Saturday, April 2, 2011

Aurat Wanita : Apa Dah Jadi?

Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah..teringat lagu dendangan In-Team. Zaman siber ni nak cari seorang wanita yang boleh dikategorikan solehah memang susah, tengok dari segi aurat saja dah boleh bagi gambaran tentang keperibadiaan wanita di zaman serba canggih ni.

Salah ke kalau orang pompuan ni nk pakai baju ikut suka hati dia?termasuk la pakai pakaian SEKSI? Bukan ke kita hidup ni ada hak masing2? Soalan ni pernah ditanya kepada golongan2 wanita ni ;

Agaknya apa sebab wanita2 ni pakai seksi didepan orang ramai? Dengan skirt pendek, baju sendat macam pinjam baju adik dia dah sendat nipis pulak, apa sebab ye?

Jawapan yang setengah golongan ni bagi “ sebab nk Nampak cantik la..alahai..”

Then kat siapa nk ditunjukkan kecantikan tu?

Dibalas dengan yakin “ kat sapa lagi, orang lelaki la takkan kt orang pompuan plak..”

“ok. Kalau lelaki tu tergoda dengan kecantikan tu then dia nk sentuh bahagian yg indah dia tengok, boleh ke tak?

“eh mana boleh, ni dh dikira sexual harassement!

“nah, kalau macam tu, wanita ni tak rasa ke yg bila mereka ni tunjuk sesuatu yg menarik di badan mereka pun boleh di anggap sexual harassment kpd lelaki?

“emmmm...nk cakap pe sebenarnya ni?pe maksudnya?”

“ye lah,lelaki kalau dh naik syahwatnya, tengok plak paha wanita contohnya, sure lah tergugat imannya. Then mula la rasa macam2..sebab tu la dikatakan pakai seksi ni pun dikira satu bentuk ganguan seksual kpd orang lelaki disekelilingnya...”

“ok cuba bayangkan, kucing yg lapo diacah2 dgn ikan yg fresh yg digoyang2kan depan dia, sure kucing tu geram dan tak mustahil diterkamnya ikan tu dan muka orang yg mengacahnya juga”..

Betul?

Tapi kena ingat juga tak sume kucing akan terkam, hanya yg lapo dan liar saja. Sama juga macam lelaki. Tak sume lelaki failed kawal nafsunya, even tak dinafikan ramai kat luar sana yg gagal dan liar...

Disebabkan keadaan yg tak sesuai atau mungkin di kawasan awam, maka terselamatlah wanita seksi tu dari diterkam lelaki liar tadi. Tapi masalahnya, anak2 perempuan yg baru berumur 7 sampai lah 12 tahun plak yg jadi mungkin jadi mangsa tempias nafsu lelaki2 macam ni. Waktu tu tak kira la wanita tu pakai tudung ke, pakai selendang jambul ke, bertudung labuh, berjubah, kanak dan sewaktu dengannya semua mungkin jadi mangsa tempiasan nafsu lelaki jenis ni, cukup lah kawasan tu sunyi dan sesuai, terjadilah perkara2 yg kita dengar di media2 hari ni..

Duhai wanita, marilah sama2 kita fikirkan dan renungkan jika baginda SAW berada di hadapan kita, adakah baginda akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana peluang kita wanita jika berpakaian seperti ni untuk mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak??

Betul, mungkin la waktu sekarang wanita ni dapat perhatian dari kaum lelaki hasil kecantikannya yg memukau, tapi keseronokan tu tak kekal lama dan palsu semata malah tak tak tambah nilai untuk hidup lama di alam barzakh pun selain dapat azab di akhirat saja. Apa pun yg jelasnya, pakaian wanita Arab yg solehah yg menutup aurat secara sempurna mungkin boleh dijadikan ikutan bahawa mungkin nilah pakaian yg dipakai wanita di zaman Nabi SAW serta mendapat redha dari mata Nabi SAW.

Tidakkah kita para wanita hari ni berminat nk meraih redha dari mata Baginda SAW??


"Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yg beriman agar melabuhkan pakaiananya bagi menutup seluruh tubuhnya,yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab: 59)

"...hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan JANGALAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.." (An-Nur : 31)



di edit dari buku Untukmu Wanita. Zaharuddin Abd Rahman





No comments:

Post a Comment