Saturday, January 26, 2013

dah beso, boleh kawen pun saya ni...

Alhamdulillah syukran lillah..
21 01 2012
tarikh yang cantik kalo buat majlis kawen :D
tapi tarikh tu bukan tarikh kawen saya
malah ia tarikh keramat buat kedua ayah dan bonda saya
saya lahir disubuh yang hening (lupa jam berapa..)
kakak dan dua orang abang saya, sungguh excited menanti saya lahir (dorang la cakap..)
sape yang tak seronok kan dapat adik yang comey macam saya...kui2

syukran dear Hamidah


hari berganti bulan, bulan berganti tahun hingga la ke saat ini saya sudah berusia...tetttt...(kek..)

jasa yang tak ternilai dan tak terbalas buat yang sangat dicintai dan dikasihi bonda Hajah Siti Hajar yang bersusah payah mengandung, melahirkan, dan mendidik saya selama ini..juga buat ayahanda yang dihormati Haji Megat Mohd Yusuf yang selalu bersabar dengan kerenah saya yang pelik2 ni :) doa anakanda sentiasa mengiringi ayah bonda..sentiasa...sentiasa dan sentiasa tak pernah putus..

buat teman2 (ramai nak mention) kasih sayang dan kesabaran menerima diri tidak akan saya lupakan...jazakumullah khairan jazak. persahabatan yang terjalin dan kenangan yang terbina takkan dilupakan selamanya...moga kita menjadi teman di dunia dan akhirat..Allahumma ameen..

** bonda dah bising bile nak balik kawen....kueng2...

Monday, November 19, 2012

Happy Anniversary Bonda & Abah


17 November 2012.

" Selamat ulangtahun perkahwinan bonda, abah. 
semoga menjadi pasangan yang bahagia dunia akhirat,
dipanjangkan umur, sentiasa disayangi Allah.
 terima kasih kerana melahirkan,membesar,mendidik dan sabar dengan kerenah kami anak-anakmu. 
tak terbalas rasanya setiap jasamu
moga Allah jua yang membalasnya"  

Genap 33 tahun usia perkahwinan abah & bonda..



Konvo Raudhah.Oh tidak kelihatan kami dua orang...huuu

Kembali

Alhamdulillah atas nikmat-Nya,
Kasih sayang yang tak pernah berkurang,
Membawa diri mengembara hingga ke sini,
Di bumi anbiya' ini..

Bumi barokah penuh 'ibrah,

Disini banyak yang ku pelajari,
Tadabbur,mengenal Tuan empunya diri,
Mengutip setiap mutiara ilmu tersembunyi
Moga ia menjadi bekalanku di sana nanti..

Ya Allah, Ya Rahim Ya Ghafur,
Jauhkan diri ini dari kelalaian, keangkuhan yang boleh membinasakanku,
Dekatkanlah diri ini dengan sifat mahmudahMu,
Hati ini rindu sekali ingin bertemu dengan kekasihMu ya Rasulullah,
Bantulah diri ini menjadi hamba yang terbaik,
Biarlah buruk dipandangan manusia tapi cantik dipandanganMu...


Masjid Hussein, Amman, Jordan


Hati merayu penuh sendu...Allah...Allah...




Tuesday, May 15, 2012

:: Tuhan, Jagakan Mereka ::

adus..syahdu kot tengok gambaq ni





Ukhwah ini indah kan
Penuh dengan warna warni
kehidupan


dengan ujian-ujian dari Tuhan
kita makin mengenal hati budi
mengesankan
mendamaikan


terima kasih Tuhan atas nikmat ini
Tuhan,
tolong jaga mereka
insan-insan yang aku sayangi






:: okok, harini dua post jiwa2..exam mode ^_~






.kredit picture to Atok.


:: Terus Bersemangat Sahabat ::



Sahabat,
Jika hari ini rakyat Palestina
Melaungkan hurriyah baladuna
Kita pula
melaungkan hurriyah qulubuna
Kita optimis
Dengan segala ujian dan dugaan

Sahabat,
Teruskan langkahmu
Tetapkan peganganmu
Usah jemu berdoa
Usah penat berusaha
Bukanlah hidup tanpa ujian

Bukankah pelangi itu lahir selepas hujan?
Kita juga begitu, 
Sabarlah..
Kamu pasti lebih kuat selepas menerima ujian


Hanya Dia
Hanya Allah
Pemilik Semesta Alam
Yang kita harapkan

Senyum sokmo :D


:: Aku bukanlah penyair,penyajak sehebat Pak Samad. aku hanya penumpang di tebing Wadi Rum :)