Wednesday, October 12, 2011

Angau Bercinta


Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~
^_^
~ sama-samalah kita berMUHASABAH ~

Friday, September 16, 2011

Masih Belum Terlambat

Bismillah.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Taqobbalallahu minna wa minkum taqobbal ya kareem buat semua. Rata2 teman2,adik kakok di Malaysia dan juga luar Malaysia masi lagi dalam mood raya. bak kata orang ' pose sebulan, raye pun sebulan la'..

Apa pun disini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat ;

Ustazah2 di Pasti Al-Badar, Taiping
Cikgu-cikgi di Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul, Taiping
Ustaz ustazah di Sekolah Agama Rakyat Ahmadiah, Changkat Ibul, Taiping
Ustaz ustazah di Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Batu 8, Trong
Lecturer2 di International Islamic College Malaysia, Gombak
Ustaz2 di Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya
Doktor2 di Universiti Al-Bayt, Jordan

tak dilupa teman2 seperjuangan, adik2,kakak2, abang2,pakcik2,makcik2,dato2, datin2 dan mereka yang sewaktu dengannya. Moga Aidilfitri yang dirai disambut dengan sekadarnya.

Puasa ganti (bagi pihak yg berwajib) dan puasa sunat Syawal jangan dilupa!

18 Syawal 1432H
Jamiah Al-Bayt, Urdun

Monday, August 15, 2011

Mengkome Jangan Gelojoh


sekadar tempelan
Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."
Sahabiah2 di Jordan, walaupun kite banyak dapat undangan iftor pak and mak arab yg kadang2 makanan yg dihidang tak terjangkau dek tekak and mulut kite ni, beringat2 lah mereka yg kt luar sana yg kadang hanya berbuka dengan sebiji tamar dan paling sedih hanya dengan air kosong..

~kurangkan juadah,tingkatkan ibadah~





Wednesday, August 10, 2011

Menarik : Cara Mengetahui Surat Al-Quran


Its interesting..
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.. :)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam... solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... ;)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Ramadhan karem..

Monday, August 1, 2011

Rumah Hantu


Ibn Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam dadanya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah usang yang tidak berpenghuni.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Yok, sempena bulan rahmat, ini,sama2 kita ambik keberkatannya
hiasi hari2 dengan Al-Quran, tadabbur (menghayati maksudnya),
zikir, bersedeqah dan byk lagi
jangan biarkan hati kita umpama 'rumah hantu'
penuh dengan sawang
berhabuk, tiada berpenghuni
jgn menambah hantu,setan dalam 'rumah itu'