Tuesday, May 5, 2009

Intikhobat



Alhamdulillah kelmarin baru je hbs imtihan thani,minggu lepas jugak berlangsung KARISMA 09(Karnival Sukan Malaysia Jordan) di Mu’tah,minggu sblm nye jgk ada Family Day BKASJ,minggu2 yg memenatkan mental dan fizikal.Syukur,Allah masih memanjangkan umurku dan memberi kekuatan utk menulis lg.Seperti yg dijanjikan slps imtihan saya akan menulis suasana semasa pilihanraya jamiah baru2 ni..

Hari itu, blh dikatakan semua kelas dibatalkan bagi memberi peluang kpd semua pelajar mengundi, kami pelajar2 Malaysia jgk x terkecuali dr mengundi.Sampai shja di Syuun Tolabah, barisan dah sampai ke tangga, br saya perasan rupanya ramai jgk wafidin kt jamiah ni. Yg paling ramai tentulah pelajar Malaysia, yg saya tak pernah tgk pn ada, igtkan bdk Indonesia. Sambil menunggu adalah2 perayu2 undi dtg memberi rasuah,jgn slh faham rasuah kt sini bkn dlm bentuk duit tp kami diberi bunga supaya kami memilih calon mereka.Sblm masuk ke dalam bilik mengundi, kene beratur ambik nombor dulu, memudahkan petugas kt dlm 2 nk cari nama,maklumlah nama2 bdk Malaysia ni kan pjg2 dan ssh plak nk sebut(mcm nama saya).


Mlm sblm mengundi ktorg bising2 jgk, nk undi sape ni esok. Musa ke Naim Amirah(calon2 wafidin)ada yg ckp Musa, ada yg ckp Naim dan ada yg ckp atas pagar.So pagi ni sume mcm tak tahu nk pilih sape. Tgk Naim, org nya nmpk cool je dan peramah,Musa ni ramah jgk tp agak kelam kabut sikit. Dalam tgh bising2 dan tgh blur2 nk pilih sape, tibe2 datang Presiden PRISMA,
“Perhatian kpd semua pelajar Malaysia, pilihanraya kali ni kita akan memilih Musa sbg wakil wafidin, knp pilih Musa sbb kita dah 10 tahun mengudin org Arab tp tak ada apa yg kita dpt, sblm piliharaya mcm2 janji tp lps tu senyap tak ada apa2, kita mtk mat’am utk pelajar M’sia pun tak dpt2.jadi thn ni kita akan mengundi Musa,yg faham akan kita”.

Masing2 memandang antara satu sama lain, wala’ atau membangkang?

Dtg sorg syabab Malaysia mencadangkan agar kita undi Naim, katanya dia tahu Naim tu org nya mcmna, kita tak kenal Musa takkan nak undi dia pulak. Berlaku sedikit perselisihan antara presiden dan syabab tersbt. Apa yg terjd lps tu saya pun tak tau sbb nya time tu giliran saya masuk mengundi. Siapa pilihan saya? Sirrun..undi adalah rahsia.Utk pengetahuan,budaya org Arab disini kita wajib bgtau sp yg diundi.Apa2 pun undi saya adalh rahsia.

Keputusan pilihanraya diumumkan petang tu jugak.agak2 korg sapa yg menang?suspen je..

selepas dikira2 tanpa ada sebarang unsur2 penipuan, keputusan berpihak kpd MUSA. mabruk kpd Musa dan jugak kpd pengundi2 beliau, tidak dilupakan jgk kpd pembantu2 Musa yg byk berlumus tungkus. Harapan kami pelajar2 wafidin agar Musa dpt menjalankan amanah yg diberikan dgn sebaiknya.Antara manifestaso calon2:
1) Menjaga hal ehwal mahasiswa
2) Memaju dan menambah baik keperluan mahasiswa
3) Memartabatkan ketinggian ilmu


Musa,seorg calon yg peramah



Naim Amirah, setia mendengar segala mslh


Menanti giliran utk mengudi



Ada ke nama saya encik?


Glosari:
1)Intikhobat-piliharaya
2)Wala'-taat
3)Mat'am-cafetaria
4)Sirrun-rahsia


No comments:

Post a Comment