Monday, March 22, 2010

Istimewa buat Dia


Nur Najihan Nasoha,

Siapa yg tak kenal dengan dia,

Seorang yg selalu sengal lagi ceria,

Sentiasa mengumbirakan orang disekelilingnya,

Walau hatinya sedang berduka lara.


Jihan anak pak cik nasoha,

Memang tak pernah lekang dengan gelak tawa,

Ada saja cerita terbarunya,

Memang tak siap kerja kalau dok melayannya.


Adventurous memang bidang dia,

Maklumlah keturunan darah Tun Teja,

Kerja sikit gelabah memang tetap kena ada,

Apa pun jihan,den respect sama ekau la.


Teringat kembali pertama kali kita bersua,

Dengan pengenalan itu menjadikan engkau yg setia,

Aku ku cuba menjadi yg terbaik utk persahabatan kita,

Moga jalinan ukhwah yg terbina kekal selamanya.


Hari ini hari yg bermakna,

Teristimewa buat Jihan sekeluarga,

Sebagai sahabat aku tumpang gumbira,

Selamat hari lahir semoga panjang umur naaa.


Semoga dirimu menjadi seperti Siti Khadijah,tabah dalam apa jua yang terjadi, menjadi tempat rujukan setiap masalah seperti Siti Aisyah, memiliki sequdus taqwa seperti Rabiatul Adawiyah.

Seindah perhiasan adalah wanita SOLEHAH..

p/s: jihan, maaf le ini je hadiah tahun ni yg dapat aku bagi.’ala kulli hal barakallahu fi umrik..

Tuesday, March 16, 2010

Langkahku atur..

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai sekian-sekian..

“eh,nape tetiba je ni.?”

“InshaAllah awk boleh,bukan kami yg pilih..tp org atas..”

“hmmm..yelah..tapi takde org lain dh ke..ramai lg yg boleh..”

“takpe,jgn risau awak mampu..”

“erm..saya..”

“jangan risau kami semua akan support awk dari belakang”

“saya tau..tapi sebenarnya..”

“InshaAllah,cuba dulu..kalau tolak sekarang,dibuatnya amanah tu jatuh kat tangan org yg tak sepatutnya mcmn,blh memudaratkan nnt”

“tahniah dan takziah ye..”

“err.. inshaAllah..”

Berdebar aku semasa diri ditaklifkan..

Mampukah aku?Layakkan aku? Persoalan yg bermain2 dibenak fikiran.

Nak kata tak pernah pegang jawatan,pernah juga diberi taklifkan,cuma kali ni

aku rasa sedikit kelainan,mengapa dan apa sebabnya, aku pun tak tahu,yg pastinya aku sedikit gusar. Robb, bimbing aku..

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:

“Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”-Bukhari dan Muslim-

Apabila diberi taklifan ia bukanlah suatu tasyrifan(kemuliaan) atau sesuatu yg boleh dibanggakan tapi ia adalah satu bebanan yg perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Yang kekadang terasa spt mengikat batu di kaki, dibawa kemana saja pergi..

Taklifan adalah satu ujian. Jika disalah guna pasti mengundang binasa.

Sebagai seorg mahasiswa, apabila diberi taklifan utk satu tugasan pasti dan tak dapat tidak akan menggangusedikit jadual pelajaran, tapi jika disandarkan pada niat yg ikhlas dan sedar taklifan ini adalah dari Yang Atas,InshaAllah semuanya akan dipermudahkan hanya memerlukan sedikit kesabaran,ketabahan dan pengorbanan.

Taklifan adalah ujian. Bagi mereka yg mengharapkan pengampunan. Perbicaraan nanti dengan Yang Maha Hakim.

Mengharap taklifan bukanlah satu pilihan,takut-takut nanti dianggap sebagai tasyrifan.

Ya Allah,

Langkahku atur,

Mohon simpatiMu,

Tunjukkan aku jalan dalam segala keputusan,

Agar taklifan ini dapat dilaksanakan dibawah nusrahMu , Ya Rahman Ya Mu’ein

Cerita Malam itu

Astaghfirullahhal’azim

Astaghfirullahhal’azim

Astaghfirullahhal’azim


Malam itu kami bertemu,

Bertemu dengan niat yang satu,

Utk merungkai apa yang terbuku,

Agar tenang resah di qalbu.


Malam itu kami berjumpa,

Bermuhasabah setiap gerak kerja,

yg kurang dan silap sama-sama kita baiki,

Bukannya tuduh menuduh menunding jari.


Cerita malam itu ramai yang tak mengerti,

Bila mendengar dari mereka yg BUKAN AHLI,

Terus menghukum membuta tuli,

Akibat tak mendengar dari mereka yg BENAR2 AHLI.


Duhai PEMBAWA AMANAT ILAHI,

Jangan dilupa amanat yg diberi

Setiap perbuatan,perkataan fikirlah dengan teliti,

Sebelum menyesal dikemudian hari.


Aku bukanlah professor atau syeikh jauh sekali wali,

Hanya hamba yang sedar akan masalah yg terjadi,

Sama-samalah kita bermuhasabah dan ingat mengingati,

Entah esok lusa atau sebentar lagi maut datang menemui,

Apa yg nak jawap bila menghadap Tuan Empunya yg di langit dan bumi?.

Thursday, March 4, 2010

Langit MALAM


Langit malam

Padamu aku suarakan

Mogakan hilang resah kalbuku

Agar yang samar bisa terang

Bersama kejoramu

Agar yang luka

Akan terubat diusap dingin bayumu

Langit malam

Aku kembara dibumi fana

Ada waktu diulit seribu bahagia

Ada detik tersungkur lara

Ada ketika dibayangi kekeliruan

Awan mendung

Usah kau selimuti langit malamku

Agar senyumanku tidak luntur

Walau hatiku separuhnya luluh dan lebur


p/s: utk fa tanx krn mengilhamkan status sajak 'bulan bintang' smlm..

~musafir kelana~

Wednesday, March 3, 2010

Balang Mayonis

Di dlm sebuah kelas falsafah,seorg professor berdiri di hdpn dewan kuliah, meja di hdpnnya terdapat bbrp barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dgn beliau mengambil balang mayonis yg besar dan mengisinya dgn bola golf.

Dia kemudian bertanya kpd para pelajarnya,adakah baling tersebut penuh dan pelajarnya menjawab “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dlm balang yg tlh dipenuhi dgn bola golf td,lantas mengoncang balang tersebut dgn lembut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola2 golf. Sekali lg dia bertanya kpd pelajarnya sama ada balang tersebut penuh atau tidak, lantas pelajarnya menjawab “Ya..”

Tanpa menjelaskan apa2 kpd pelajarnya, professor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yg berisi pasir dan menungkannya ke dlm baling tersebut.Pasir yg dituang mengisi ruangan antra batu kerikil dan bola golf. Spt td dia bertanya kpd para pelajarnya sama ada balang t’sebut tlh penuh. Dlm keadaan yg penuh persoalan, rata2 pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus slps itu, professor itu kemudiannya mengeluarkan dua buah cawan kopi dr bwh mejanya dan menuangkan kedua2 ke dlm balang yg tlg sedia ada dgn batu kerikil,bola golf dan pasir. Air kopi mengisi ruangan yg terdpt di antra pasir. Para pelajr mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan professor tersebut.

“Sekarang...” profesor mula bersuara apabila kelas riuh rendah dan gelak ketawa para pelajrnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sbg kehidupan anda..bola golf mewakili perkara penting iaitu Tuhan,keluarga,anak2, kesihatan,kwn2 dan semangat anda. Jika anda kehilangan seglanya dan hya perkara penting ini yg masih anda ada,hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara2 lain spt kerja anda, rumah dan kereta anda. Manakala pasir pula mewakili perkara lain yakni perkara2 kecil”.

“Jika anda memasukkan pasir ke dlm balang dahulu...” anda tidak akan mempunyai ruang utk batu kerikil dan bola golf. Ini sama jg khdpn anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga utk perkara2 kecil, anda tidak akan mempunyai ruang utk perkara yg sbnrnya lbh penting utk diri anda”.

“Ambillah perhatian utk perkara yg kritikal utk kebahagian anda. Luangkan masa gembira utk keluarga. Lakukan pemeriksaan kesihatan,bawa pasangan keluar makan. Sila ambil berat akan bola golf dahulu- iaitu perkra yg benar2 penting. Tetapkan keutamaan, perkara lain hanyalah pasir...”

Salah seorg pelajarnya mengakat tangan dan bertanya apakah pula yg diwakili oleh air kopi. Professor tersebut tersenyum.”Saya gembira ada yg bertanya. Ianya menunjukkan bhwa tidak kira bgmn penuh pn kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang utk secawan kopi bersama rakan2..”

p/s: renungan bersama, apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar utk diuruskan,apabila 24 jam sehari spt tidak mencukupi, igtlah kisah Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ni =)