Sunday, November 15, 2009

All the best..


ma'attaufiq wan najah
buat adindaku Putri Nur Hazwani dan Putri Nur Syafiqah
esok
bermulanya imtihan syahadah thanawiyah dan akhir tahun
lakukan yang terbaik buat diri kamu, bonda, abah dan keluarga
faiza 'azamta fatawakkal 'alallah
teruskan dengan solat hajat dan sunat lain sampai habis imtihan.
Do the best among the best!

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Saturday, November 14, 2009

Jihan Awemawe


versi Bahasa Arab


Malam tadi, time tgh cari bahan utk assignment ttba terjumpa kartun pasal badak air menari ni. teringat pada Jihan sahabatku yg suka sgt pasang video ni time ktorang praktikal di GPTD sampai A.Ju dan A.Ijal dah masak dgn perangai dia(pasang time rehat saje). Ada satu ketika tu Jihan tak de mood, apa yg kami buat adalah dgn pasang video badak air ni then baru dia ceria. Di GPTD dulu kami la penyerinya,especially si Jihan ada saje benda yg dibuatnya tp kerja still jalan. Bila tinggal berjauhan ni semua kenangan2 manis bersama shbt2 akan sentiasa bermain2 di fikiran. Itulah manisnya persahabatan jika semuanya krn Allah. Buat shbt2ku sekiranya ingatanmu singgah padaku,kirimlah sepotong doa tika itu,moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,jika tidak di dunia fana ini,di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah.

"Selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat dan yg lebih lemah dari itu ialah org yg mensia-siakan sahabat yg di cari" -Saidina Ali-

Sudah habis..

Alhamdulillah hampir 2 minggu berjuang dengan imtihan akhir nya selasa lepas berakhir semuanya, berakhir bg imtihan awal la.. masih menanti imtihan thani dan nihaei..
Rasa mcm hidup sbg pelajar disini hya utk imtihan je..pernah sekali tu telefon bonda nk bgtau jadual imtihan thani, spontan je jawapan bonda ' eh bkn baru imtihan ke baru2 ni, dah nk exam pulak..' gelak jela dgr.. mcm tu la hidup sbg pelajar tak dapat lari darinya.Selagi masih memegang title 'pelajar' peperiksaan mmg tak dpt dielakkan. masa ni la tahap kefahaman dan kemampuan kita diuji. 'ala kulli hal jadikan lah imtihan ni sebagai wadah utk mendekatkan diri kpd-NYA, faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..
Buat sahabat2 di Malaysia yg masih berjuang,jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Ma'at taufiq wannajah.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”(Al-Asr: 1-3)

Wednesday, October 28, 2009

Lemahnya diri ini..

reedit from iluvislam.com


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang


Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah
langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus
rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...
Ya Rabbal’alamin.

Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri:Nikmat & Hadiah

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya dan Syawal bakal menjelang. Adakah kita org yg layak menyambut Syawal atau Aidilfitri itu?Kelayakan itu bergantung pd kualiti amalan kita di bulan Ramadhan.
Ramadhan dtg sgb tanda kasih syg Allah kpd hamba-Nya. Dgn rahmat-Nya, Allah memberi peluang kpd kita utk menjadi tetamu bulan mulia ini. sbb itu, Ramadhan yg bermaksud 'panas' akan 'membakar' sgl dosa2. Ramadhan juga bulan penuh keberkatan dan di fasa akhirnya Allah tawarkan pembebasan dari api neraka.
Tapi harus diigt,hya amalan yg dilakukan dgn pehun keimanan, kesedaran dan kesungguhan shja dpt melahirkan natijah besar t'sbt. Atas kefahaman inilah kta perlu melihat bulan Ramadhan sbg 'Kem Intensif Latihan Ketakwaan' kpd Allah SWT. Biarlah amalan yg dilakukan pd bulan ini menjadi bekalan utk kehidupan spnjg thn sblm Ramadhan berikutnya tiba (jika masih dipnjgkan umur).
Al-Maududi berkata, Ramadhan dtg berusaha mendidik kita utk m'punyai sifat dan akhlaq yg tinggi sehingga m'jadi Muslim sempurna serta mampu mengekalkan ibadat yg hakiki dan waib ditunaikan pd stp detik hidup seorg Muslim. rela dan serius dalm berpuasa, berterawih, m'baca Al-Quran,bersedekah, muhasabah, berdoa dan membantu org yg susah serta m'perbanyakkan demi meningkatkan sahsiah dan ketakwaan kita kpd Allah.
Dgn kefahaman ini, barulah kita muncul sbg individu Muslim yg layak meraikan rasa penat dan lelah kita beribadah spnjg Ramadhan pd bulan Syawal nnt. Pendek kata Syawal atau Aidilfitri adlah hadian dan nikmat utk org yg b'jaya melawan nafsu, menjg pancaindera drpd maksiat dan dosa serta tidak dipengaruhi matlamat keduniaan semata-mata.
Sesungguhnya, Aidilfitri milik org yg berjaya membersihkan jiwanya pd bulan Ramadhan dan bukan milik org yg tertipu dgn nafsu sehingga mengulangi maksiat dan dosa spt mengumpat, bohong, hasad dengki,mengambil hak anak yatim dan miskin, rakus pd harta dan dunia pd bulan2 berikutnya.
Last but not least,. mari kita berusaha agar Aidilfitri yg diraikan nnt adalah hari kejayaan penuh bermakna bg kita krn kemengan fitrah (iman) di atas ketundukan nafsu dan kegagalan godaan syaitan! Itulah hadiah dan nikmat sbnr utk org yg berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan.


Salam Aidilfitri Minal Aidil wal faizin
Kullu 'am wa antum bikher