Friday, August 7, 2009

Syaaban oh Syaaban..

Bulan Rejab tlh berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama utk
memasuki gerbang ramadhan tlh pun berlalu. Ada diantara kita yg tlh berjy melatih diri dgn melakukan ibadah puasa, qiamullail, m'perbykkan istighfar, selawat. bacaan Al-Quran dan sbgainya. Bermcm2 amalan kebaikan yg dihidangkan oleh Allah kpd hambaNya utk dilakukan bg mendekatkan diri kpd-Nya krn Allah Maha Mengetahui hambaNya akan bosan jk melakukan satu amalan tertentu shja.

Namun,tidak semua kita prihatin dgn kedatgn saat yg penting ini dan mulia ini krn keprihatinan t'hdp dunia tlh menguasai diri. Akibatnya, kita lbh peka dgn tarikh Mega Sale di pusat2 m'beli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya drpd tarikh dan masa yg lbh penting dan bernilai dari dunia dan seisinya. Oleh krn itu, pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadhan dan Hari Aidilfitri kita lupakan krn penyakit cintakan dunia tlh membarah dlm hati.hari ini kita berada bulan Syaaban antara bulan yg paling mulia dan dinantikan oleh insan2 yg m'punyai mata hati. Ia juga bulan, yg masyur dgn keberkatan dan kebaikan yg byk. bertaubat pd bulan ini merupakan sebesar2 kebaikan dan melakukan ketaatan pd bulan ini merupakan sbsr2 p'niagaan yg menguntungkan. Allah menjamin bg org2 yg bertaubat pd bulan Syaaban dgn keamanan. Org yg menyediakan kesungguhan dan mujahadah pd bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pd bulan Ramadhan. Oleh krn itulah pd bulan ini dinamakan Syaaban krn terpecah drpd'a kebaikan yg byk. Hanya dgn Rahmat dan kasih sayangNya, kita diberi
peluang utk kesekian kalinya bersua dgn Syaaban yg menyimpan perlbagai keistimewaan.

Bagi memastikan kita dpt menghayati keistimewaan Syaaban dgn sebaiknya, kita harus
mengetahui pakah yg terdpt dlm Syaaban dan peristiwa yg pernh berlaku di dlmnya.

1.Pertukaran Arah Kiblat
Pada bulan ini inilah pertukaran arah kiblat dr Baitul Maqdis ke Kaabah. Ia adalah saat yg amat di hrpkan berlaku dan sememangnya tlh lama ditgu2 oleh Rasulullah SAW. sblm peristiwa ini baginda bgn pd setiap mlm menghadapka mukanya ke langit menunggu2 wahyu drpd Allah. sehinggala Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaan baginda spt yg dirakan dlm Quran "Kerap kali Kami lihat engkau(Muhammad), berulang-ulang mendah ke langit, maka Kami bernarkan engkau berpaling menghadap kiblat yg engkau sukai. Oleh itu, palingkan mukamu ke Masjidil Haram( letaknya Kaabah) dan dimana shja kamu berada makan hadapkanlah muka kamu ke arahnya" (Al-Baqarah:144)Abu Hatim al-Busti berkata: org2 Islam solat mengadap ke Baitul al Maqdis selama 17 bulan 3 hari, Rasulullah SAW dtg ke Madinah pd hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan
mengadap ke Kaabah pd hari Selasa 15 Syaaban.

2.Diangkat Amalan
Diantara keistimewaan Syaaban yg masyur ialah dingkat amalan hamba-hambaNya pd bulan ini. Ia merupakan penganugerahan yg besar. Oleh krn itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kpd Rasulullah SAW ttg sbb kesungguhan baginda berpuasa pd bulan Syaaban, baginda menjawab; " Ia adalh bulab sering dialpakan oleh manusia diantara Rejab dan Ramadhan. Ia adalh bulan yg dingkat sgl amalan kpd Tuhan semesta alam. saya suka amalan saya diangkat ketika sy berpuasa." (riwayat al-Munziri).Kita bagaimana??tepuk dada tanya iman.

3.Ditentukan Umur
pd bulan Syaaban juga ditentukan sgla umur, iaitu dizahirkan takdir t'sbt. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dgn masa atau tempat. Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah mencatat pd bulan Syaaban bg setiap jiwa yg akan mati pd thn tersebut. Maka aku suka ajalku dtg kpdku ketika aku sedang berpuasa." (riwayat Abu Ya'la)Rasulullah byk berpuasa pd bulan Syaaban dan adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW. terlalu byk kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW memikirkan krn amalan lain Allah memerintahkan hambanya hya melakukannya ttpi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dhlu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hambanya berselawat ke atas Baginda SAW.

4.Syaaban Bulan Al-Quran
Syaaban juga disebut sbgi bulan Al-Quran. kita sedia maklum , membaca Quran dituntut pd stp ms ttpi lbh dituntut pd ms2 yg bekat dan mulia spt bulan Ramadhan, Syaaban dan bulan2 mulia yg lain.Oleh krn itu, Anas meriwayatkan dgn sanad yg daif bhwa apabila masuik Syaaban, kaum Muslimin dan menumpukan kpd mushaf2 mereka dan m'bcanya, mengeluarkan zakat harta mereka utk memberi kekuatan kpd org yg lemah dan miskin yg berpuasa pd bulan Ramadhan. selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatgn Syaaban dgn m'perbykkan menyebut kalimah syahadah La ilaha Illa Allah Muhammad
Rasulullah dan istighfar. Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kpd Tuhan Pemilik seluruh alam.Juga adalh sebesr2 kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan shga menghapuskan kejahatan shga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dpt menghaspukan dosa2, kesulitan dan meringankan bebanan.Rasulullah SAW ada bersabda: " Sesiapa yg melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dr stp kemurungan perlepasan, dari stp kesempitan jln keluar dan kurnian reski dr jln yg tidak disangka-sangka" (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibn Majah dan al-hakim)

Demikianlah antra keistimewanya Syaaban.Semoga kita dpt merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurnian Allah dgn penuh insaf, beradab dan kesyukuran. Org yg bijak ialah org yg m'gunakan sebaiknya kesempatan yg diberikan dan org yg menagguhkan kesempatan yg diberikan krn menyangka esok masih ada utknya. Hargailah nikmat Islam yg diberikan kpd kita..

No comments:

Post a Comment