~KITA SEMUA MPPMJ~
Diketika Al-Bara’ sedang berbicara dengan Rasulullah, tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah dengan katanya: “Wahai Rasulullah, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami.” Jawab Rasulullah diiringi dengan senyum, “Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai.”
Genap sudah dua hari, peralihan kepimpinan kepada saf pimpinan baru.Sudah pasti banyak suka dan duka dialami. Buat adik Ainaa Nadia yang sekali lagi dilantik menerajui tampuk pimpinan MPMMJ sesi depan lakukan yang terbaik, pengalaman yang lepas sangat membantu menjadikan awak seorang yang matang dalam membuat keputusan, meluahkan pendapat, bermuamalah.
Jangan terasa kami 'kakak2' meninggalkan awak sendirian,kisah Perjanjian Aqabah Kedua ibrahnya cukup cantik, walaupun kami tiada bersama dalam melayari bahtera pelayaran baru awak namun kami tidak sekali-kali meninggalkan awak sendirian. Kata2 sokongan, nasihat akan sentiasa ada untuk awak.Susah senang kita akan lalui bersama.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 yang beriman dari jiwa2 mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan mendapat syurga.. (disebabkan mereka berjuang dijalan Allah) , maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar.."
At-Taubah : 111
Semoga awak bersedia dengan segala kemungkinan dan ujian. Betulkan niat,jawatan ini tiada lain hanya untuk mendapat keredaan Allah. Sesungguhnya dengan jawatan ini sangat mudah untuk kita mendapat pahala dan sangat mudah juga untuk mendapat dosa. Setiap ujian yang datang akan lebih menjadikan kita seorang yang sangat kuat, kuat untuk menghadapi mehnah dan tribulasi kehidupan.
Kisah Kita akan sentiasa terpatri dalam lipatan hati ini, sungguh indah, sungguh syahdu..
Senyumlah sahabat,
Senyumlah dan serikan wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperi Hamzah,
Malah punya semangat seperti Sumayyah.
salam sayang buat semua adik beradik
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) 2011/2012
maaf,terima kasih atas segalanya.
Siiru 'ala barokatillah.
No comments:
Post a Comment