Friday, July 17, 2009

Damascus,Syria (Bahagian 1)




The famous desert city of Palmyra, whose ruins are now a United Nations World Heritage site, grew large in the Syrian desert in the 1st and 2nd centuries A.D. ( diambil dr National Geography)

Jom ke Syria..


Jam 6 pagi sudah menanti pengarah,Faizal(4th year Syariah) di dpn sakan 4 bersm bas yg akan membw kami ke Syria. Hampir penuh bas,ada yg bersembang,makan dan tidur mgkn matahari masih blm menmpakkan diri, lgpun perjln masih jauh.Di sempadan,byk kenderaan sedang beratur menununggu Imigresen cop passport dan pemeriksaan kesihatan (kes H1N1).


Alhamdulillah sewaktu kami tiba tak ramai orang. Salah satu sbb ialah hari ni bukan hujung minggu. Kalau tidak sure penuh org (tak ramai pun dlm 3 jam jgk la menunggu) Ambik gambar pun kena berhati-hati kat sempadan, sebab Pak Arab nih very sensitive bab2 ambik gambar terutama polis atau askarnya. Jgn lah sebarang2 nak ambik gambar, nnt lain pulak jd nya...


Gunung Suyyukh di tgh2 padang pasir. Tertulis kalimah Ni'ma Lilqaidillah.Jika musim salji gunung ini akan diliputi salji tebal.MasyaAllah.


Alhamdulillah akhirnya kami smp jua ke city center Damascusatau tempt sejarah Old Damascus.First tmpt yg dituju adalh hotel la tentu nya. Membersihkn diri dan mengisi perut yg dr td menyanyi lagu dondang sayang.



Damsyik.Sebuah bandar yg sgt cantik dipenuhi dgn tempat2 bersejarah. juga menjadi pusat ilmu.Kota lama ditengah-tengah bandar. A city within a city.



Berada ditengah2 bandar lama Damascus dan di hujung Souq Hamidieyeh ,terletak masjid Omayyad dibina oleh Khalifah Umawi Al-Walid ibn AbdulMalek 705 slps Masihi.


Di ruang solat masjid terdapat makam kepala Nabi Allah Yahya a.s. Nabi Yahya adlh anak kpd Nabi Zakaria a.sktk Nabi Yahya dilahirkan Nabi Zakaria berumur 90 thn.Nabi Zakaria berdoa dan memohon kpd Allah swt supaya mengurniakan zuriat baginya sbg penyambung dakwah beliau kpd Bani Israel ketika itu penuh dgn sifat kejahatan.


"Lalu Kami perkenankan permintaannya, dan Kami berikan Yahya kepadanya, dan Kami jadikan isterinya berkesanggupan (untuk mengandung),sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut, dan mereka adalah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami".(Surah tAl-Anbiyaa’:Ayat 90)


Berdekatan Masjid Omayyad, terdapt makam Saidina Hussein cucu kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw, anak kpd Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a.Saidina Hussein meninggal dlm peristiwa pembunuhan kejam di Karbala,Iraqketika beliau dlm perjlnan ke Kufah oleh tentera Bani Umayyah.Kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kpd Yazid bin Muawiyahatau Yazid 1 iaitu khalifah kedua dlm kerajaan Bani Umayyah sbg bukti beliau tlh dibunuh.Terdp byk versi cerita pembunuhan Hussein di Karbala.blh rujuk kpd mereka yg arif.Wallahualam.Pihak Syiah sgt mengagungkan Saidina Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Ketika lawatan kami, terdapat ramai kaum Syiah berada di sekitar makam Saidina Hussein ini,mesjid ini mmg menjadi tumpuan kaum Syiah terutama dari Iran.


Di belakang Mesjid Omayyad yang besar ini pula, terletak makam Ruqayyah iaitu cucu Saidina Ali. Sekali lagi tempat ini menjadi tumpuan orang2 Syiah.Makam ini dibiayai oleh kerajaan Syiah dari Iran.Sebuah masjid dibina dikenali sebagai Masjid Ruqayyah dan menjadi tempat orang-orang Syiah beribadat.

Ketika lawatan kami,terdpt ramai Syiah berada di sekitar makam.terutama dari Iran,yg menyedihkan ialah terdpt byk perkara bid'ah yg mendukacitakan.Kami hya mampu beristghfar.Meratap, menangis mendayu-dayu dan mengucup makam bagaikan satu suruhan agama!Ada yg memukul dada dan ada yg sujud!Terdapat juga di sini tabung Imam Mahdi yang menurut kepercayaan Syiah akan muncul sebagai Imam mereka yang ke-12.


Masjid ini dihiasi dengan kristal di segenap dinding dan siling yang memancar-mancar apabila terkena cahaya dari lampu.Cantik tapi terasa spt satu pembaziran.

Destinasi seterusnya yg dituju adlh makam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi,
sebuah taman dibina di sebelah luar msjd Omayyad,disitulah terletaknya makam beliau.SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, namanya telah terpateri di hati sanubari pejuang Muslim yang memiliki jiwa patriotik dan heroik, telah terlanjur terpahat dalam sejarah perjuangan umat Islam kerana telah mampu menyapu bersih, menghancur leburkan tentera salib yang merupakan gabungan pilihan dari seluruh benua Eropah.


Salahuddin Al-Ayubi (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam
peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili
Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Beliau dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I.

Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar2 Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.


Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup. Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Mesjid Ommaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.


Maharaja Willeam II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di makam yg diperbuat drpd marmar tersebut. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.Di tengah-tengah bandar Damsyik terdapat sebuah tugu yang dibina sempena mengingati kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

p/s: menanti di bahagian 2 membeli belah di Souq Hamidiyeh dan makam sahabat Bilal bin Rabah serta makam ahli bayt.

1 comment: