Thursday, April 9, 2009

Lafaz yang Tak Terucap


Sekalung jutaan terima kasih ayahanda, bonda dan keluarga atas restu dan sokongan. Satu lafaz yang tak mampu diucap bila berhadapan. Terima kasih kerana membenarkan aku menyambung pelajaran disini, keputusan yang dibuat tidak sampai dua bulan, bagi keluarga aku yang bukan dari golongan berada tentulah masalah kewangan menjadi masalah utama. Berkat doa dan usaha Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Sejambak terima kasih juga kepada sahabat2 seperjuangan Jihan, Syafa,Nadzifa, Hakim, Shazni, A.Ryzal,A.Ju, A.Najm, A.Suhail,Farish, Yus,K.ina, Awe, Shira, sahabat2 lain di GPTD dan yg memberi sokongan serta galakan tanpa berbelah bahagi akhirnya dapat juga aku sampai dibumi anbiya’ ini. Semoga dengan kejauhan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah yg telah terjalin.

No comments:

Post a Comment