Monday, January 2, 2012

:: 2012 : Kebangkitan Mahasiswa ::

Lembaran 2011, diakhiri dengan pelbagai isu yang sering menjadi topik perbualan harian masyarakat. Berpaksikan watak antagonis dan protagonis dan kita semua adalah pelakonnya, samada sebagai rakyat biasa, mahasiswa, para ilmuan sehinggalah kepimpinan tertinggi negara. Namun, ianya harus dikaji dalam dimensi yang pelbagai agar ianya sejajar dengan kehendak dan tuntutan Islam.

Walaupun angka 2011 sudah dua hari berlalu namun, jika kita melihat didada-dada akhbar mahupun diruangan alam maya Facebook, blog dan sebagainya masih sibuk diperkatakan lagi mengenai beberapa isu dan antara yang banyak disebut “ Banglo & lembu” dan “wang zakat untuk peguam.? “ dan yang terbaru “kebangkitan mahasiswa,sambutan tahun baru”.


Kebangkitan Mahasiswa

“Saya secara peribadi mengutuk dan mengecam sekeras2nya tindakan tidak bertamadun yg di lakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap saudara Safwan Anang serta rakan2 mahasiswa yg lain sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mereka..Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakan2 mahasiswa di seluruh pelusuk dunia agar menyatakan sokongan moral serta mendoakan keselamatan mereka yg terlibat selamat dan di jamin oleh perlembagaan malaysia 100%..saya juga meminta agar siasatan segera di jalankan secara telus tanpa ada bias kpd mana2 pihak, agar tindakan tegas dapat di ambil dengan pantas ke atas mereka yg terlibat dalam 'sesi drama' tidak bermoral dan bertamadun ini serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yg berlaku di UPSI ini..~Salam Keramat dari dataran Syam!!~” Hussin Fauzi, Presiden MPPMJ


Saya sangat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat berbincang dan menyediakan satu modul ataupun jalan penyelesaian yang terbaik didalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan mahasiswa dan bukan mengambil jalan mudah dengan tindakan “sepak terajang“ untuk menangani isu mahasiswa ini.

Ambillah pendekatan seperti kasih sayangnya antara “anak dan bapak” itulah yang terbaik. Biasanya anak akan menangis dan meronta-ronta jika kemahuan dan tuntutannya tidak dipenuhi, Bapak pula janganlah buat-buat tak tahu bahkan jangan pula menambahkan lagi tangisan dan teriakan si anak, Tapi, dekat, nasihat dan sayangilah si anak itu agar lembut dan mudah perjalanan tumbesaran si anak.

Kalau dulu berdiri melompat-lompat, tapi sekarang duduk rapat-rapat. Kalau dulu disudahi dengan ayat-ayat cinta, tapi sekarang disudahi dengan doa pengampun dosa.

Sambutan Tahun Baru

Tahniah dan syabas saya ucapkan pada penganjur program Countdown 2012 di Dataran Merdeka, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 31 Disember 2011 baru-baru ini. Program yang saya kira adalah suatu kejutan buat semua.

Program menyambut tahun baru ini telah menjadi suatu tradisi dalam masyarakat, pelbagai gaya dan cara dipersembahkan oleh anak-anak muda di Malaysia, ada pula yang menjadikan antara acara isian sambutan tahun baru ini dengan tarian antara lelaki dan perempuan, minum arak dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan bacaan ayat-ayat cinta yang membawa kepada syurga syaitan di celah-celah rumah buangan.

Saban tahun, pergaduhan dan tangkapan khalwat adalah antara halwa telinga yang akan dijadikan hidangan pada setiap 1 Januari kepada masyarakat melalui khabar media sempena sambutan tahun baru.

Namun, pada tahun ini sedikit berbeza dengan memecahkan tradisi sambutan tahun baru yang dimulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran dan diisi dengan soal jawab agama diselangi nasyid menghibur jiwa manusia dan disudahi dengan alunan asma’ husna dan diiringi bacaan doa. Program seumpama ini perlu diteruskan didalam membentuk Ulul Albab yang pernah suatu ketika dahulu cuba di bawa oleh gagasan kepimpinan Tun Abdullah Badawi.

70 000 orang, saya kira mungkin ia adalah suatu angka keramat sebagai penentu generasi Wawasan 2020 akan datang. Semoga Islam yang dijulang kian mendapat tempat di hati masyarakat.


kredit to Presiden MPPMJ

No comments:

Post a Comment