Monday, April 18, 2011

Aduhai Pinggan..

Nama saya pinggan.
Saya dibuat dari kaca, berwarna putih,
cantik, memang cantik.
bak kata tokey kedai kat area Ampang Point, 'nice to see nice to hold once broken consider sold'

Saya ada tuan, seorang wanita, memang cantik.
pertama kali saya sampai dirumahnya,semua orang menyanjung kecantikan saya.
Kembang kempis saya dibuatnya.Nasib baik tak pecah (^^,)
saya tak keseorangan, saya diberi teman bernama cawan.
Cawan pun tak kurang cantiknya. selalu saja digunakan oleh tuan saya.

Satu hari, saya dan cawan telah digunakan olehnya untuk sarapan pagi.
Saya seperti biasa memberikan layanan yang first class.

tapi...

sayangnya, selepas digunakan tuan saya tidak terus memcuci dan mengemas saya.
Ditinggalkan saya terkapai2 diatas meja bersama teman2 yang lain.
Aduh, pilu sepilu-pilunya..hampa..
Saya redha, mungkin tuan saya sibuk dengan urusan hariannya sebagai seorang PELAJAR.
tak pe saya tunggu sampai dia habis kelas.

Dari pagi sampai petang, saya masih di atas meja makan.
tidak berganjak walau seinci.
hati saya sudah tak keruan, 'ah mana pulak tuan aku ni, belum pulang lagi, hari dah mahu hujan eh sudah senja'

tiba-tiba saya terdengar pintu dibuka, ya seperi sudah dujangka tuan saya sudah pulang
'yes,lepas ni pasti saya akan dibasuh, tak de lah saya berbau busuk, kotor, dah kurang make-up nya'

Sejam saya menuggu untuk diangkat ke sinki, malangnya tuan saya tak langsung memandang saya yang sedang terkial-kial diatas meja ini minta dicuci.

Sedih sungguh rasanya hati ni, andai boleh dijerit pasti seisi dunia akan mendengarnya.

Tuhan itu Maha Pengasih, keesokannya teman sebilik tuan saya yang cukup prihatin akan kebersihan dan kekemasan telah membawa saya serta teman2 lain untuk dicuci.
Terima kasih awak.
Moga tuan saya ini lebih prihatin terhadap saya dan teman2 lain.
Tidak hanya tahu menggunakan saya tapi tidak tahu menguruskanya.

p/s : Cerita ini bukan sekadar rekaan semata-mata tapi sengaja dikaitan dengan orang yang dihidup.Moga beroleh manfaat.Kebersihan Tanggungjawab Bersama.


3 comments:

  1. Reverse psychology! bagus2 kak entri ni!

    ReplyDelete
  2. syukran. pernah terjadikah keatas diri epah kah?
    sengaja dibuat utk yg "MALAS"..
    islam tu kan bagus, suka kebersihan.
    annazhofatul minal iman..

    ReplyDelete
  3. sekali tiba-tiba pinggan tu berkata-kata betul baru taw.hahaha

    ReplyDelete