Aku seperti Kamu juga seperti mereka...Musafir Kelana mengembara di alam fana...berhenti seketika berteduh di bawah pepohon dunia...lalu aku berlalu...pasti akan berlalu meninggalkan pepohon itu selamanya
Wednesday, December 15, 2010
Zahmah syuwai
Kalau sebelum ni bilik tenet tak de sangat pn budak melayu.
Time hujung2 fasal ni,boleh tgk selonggok budak2 mengadap skrin hitam (laptop) tengok madah pe nk di ambil utk fasal depan...
lagi menariknya bila miss dtg check bilik tenet, maka berbondong2 lah sume yg tak musytarik bawa skrin hitam keluar.maklumlah masuk secara haram..sabar je la ye.
mn tak zahmah bilik tenet..bukan setakat bilik tenet yg zahmah, website jamiah pn jamed dasat budak2 ni punye keja.. pe benda la yg ditasjil sampai jamed. Nk log in pn tak boleh. (garu kepala pikir)
'ala kulli hal, sama2 kita tajdid niat moga ilmu yg dipelajari skrg, sblm dan akan dtg dpt digunakan dan diamalkan dengan sebaiknya..
"al 'ilmu bil amal kal shajaroti bissamarot"
~misi rahmatan lil 'alamin~
Glosari :
1. fasal = semester
2. musytarik = mendaftar (internet)
3. zahmah = sesak/ sibuk
4. tasjil = daftar subjek
Monday, December 13, 2010
bosan
dah berhabuk blog ni tak terisi.
tak de masa itu saja yg dapat saya katakan (saja buat2 tak de masa)
kebetulan hari ni, agak bosan dengan segala benda, ttba hati teringat blog yg dh lama tak ber 'update'..maaf pd sahabt2 sume.
tak ada apa pn yg nk dicerita, hanya kadang2 tersenyum sendirian melihat keletah dan ragam adik2 baru yg pertama kali menempuh musim sejuk. kebetulan hari ni hujan agak lebat sejak dua hari yg lps jd semua dah berangan 'salji' akan turun walaupun pd hakikatnya kawasan saya ni agak mustahil nk turun salji..(doa la ye adik2 moga tahun ni kita main salji dpn sakan). macam2 status tubik dlm FB dorg..'adus sejuik berdooz, asap tubik kot mulut' ... seronok berbeno dorg sambut tahun baru hijrah dgn salji.
apa pn, seronok2 juga safety n take care..
Wednesday, October 27, 2010
Suara Hati
Friday, June 18, 2010
Kejutan
Wednesday, May 12, 2010
Kembalikan kegemilangan
Jangan salah pilih!
Pemimpin Yang Adil
Sunday, April 18, 2010
Hilangkan Stress..
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
Saturday, April 10, 2010
Abad ke-21 'Abad Untuk Asia'
Thursday, April 8, 2010
Saat Dunia Berhenti
Tuesday, April 6, 2010
Di pondok kecil
Sunday, April 4, 2010
Keluarga Baru

Robb,beri kami kekuatan dan ketabahan,semoga kesabaran kami diberi ganjaran yg setimpal..
Sepanjang perjalanan,kami menikmati keindahan bumi Mafraq walaupun tidak seluas mana(lbh kurang Kedah) tp tak pernah sunyi dari kesibukan manusia walaupun pada hakikatnya Mafraq hanyalah sebidang tanah yg tandus. Itu cerita dulu, Jordan skrg sedang mengorak langkah maju kehadapan, keadannya skrg mgkn sama dgn Malaysia 15tahun yg lalu.
"disini adalah Mu'attal kawasan yg semuanya adalah pelarian Palestin dan di depan sana kawasan Mu'ayyir yg semuanya adalah Badwi."Bersungguh2 ammu Abdullah menerangkan apabila aku bertanya tentang kawasan yg sedang kami lalui. Senior aku kata kalau nk cpt blja bahasa kena byk bercakap atau bertanya walaupun sepatah, itu sudah cukup bermakna dan menambah vocab.
Bersama dgn keluarga Nada terasa spt berada dgn keluarga sendiri, bersembang, bergurau senda, mcm2 cerita yg dikongsi. Dlm sesi ta'aruf dgn keluarga Nada, kami msg2 mendapat gelaran baru, aku dipanggil Amirah(ssh dorg nak sebut Puteri), Mieha dipanggil Badawiyyah(sbb muka mcm Badwi), Shahidatain( dua Syahida). Waktu klimaks apabila tiba waktu makan, Nada menunaikan janjinya jika kami dtg dia akan masak Mansef.Nah, didepan mata Nasi Mansef sepinggan penuh,nasib baik la dikongsi dua itupun tak larat nk habis,terpaksa minta Nada tlg hbskan,segan juga sbnrnya mcm tak beradab tp nasib baik keluarga dia faham “adi2,kholi hon"..dh hbs mkn kami dihidangkan dgn teh Babunij(bkn babun ok).Sudah jd budaya masyarakat Arab akan menghidangkan teh atau kopi slps mkn.(ezine adisi Mac). Apa yg aku perhatikan sepanjang berada di bumi Syam ini,masyarakat sini begitu menghormati tetamu, tak kira tetamu yg dtg tua atau muda.
Matahari sudah beralih ke ufuk barat, sedih hendak meninggalkan keluarga baru ini. Bertambah sayu memandang anak2 kecil yg semasa kedatanagn begitu ceria dan celoteh tp apabila tiba saat perpisahan semua jadi kaku membisu,InshaAllah sanaltaqi..
pertama kali bertemu hati sudah terpaut
terpaut pada keramahan, keikhlasan hati kalian
saat berpisah terasa begitu sempit
kenangan bersama akan sentiasa dalam ingatan.
kutitip puisi rindu
pada nyanyi angin bayu
agar hati tak pilu
berharap agar kita kan lagi ketemu.
Glosari:
1.mata saati ila baiti – Bila awak nak dtg rumah saya
2. Wallahhi la 'arif,ashan ehna daiman yujad barnamej..inshaAllah izan mafi esyek saatik ila baituki – Tak tahu bila,kami sentiasa ada program,jika tak ada apa2 saya akan dtg rumah awak.
3. saatbakh mansef,maqlubah, mandi..kullu laziz – saya akan masak Nasi Mansef, Maqlubah, Mandi,semuanya sedap.
4. ana hamzah faqot,saati lakin bas ziarah yakni..inshaAllah lau mafi musykilah saattasil ma'ak – saya lawak saja,saya akan dtg tp ziarah saja awak tak perlu masak apa2, saya akan telefon awak nnt.
5. indi muhadharah alaan,yallah bai ma'assalamah – saya ada kelas skrg,jmp lagi.
6. syurtah – pegawai polis.
7.mantiqah – daerah/ kawasan.
8. ghorib – pelik.
9. ‘adi – perkara biasa/ normal.
10. iqamah – kad pengenalan penduduk, hanya utk pelajar2 luar negara.
Friday, April 2, 2010
Sang Bunga
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.
Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.
Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.
Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?
Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...
Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.
Monday, March 22, 2010
Istimewa buat Dia

Nur Najihan Nasoha,
Siapa yg tak kenal dengan dia,
Seorang yg selalu sengal lagi ceria,
Sentiasa mengumbirakan orang disekelilingnya,
Walau hatinya sedang berduka lara.
Jihan anak pak cik nasoha,
Memang tak pernah lekang dengan gelak tawa,
Ada saja cerita terbarunya,
Memang tak siap kerja kalau dok melayannya.
Adventurous memang bidang dia,
Maklumlah keturunan darah Tun Teja,
Kerja sikit gelabah memang tetap kena ada,
Apa pun jihan,den respect sama ekau la.
Teringat kembali pertama kali kita bersua,
Dengan pengenalan itu menjadikan engkau yg setia,
Aku ku cuba menjadi yg terbaik utk persahabatan kita,
Moga jalinan ukhwah yg terbina kekal selamanya.
Hari ini hari yg bermakna,
Teristimewa buat Jihan sekeluarga,
Sebagai sahabat aku tumpang gumbira,
Selamat hari lahir semoga panjang umur naaa.
Semoga dirimu menjadi seperti Siti Khadijah,tabah dalam apa jua yang terjadi, menjadi tempat rujukan setiap masalah seperti Siti Aisyah, memiliki sequdus taqwa seperti Rabiatul Adawiyah.
Seindah perhiasan adalah wanita SOLEHAH..
p/s: jihan, maaf le ini je hadiah tahun ni yg dapat aku bagi.’ala kulli hal barakallahu fi umrik..
Tuesday, March 16, 2010
Langkahku atur..
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai sekian-sekian..
“eh,nape tetiba je ni.?”
“InshaAllah awk boleh,bukan kami yg pilih..tp org atas..”
“hmmm..yelah..tapi takde org lain dh ke..ramai lg yg boleh..”
“takpe,jgn risau awak mampu..”
“erm..saya..”
“jangan risau kami semua akan support awk dari belakang”
“saya tau..tapi sebenarnya..”
“InshaAllah,cuba dulu..kalau tolak sekarang,dibuatnya amanah tu jatuh kat tangan org yg tak sepatutnya mcmn,blh memudaratkan nnt”
“tahniah dan takziah ye..”
“err.. inshaAllah..”
Mampukah aku?Layakkan aku? Persoalan yg bermain2 dibenak fikiran.
Nak kata tak pernah pegang jawatan,pernah juga diberi taklifkan,cuma kali ni
aku rasa sedikit kelainan,mengapa dan apa sebabnya, aku pun tak tahu,yg pastinya aku sedikit gusar. Robb, bimbing aku..
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:
“Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”-Bukhari dan Muslim-
Langkahku atur,
Mohon simpatiMu,
Tunjukkan aku jalan dalam segala keputusan,
Agar taklifan ini dapat dilaksanakan dibawah nusrahMu , Ya Rahman Ya Mu’ein
Cerita Malam itu
Astaghfirullahhal’azim
Astaghfirullahhal’azim
Astaghfirullahhal’azim
Malam itu kami bertemu,
Bertemu dengan niat yang satu,
Utk merungkai apa yang terbuku,
Agar tenang resah di qalbu.
Malam itu kami berjumpa,
Bermuhasabah setiap gerak kerja,
yg kurang dan silap sama-sama kita baiki,
Bukannya tuduh menuduh menunding jari.
Cerita malam itu ramai yang tak mengerti,
Bila mendengar dari mereka yg BUKAN AHLI,
Terus menghukum membuta tuli,
Akibat tak mendengar dari mereka yg BENAR2 AHLI.
Duhai PEMBAWA AMANAT ILAHI,
Jangan dilupa amanat yg diberi
Setiap perbuatan,perkataan fikirlah dengan teliti,
Sebelum menyesal dikemudian hari.
Aku bukanlah professor atau syeikh jauh sekali wali,
Hanya hamba yang sedar akan masalah yg terjadi,
Sama-samalah kita bermuhasabah dan ingat mengingati,
Entah esok lusa atau sebentar lagi maut datang menemui,
Apa yg nak jawap bila menghadap Tuan Empunya yg di langit dan bumi?.
Thursday, March 4, 2010
Langit MALAM
Langit malam
Padamu aku suarakan
Mogakan hilang resah kalbuku
Agar yang samar bisa terang
Bersama kejoramu
Agar yang luka
Akan terubat diusap dingin bayumu
Langit malam
Aku kembara dibumi fana
Ada waktu diulit seribu bahagia
Ada detik tersungkur lara
Ada ketika dibayangi kekeliruan
Awan mendung
Usah kau selimuti langit malamku
Agar senyumanku tidak luntur
Walau hatiku separuhnya luluh dan lebur
p/s: utk fa tanx krn mengilhamkan status sajak 'bulan bintang' smlm..
~musafir kelana~
Wednesday, March 3, 2010
Balang Mayonis
Di dlm sebuah kelas falsafah,seorg professor berdiri di hdpn dewan kuliah, meja di hdpnnya terdapat bbrp barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dgn beliau mengambil balang mayonis yg besar dan mengisinya dgn bola golf.
Dia kemudian bertanya kpd para pelajarnya,adakah baling tersebut penuh dan pelajarnya menjawab “Ya!”
Professor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dlm balang yg tlh dipenuhi dgn bola golf td,lantas mengoncang balang tersebut dgn lembut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola2 golf. Sekali lg dia bertanya kpd pelajarnya sama ada balang tersebut penuh atau tidak, lantas pelajarnya menjawab “Ya..”
Tanpa menjelaskan apa2 kpd pelajarnya, professor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yg berisi pasir dan menungkannya ke dlm baling tersebut.Pasir yg dituang mengisi ruangan antra batu kerikil dan bola golf. Spt td dia bertanya kpd para pelajarnya sama ada balang t’sebut tlh penuh. Dlm keadaan yg penuh persoalan, rata2 pelajarnya menjawab “Ya..”
Sejurus slps itu, professor itu kemudiannya mengeluarkan dua buah cawan kopi dr bwh mejanya dan menuangkan kedua2 ke dlm balang yg tlg sedia ada dgn batu kerikil,bola golf dan pasir. Air kopi mengisi ruangan yg terdpt di antra pasir. Para pelajr mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan professor tersebut.
“Sekarang...” profesor mula bersuara apabila kelas riuh rendah dan gelak ketawa para pelajrnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sbg kehidupan anda..bola golf mewakili perkara penting iaitu Tuhan,keluarga,anak2, kesihatan,kwn2 dan semangat anda. Jika anda kehilangan seglanya dan hya perkara penting ini yg masih anda ada,hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara2 lain spt kerja anda, rumah dan kereta anda. Manakala pasir pula mewakili perkara lain yakni perkara2 kecil”.
“Jika anda memasukkan pasir ke dlm balang dahulu...” anda tidak akan mempunyai ruang utk batu kerikil dan bola golf. Ini sama jg khdpn anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga utk perkara2 kecil, anda tidak akan mempunyai ruang utk perkara yg sbnrnya lbh penting utk diri anda”.
“Ambillah perhatian utk perkara yg kritikal utk kebahagian anda. Luangkan masa gembira utk keluarga. Lakukan pemeriksaan kesihatan,bawa pasangan keluar makan. Sila ambil berat akan bola golf dahulu- iaitu perkra yg benar2 penting. Tetapkan keutamaan, perkara lain hanyalah pasir...”
Salah seorg pelajarnya mengakat tangan dan bertanya apakah pula yg diwakili oleh air kopi. Professor tersebut tersenyum.”Saya gembira ada yg bertanya. Ianya menunjukkan bhwa tidak kira bgmn penuh pn kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang utk secawan kopi bersama rakan2..”
p/s: renungan bersama, apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar utk diuruskan,apabila 24 jam sehari spt tidak mencukupi, igtlah kisah Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ni =)
Wednesday, February 10, 2010
' Diuli'
Friday, February 5, 2010
Aku & Syam
Jaulah kali ni aku berkesempatan ke tmpt yg aku x sempat pegi pd jaulah yg lps,nk pegi sume tmpt dlm satu waktu mmg tak sempat ditambah dgn kesuntukan waktu musim syita'. Istimewanya jaulah kali ni sume pesertanya adalah akhawat, muraqib 3 org [wajib ada muraqib ikut perlembagaan].
Peta kota Damsyik,terdapat 8 pintu dan dikatakan para shbt masuk dr 8 pintu ini utk menyebarkan ajaran Islam..dikatakn Damsyik ni terbhgi kpd 3 lapisan kota, jika smp di Damsyik anda akn dpt lihat byk kawsn yg berbukit dan curam ke bwah.
Bosra, bandar pertama kerajaan Nabatean pd abad ke-2 BC. kerajaan Nabatean tlh dikuasai oleh Cornelius Palma ketua Trajan pd 106. sms pemerintahan empayar Rom, Bosra tlh namakan semula kpd Nova Trajana Bostra. Kini Bosra tlh diwartakan dibwh UNESCO World Heritage Site.