Tuesday, March 16, 2010

Langkahku atur..

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai sekian-sekian..

“eh,nape tetiba je ni.?”

“InshaAllah awk boleh,bukan kami yg pilih..tp org atas..”

“hmmm..yelah..tapi takde org lain dh ke..ramai lg yg boleh..”

“takpe,jgn risau awak mampu..”

“erm..saya..”

“jangan risau kami semua akan support awk dari belakang”

“saya tau..tapi sebenarnya..”

“InshaAllah,cuba dulu..kalau tolak sekarang,dibuatnya amanah tu jatuh kat tangan org yg tak sepatutnya mcmn,blh memudaratkan nnt”

“tahniah dan takziah ye..”

“err.. inshaAllah..”

Berdebar aku semasa diri ditaklifkan..

Mampukah aku?Layakkan aku? Persoalan yg bermain2 dibenak fikiran.

Nak kata tak pernah pegang jawatan,pernah juga diberi taklifkan,cuma kali ni

aku rasa sedikit kelainan,mengapa dan apa sebabnya, aku pun tak tahu,yg pastinya aku sedikit gusar. Robb, bimbing aku..

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:

“Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”-Bukhari dan Muslim-

Apabila diberi taklifan ia bukanlah suatu tasyrifan(kemuliaan) atau sesuatu yg boleh dibanggakan tapi ia adalah satu bebanan yg perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Yang kekadang terasa spt mengikat batu di kaki, dibawa kemana saja pergi..

Taklifan adalah satu ujian. Jika disalah guna pasti mengundang binasa.

Sebagai seorg mahasiswa, apabila diberi taklifan utk satu tugasan pasti dan tak dapat tidak akan menggangusedikit jadual pelajaran, tapi jika disandarkan pada niat yg ikhlas dan sedar taklifan ini adalah dari Yang Atas,InshaAllah semuanya akan dipermudahkan hanya memerlukan sedikit kesabaran,ketabahan dan pengorbanan.

Taklifan adalah ujian. Bagi mereka yg mengharapkan pengampunan. Perbicaraan nanti dengan Yang Maha Hakim.

Mengharap taklifan bukanlah satu pilihan,takut-takut nanti dianggap sebagai tasyrifan.

Ya Allah,

Langkahku atur,

Mohon simpatiMu,

Tunjukkan aku jalan dalam segala keputusan,

Agar taklifan ini dapat dilaksanakan dibawah nusrahMu , Ya Rahman Ya Mu’ein

2 comments:

  1. semoga sentiasa dibimbing dan diberi petunjuk oleh Nya, inshaAllah... no worries:)

    ReplyDelete