelah..tapi takde org lain dh ke..ramai lg yg boleh..”

“takpe,jgn risau awak mampu..”

“erm..saya..”

“jangan risau kami semua akan support awk dari belakang”

“saya tau..tapi sebenarnya..”

“InshaAllah,cuba dulu..kalau tolak sekarang,dibuatnya amanah tu jatuh kat tangan org yg tak sepatutnya mcmn,blh memudaratkan nnt”

“tahniah dan takziah ye..”

“err.. inshaAllah..”

Berdebar aku semasa diri ditaklifkan..

Mampukah aku?Layakkan aku? Persoalan yg bermain2 dibenak fikiran.

Nak kata tak pernah pegang jawatan,pernah juga diberi taklifkan,cuma kali ni

aku rasa sedikit kelainan,mengapa dan apa sebabnya, aku pun tak tahu,yg pastinya aku sedikit gusar. Robb, bimbing aku..

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:

“Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”-Bukhari dan Muslim-

Apabila diberi taklifan ia bukanlah suatu tasyrifan(kemuliaan) atau sesuatu yg boleh dibanggakan tapi ia adalah satu bebanan yg perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Yang kekadang terasa spt mengikat batu di kaki, dibawa kemana saja pergi..

Taklifan adalah satu ujian. Jika disalah guna pasti mengundang binasa.

Sebagai seorg mahasiswa, apabila diberi taklifan utk satu tugasan pasti dan tak dapat tidak akan menggangusedikit jadual pelajaran, tapi jika disandarkan pada niat yg ikhlas dan sedar taklifan ini adalah dari Yang Atas,InshaAllah semuanya akan dipermudahkan hanya memerlukan sedikit kesabaran,ketabahan dan pengorbanan.

Taklifan adalah ujian. Bagi mereka yg mengharapkan pengampunan. Perbicaraan nanti dengan Yang Maha Hakim.

Mengharap taklifan bukanlah satu pilihan,takut-takut nanti dianggap sebagai tasyrifan.

Ya Allah,

Langkahku atur,

Mohon simpatiMu,

Tunjukkan aku jalan dalam segala keputusan,

Agar taklifan ini dapat dilaksanakan dibawah nusrahMu , Ya Rahman Ya Mu’ein

Cerita Malam itu

Astaghfirullahhal’azim

Astaghfirullahhal’azim

Astaghfirullahhal’azim


Malam itu kami bertemu,

Bertemu dengan niat yang satu,

Utk merungkai apa yang terbuku,

Agar tenang resah di qalbu.


Malam itu kami berjumpa,

Bermuhasabah setiap gerak kerja,

yg kurang dan silap sama-sama kita baiki,

Bukannya tuduh menuduh menunding jari.


Cerita malam itu ramai yang tak mengerti,

Bila mendengar dari mereka yg BUKAN AHLI,

Terus menghukum membuta tuli,

Akibat tak mendengar dari mereka yg BENAR2 AHLI.


Duhai PEMBAWA AMANAT ILAHI,

Jangan dilupa amanat yg diberi

Setiap perbuatan,perkataan fikirlah dengan teliti,

Sebelum menyesal dikemudian hari.


Aku bukanlah professor atau syeikh jauh sekali wali,

Hanya hamba yang sedar akan masalah yg terjadi,

Sama-samalah kita bermuhasabah dan ingat mengingati,

Entah esok lusa atau sebentar lagi maut datang menemui,

Apa yg nak jawap bila menghadap Tuan Empunya yg di langit dan bumi?.

Thursday, March 4, 2010

Langit MALAM


Langit malam

Padamu aku suarakan

Mogakan hilang resah kalbuku

Agar yang samar bisa terang

Bersama kejoramu

Agar yang luka

Akan terubat diusap dingin bayumu

Langit malam

Aku kembara dibumi fana

Ada waktu diulit seribu bahagia

Ada detik tersungkur lara

Ada ketika dibayangi kekeliruan

Awan mendung

Usah kau selimuti langit malamku

Agar senyumanku tidak luntur

Walau hatiku separuhnya luluh dan lebur


p/s: utk fa tanx krn mengilhamkan status sajak 'bulan bintang' smlm..

~musafir kelana~

Wednesday, March 3, 2010

Balang Mayonis

Di dlm sebuah kelas falsafah,seorg professor berdiri di hdpn dewan kuliah, meja di hdpnnya terdapat bbrp barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dgn beliau mengambil balang mayonis yg besar dan mengisinya dgn bola golf.

Dia kemudian bertanya kpd para pelajarnya,adakah baling tersebut penuh dan pelajarnya menjawab “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dlm balang yg tlh dipenuhi dgn bola golf td,lantas mengoncang balang tersebut dgn lembut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola2 golf. Sekali lg dia bertanya kpd pelajarnya sama ada balang tersebut penuh atau tidak, lantas pelajarnya menjawab “Ya..”

Tanpa menjelaskan apa2 kpd pelajarnya, professor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yg berisi pasir dan menungkannya ke dlm baling tersebut.Pasir yg dituang mengisi ruangan antra batu kerikil dan bola golf. Spt td dia bertanya kpd para pelajarnya sama ada balang t’sebut tlh penuh. Dlm keadaan yg penuh persoalan, rata2 pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus slps itu, professor itu kemudiannya mengeluarkan dua buah cawan kopi dr bwh mejanya dan menuangkan kedua2 ke dlm balang yg tlg sedia ada dgn batu kerikil,bola golf dan pasir. Air kopi mengisi ruangan yg terdpt di antra pasir. Para pelajr mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan professor tersebut.

“Sekarang...” profesor mula bersuara apabila kelas riuh rendah dan gelak ketawa para pelajrnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sbg kehidupan anda..bola golf mewakili perkara penting iaitu Tuhan,keluarga,anak2, kesihatan,kwn2 dan semangat anda. Jika anda kehilangan seglanya dan hya perkara penting ini yg masih anda ada,hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara2 lain spt kerja anda, rumah dan kereta anda. Manakala pasir pula mewakili perkara lain yakni perkara2 kecil”.

“Jika anda memasukkan pasir ke dlm balang dahulu...” anda tidak akan mempunyai ruang utk batu kerikil dan bola golf. Ini sama jg khdpn anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga utk perkara2 kecil, anda tidak akan mempunyai ruang utk perkara yg sbnrnya lbh penting utk diri anda”.

“Ambillah perhatian utk perkara yg kritikal utk kebahagian anda. Luangkan masa gembira utk keluarga. Lakukan pemeriksaan kesihatan,bawa pasangan keluar makan. Sila ambil berat akan bola golf dahulu- iaitu perkra yg benar2 penting. Tetapkan keutamaan, perkara lain hanyalah pasir...”

Salah seorg pelajarnya mengakat tangan dan bertanya apakah pula yg diwakili oleh air kopi. Professor tersebut tersenyum.”Saya gembira ada yg bertanya. Ianya menunjukkan bhwa tidak kira bgmn penuh pn kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang utk secawan kopi bersama rakan2..”

p/s: renungan bersama, apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar utk diuruskan,apabila 24 jam sehari spt tidak mencukupi, igtlah kisah Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ni =)

Wednesday, February 10, 2010

' Diuli'

Pagi semalam aku dan Sakura ke qabul tasjil utk urusan insihab madah. Sampai saja di didepan pintu bangunan yg dulunya markaz askar ni 'selonggok' manusia sedang menunggu pintu bilik musajjil course masing2. Aku belek jam di tangan,dh pukul 845 pagi takkan tak buka lg pintu? Sakura spt memahami riak muka aku, " mcm tak biasa je kak ni,dorg kan staff yg 'sgt rajin' " aku senyum je.Kami pelajar2 ajnabi dh faham dgn cara kerja org Arab kt sini.tak pernah nk punctual kalau dpt kerja,dtg hari ni disuruh dtg esok,dtg lusa disuruhnya lg dtg lusa dpn,smp qiamat tak siap kerja mcm tu dan mmg lumrah la kami akan gaduh mulut dgn staf2 jamiah selagi tak siap kerja selagi tu la kami akan ngadap diorg tiap2 hari.Bkn setakat di Jordan je bahkan di kebanyakan negara2 Arab lain.(sorg shbt pernh mengadu hal yg sama). Bila Islam nk maju kalau mentaliti masih di takuk yg sama?

Dan hari ni jgk aku rasa spt 'diuli' mcm kuih donat. Berdepan dgn 'selonggok' manusia yg tak reti nk beratur main tolak2 dan berasak2 semuanya nk jmp musajjil. kalau musajjil ramai tak pe la jgk ni sorg je, dia la nk key in data,dia la nk insihab idhofah madah sume die, nk layan pelajar yg beribu ni.adoyai. Asalnya aku dan Sakura beratur tgu giliran utk insihab madah tp bila sorg2 potong line kami, sakit hati jgk dibuatnya dh kurg sabar kot dorg ni,makin tinggi matahari makin ramai manusia dlm bilik musajjil, sume dh jadi tak terurus tolak menolak antara satu sama lain. Kami plak yg dr td 'diuli' spt kuih donat ditolak ke kiri ke kanan dpn blkg tetap berusaha meyelitkan badan dicelah dorg walaupun size kami tak la sebesar dorg. Masa ni bau badan dorg jgn ckp la, teramat2 la 'wangi', nk pengsan dibuatnya,sampai Sakura berdarah hidung, terlbh sedut kot (pns sbnrnya =).

Hampir 2 jam stgh 'diuli', barulah siap semuanya,cramp kaki tgn 'diuli' dek mak2 Arab ni. Alhamdulillah.
Pesanan buat adik2 baru, gnlah waktu insihab idhofah madah dgn sebaiknya kalau tak nk 'diuli' dek pak dan mak2 Arab.

sempt snap,sblm 'diuli' lg..
Glosari:
1- insihab idhofah madah : add and drop subject
2- musajjil : pendaftar
3- qabul tasjil : bangunan HEP
4- ajnabi : pelajar asing

Friday, February 5, 2010

::mengembara :: mentafsir :: menginsafi::

Aku & Syam


Alhamdulillah syukur pdNYA diberi kesempatan utk menziarahi Syam lg..sblm tu aku nk kenalkn dulu Syam ni siapa. Syam ni kwn baik aku,hehe tak de la,Syam ni adalah nama lama bg Jordan,Syira, Palestin dan Iraq. Slps kejatuhan atau di akhir kejatuhan khilafah Islam yg terakhir iaitu kerajaan Uthmaniyyah negera2 ni dipecahkn shga terbentuklah 4 negara ni..kalau nk cari hakikat sejarah ni mmg tak dapt sbbnya barat dh sorok jilid 10 dan 12 dr 22 jilid Tarikh Islami karya Mahmud Syaqir, pegi la kedai mn pn mmg tak jmp,disuruh diam dan jgn tya sebarangan org lg ada la,sensitif katanya.aku pn dlu nyaris kne marah sbb tye pasal mn hilangnya lg 2 jilid Tarikh Islam yg penting ni..itu la barat semua fakta org Islam di sorok kemudian di olah dan akan kata ini adalah ciptaan teori dorg padahal sumanya cetak rompak dr cendiakawan Islam.mmg sedih sgt,stgh org Islam kita skrg ada plak yg bangga dgn teori2 barat. bila la nk sedar ni[geram]

Jaulah kali ni aku berkesempatan ke tmpt yg aku x sempat pegi pd jaulah yg lps,nk pegi sume tmpt dlm satu waktu mmg tak sempat ditambah dgn kesuntukan waktu musim syita'. Istimewanya jaulah kali ni sume pesertanya adalah akhawat, muraqib 3 org [wajib ada muraqib ikut perlembagaan].


Peta kota Damsyik,terdapat 8 pintu dan dikatakan para shbt masuk dr 8 pintu ini utk menyebarkan ajaran Islam..dikatakn Damsyik ni terbhgi kpd 3 lapisan kota, jika smp di Damsyik anda akn dpt lihat byk kawsn yg berbukit dan curam ke bwah.

Bosra, bandar pertama kerajaan Nabatean pd abad ke-2 BC. kerajaan Nabatean tlh dikuasai oleh Cornelius Palma ketua Trajan pd 106. sms pemerintahan empayar Rom, Bosra tlh namakan semula kpd Nova Trajana Bostra. Kini Bosra tlh diwartakan dibwh UNESCO World Heritage Site.

masih terpelihara,sbg renungan utk generasi akan dtg

masih segak berdiri megah

kalimah yg tak dpt dibaca[zoom by hp]