Friday, March 1, 2013

..:: Jarjil: Tongkat Ali Arab ::..

Pertama kali jejak ke bumi Syam ni, aku ingat tade ulam2, sayuran2..maklumlah dapat info tade sanad orang Arab ni makan roti je, tade makan sayur, nasi, ikan lagi tak makan..kata dorang la..

Alhamdulillah hampir 4 tahun kat sini, semua yang 'dorang' cakap tak betul , tak benar sama sekali., malah kat sini lagi macam2 jenis ulam2 yang ada dan khasiatnya pun boleh tahan.

Teringat waktu di sakan(asrama) mak cik milah(cleaner) sebelum balik dia pasti kutip daun2 kat sekitar kawasan sakan. Aku yang agak peramah(kunun) dan suka bertanya ni sembang2 la dengan mak cik milah ni nak buat apa dengan daun ni, boleh makan ke? selumber je dia jawab " ini bukan daun ya ibnati, ini sayur. boleh rebus masak dengan air tea. bagus untuk kesihatan terutama kita orang perempuan." sambil tersenyum aku mengangguk2 tanda faham. Ingat orang Arab ni jahil ke dengan ilmu2 perubatan. Jangan lupa cendiakawan Islam kita mostly Arab tau. even negara dorang tak berapa nak maju(sekarang) dari segi kemodenan tapi dorang ni tetap maju dari sikap dan ilmu.

Jarjil, antara feberet ulamku di Jordan.

Sorang teman Arab pernah berbisik menceritakan khasiat Jarjil ni katanya " andai semua orang tahu akan kehebatan dan khasiat Jarjil ni pasti mereka akan menanamnya hatta dibawah katil.." aku senyum saja mendengar. Sungguh Arab ni memang sangat terkenal dengan kata pujangga, puji-pujian dan doanya. Pergilah kemana saja hatta walau didalam pasar pasti ada sahaja pujian dan doa dari mereka. Indah sekali kehidupan Islami mereka.

3 comments: