Sunday, February 24, 2013

..:: Tetamu Allah ::..

Alkisahnya, bila satu travel dibawah kelolaan mahasiswa kat Mafraq ni, buat satu iklan "umrah khas buat akhawat" dan yang bestnya bila ustaz ni awlakan (mengutamakan) mahasiswi yang dah nak khirij (grad), saya dan beberapa teman lain senyum lebo sampai telinga la  bila pucuk dicita ulam mendatang.. Peluang keemasan ibarat mendapat jongkong emas takkan disia-siakan begitu saja. Jarak yang dekat dan pastinya kos untuk kesana juga lebih jimat berbanding pergi dari Malaysia.

usai membuat segala urusan, kami pun diberi ala-ala kursus umrah di Malaysia, alasan tak buat grand sebab "korang kan budak syariah, dalam kelas pun dah belajar kan.." jadi kursus tu lebih kepada perbincangan masalah dan  perkongsian.

Akhawat(mahasiswi) yang mendaftar lebih kurang 15 orang, dalam masa seminggu tu semua passport, ic, deposit, diuruskan baik oleh pihak travel. kami dibahagikan kepada dua tim, satu tim pegi waktu cuti semester bulan 1 dan tim khas untuk akhawat pegi pertengahan bulan 2.

nak jadi ceritanya, awal bulan 2 tu sebahagian nama dah turun, memang berdebo2 la semua tunggu keputusan, solat hajat, doa memang tak pernah putus. bukan mudah nak baut urusan terutama kami akhawat yang tak de mahram ni. Pihak travel cuba dapatkan visa tumpang mahram dari Malaysia sebab sebelum ni banyak kali percubaan dibuat tapi semuanya gagal, ditambah dengan kedutaan Saudi di Jordan yang sangat2 la syadid(straight).

Petang tu dapat call dari Ustaz Hasibullah(pengurus travel) katanya hanya 5 orang yang lepas dan sekarang menunggu untuk dapatkan visa,teruskan doa moga dapat terpilih menjadi tetamuNya...Allah..bak kata pujangga orang bercinta: penantian itu suatu yang mendebar dan mencemaskan, suatu penyeksaan..

Orang2 Malaysia plop selalu hapdet, dapat ke pergi, nak kirim doa ni, nak kirim jubah ni, tamar ni dan macam2 ni lagi.... Hati orang kat sini dah berwarna warni, berdebar menanti..

debaran akhirnya berakhir bila, Ustaz Hasib memaklumkan kelima2 nama yang dah lepas saringan pertama dulu tak lepas.. Allah..sedih, syukur semua ada..Alhamdulillah walaupun tak dapat pegi tapi Allah gantikan sesuatu yang lebih baik.'Ketenangan'..waktu dapat berita tu, memang tenang hati..takde nak meraung2 ke apa...tatau la kalo dapat pegi nanti ketenangan yang bagaimana pulak Allah nak bagi...terima kasih Allah atas nikmat ini..

ingatkan tumpang mahram ni, jadi abang ke, adik ke..sekali Arab ni letak jadi incik suami la..harapnya kat passport incik suami pelesu tu tade la nama saya..kalu tak malunya la hai...huew

No comments:

Post a Comment