Wednesday, April 25, 2012

:: Kisah dari Sijin ::


Alhamdulillah wa syukran lillah, atas nikmat hidup ini.
Seperti biasa saya menghadiri kelas, lepas satu kelas ke kelas yang lain. berbekalkan semangat ilmu perlu dicari bukan datang sendiri dan pahala buat musafir ilmu yang ikhlas mencari redha-Nya kehangatan mentari dianggap 'kipas bumi'..

Selepas daurah ( Afala yatadabbarun), kami diperkenalkan dengan seorang penyair Urduni.Sungguh tak pernah tau pun rupanya di Jordan ini ada penyair.

Namanya Aiman la'tum, dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas banduan "sijin" , yang ditangkap disebabkan dia menghasilkan sebuah syair yang menentang nizom hukumah pada masa itu. 

"Saya tak buat salah pun, cuma saya inginkan kebebasan dan keadilan akan tetapi..huuu( dengan mimik mukanya),saya rasa sangat bersyukur banyak saya belajar di "sijin" ia ibarat madrasah tarbiyyah saya, saya keluar dari "sijin" bukan bermakna saya akan lemah akan tetapi saya akan terus gagah demi Islam ( dengan menunjukkan buku baru yang dikarangnya iaitu " ya sohibai almasajin"..sungguh bersemangat beliau, walaupun bekas banduan sijin tapi ia tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi Islam. Kita yang BEBAS ini, apa sumbangan?

Dalam pertemuan singkat itu jugak, beliau menceritakan bagaimana sahabat "sijin"nya yang mendidik anak melaui penjara, setiap minggu anak sahabatnya akan datang ke penjara untuk dididik dan tasmi' Al-Quran dengan ayahnya . Allah..lagi sekali terkena rasa ditampar2 muka ni. Masa yang ada dibiarkan begitu saja tanpa melakukan apa, teman2 mulakan sekarang hargai ruang dan peluang yang cukup2 terbatas ini.



Bumi Urdun,
Jamiah Urduniah

No comments:

Post a Comment