"Tak de elektrik la"
"Dah tengok ibu suis ke? dah kak.still tak de.."
"Ya Allah, pe benda lagi la dengan rumah ni, hari tu air tak naik harini elektrik plak.
Hari ni genap sebulan dua minggu saya dan tiga lagi sahabat menyewa di rumah baru. Macam2 perkara baru kami belajar, kalau dulu di sakan semua kemudahan dalam paras memuaskan. Air memang tak pernah putus, internet pun ok(tu pun masuk seludup), warden sakan pun friendly (ikut mood la), nak ke kelas 5 minit nak mula kelas pun sempat lagi. pendek kata hidup budak2 di sakan ni mewah dan selesa la walaupun tak dinafikan ada masalah2 lain itu hanya lumrah.
Bila hidup diluar jamiah ni, baru la merasa kehidupan sebenar, bukan beerti hidup di sakan tak rasa macam orang hidup tapi kehidupan dunia luar sakan jamiah ni lebih hidup pada pandangan saya. memang mula2 saya dan teman2 kekok dengan air yang naik dua kali seminggu tu pun kadang2 sekali je seminggu. Istilah yang kami biasa di sini air naik untuk air naik ke dalam tanki yang ada kat atas atap. kalau di Malaysia memang tak jumpa ni, Jordan je spesel kes. Jordan, antara masalahnya adalah kekurangan air, jadi jangan tanya la kalau ada seminggu dua tiga kali je yang mandi selain faktor cuaca dan juga klorin air yang tinggi.
Hasrat untuk hidup di luar sakan ni dah lama tertanam dalam hati, cumanya tak terluah disebabkan qoror persatuan di jamiah saya mewajibkan pelajar first year tinggal di sakan. Logiknya kami baru lagi dan memang ada baiknya kami boleh berkomunikasi dengan arab lain yang tinggal sebilik serta belajar budaya arab Jordan selain mudah untuk urusan2 pendaftaran jamian.
Alhamdulillah tahun ketiga di sini Allah makbulkan untuk merasai kehidupan di luar sakan. Awal hidup sendiri tanpa semua kewahan dalam sakan memang terasa susahnya, orang kata dah buat tanggung la sendiri kan. Mula la kehidupan sebagai akhawat luar sakan. kalau dulu bayt akhwat yang tinggal di luar tak sampai pun lima buah tapi sekarang dah hampir sepuluh buah dan fasal depan mungkin akan bertambah lagi.
Kami bukan dipaksa keluar tapi secara suka rela, alasanya jika dah bersedia dan mampu ok proceed, bagusnya persatuan yang carikan rumah, memang tak penat sangat dan rumah biasanya berdekatan dengan rumah syabab, muraqib untuk kemana2 bila2 diperlukan. Tahun depan, Jordan dijangkan menerima lebih kurang 2,ooo orang pelajar dari Malaysia untuk semua bidang pengajian. dan macam tempat pembuangan manusia. Jujurnya saya dan teman2 tak berapa setuju kalau KPT nak hantar dalam kapasiti tu, alasanya memang panjang kalau nk disyarahkan. dan mohon jasa baik kalau ada sedara mara, abang, kakak, kawan2 yang nk datang sini belajar di Malaysia atau negara lain lagi elok. Dan untuk mak ayah yang nk hantar anak ke Jordan konon nak 'memanusiakan' anak rasanya tempat lain lagi bagus. takut nanti ada plak yang tak jadi manusia kat bumi anbiya' ni. ni bukan pendapat saya saja malah presiden persatuan setiap mantiqah setuju dengan pendapat saya. Beza sungguh zaman abang2 dan kakak2 dulu yang datang Jordan nk belajar agama dan segala ilmu yang ada di sini tapi sekarang benar2 lain. Senior Us Hasrizal, Us Mazlee Malek, Us Farid Ravi semasa ziarah dan program mereka cukup terkesan melihat pelajar2 di sini sekarang. Ya, benar zaman memang berputar seiring dengan kemajuan dan teknologi dan gaya terkini tapi adakah syariat juga berubah mengikut zaman? Bukankah Al-Quran dan Sunnah itu sesuai dengan sepanjang zaman? Tepuk dada tanya iman.
Jauh plak lencongan saya ni, dah terlepas bulatan pahang agakanya. tapi itulah serba sedikit kehidupan di bumi anbiya' ni, setiapa hari ada saja pengalaman baru, ilmu baru, kepahitan dan kesusahan yang akan dirasai dan pastinya saya akan merindui saat2 ni bila pulang ke Malaysia nanti. moga saat2 ni akan lebih menjadikan saya khalifah, hamba yang benar2 tawaduk pada-Nya.
No comments:
Post a Comment